"Dhia... lagi dua minggu Dhia masuk semester baru kan?" Nik memandang wajahku yang sedang menyikat rambut di hadapan meja alat solek.
Aku diam seketika, berfikir. Kemudian aku mengangguk perlahan. "Kenapa?"
"Tadi mama call tanya, bila kita nak balik rumah mama."
"Kenapa mama tak call anak dia sendiri?" Aku pelik. Telefon bimbit dibelek cuba lihat adakah aku terlepas panggilan mama. Namun tiada.
"Entah," jawabnya pendek.
"Alaaa malaslah nak balik sana." Aku merengus.
Nik yang sedang memegang buku terus meletakkannya di atas katil. Dia menapak mendekatiku. Bahuku dipegang dari belakang.
"Baliklah, kesian mama rindukan Dhia," pujuknya perlahan kemudian kepalaku dikucup.
Aku menghela nafas perlahan. Kalau balik rumah mama, aku mesti kena pura-pura layan Nik Fatah dengan baik. Itu yang aku malas tu. Kalau tak, memang bisinglah papa nanti.
"Tak payahlah, lagipun nanti dah start semester baru, aku balik ah sendiri."
"Abang pun nak balik juga."
"Tak payahlah!" Aku terus bangun dan memandang wajahnya dengan riak wajah tidak puas hati. Kemudian aku terus melangkah menuju ke almari untuk menukar pakaian.
"Abang suami Dhia dan abang arahkan esok kita balik rumah mama sama-sama ya? Lagipun mama kata nak abang ajar dia mengaji al-Quran. Sambil-sambil tu Dhia boleh belajar sekali kan?" Nik mendekatiku dan merangkul tubuhku yang hanya berbalut dengan tuala. Bahuku dikucup.
"Apa pulak! Tak payahlah!" Tangannya kurungkai dari terus memelukku.
Dia menghela nafas perlahan. Senyuman diukir. "Abang dah janji dengan mama tau. Sayang tak baik mungkiri janji. Kita balik jelah esok ya?"
Aku berdecit. "Suka-suka hati je janji tak tanya dulu. Grrr..." Aku mengetap gigi.
Akhirnya, aku terpaksa akur dengan Nik Fatah. Menolak sangat pun susah juga. Lama-lama nanti dia tetap berkeras juga. Aku kembali memilih pakaian di almari.
Nik Fatah merangkul sekali lagi tubuhku dari belakang. Dia menjatuhkan dagunya pada bahuku dan nafas ditarik dalam-dalam.
"Apa peluk-peluk ni!" Marahku.
"Sayang, abang nak tahu sayang punya tarikh haid boleh tak?" Soalnya lembut.
"Nak buat apa?" Balasku kasar.
"Em, abang nak kira kitaran haid sayanglah. Abang nak tahu bila sayang subur, bila sayang uzur. Abang kan suami Dhia. Jadi abang kena tahu benda tu semua," beritahu Nik sambil menggerakkan tangannya pada perutku.
"Ish! Apa ni? Tak naklah!" Rengusku kasar. Aku bergerak minta dilepaskan tetapi dia mengemaskan lagi pelukannya.
"Abang nak tahu sayang subur bila. Boleh kita cepat-cepat dapat baby." Kemudian dia tergelak kecil selepas berkata begitu.
Baby? OMG! Aku tak terfikir langsung untuk memiliki anak dengannya. Kalau aku memang nak, tak ada maknanya aku makan ubat perancang. Nik... Nik... sia-sia je kau berusaha keras sekalipun. Aku tergelak sendiri.
"Emm, baru kahwin tak kan dah terfikir pasal anak," kataku sedikit kasar.
"Sayang, abang selalu ternanti-nanti tau berita baik dari Dhia kalau Dhia pregnant ke apa ke. Tapi tak apalah, kita baru lagi kan. Tapi abang akan berusaha untuk buat sayang mengandung." Wajah Nik Fatah berubah ceria.
YOU ARE READING
DHIANA ✔
RomantiekStart : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Memberi aku berjuta cinta agar aku tidak mampu mengemis cinta lelaki lain. Tetapi layakkah wanita seli...