Part 9

46.3K 696 38
                                    


Suasana bingit di dalam pub, langsung tidak menghalangku untuk terus menikmati sentuhan Ed ketika kami duduk bersama.

"Aku rindu kau Dhia. Dua minggu tak jumpa kau..." Ed mengucup pipiku.

"Ah! Aku rindu kau juga Ed. Tapi kau faham-faham jelah, aku ni kahwin dengan pak ustaz. Semuanya terbatas tapi malam ni... Arghhh!!! We fly together..." balasku sedikit khayal.

Ed tergelak kecil mendengar ayatku. Tangannya mula melingkar di pinggangku. Tubuhnya menindihku sedikit dan bibirnya menekap bibirku lama.

"Stop Ed! Aku tak nak dekat sini." Pipinya ku tolak.

"Habis kau nak dekat mana? Sini..." Tangannya bergerak ke pahaku.

"Not here or we stop!" Aku bernada serius.

"Baby, janganlah marah sangat." Wajahnya dimaniskan demi meraih moodku semula.

"Mood aku tengah down. Jangan silap langkah. Aku tak suka," balasku masih serius.

"Alaaa Dhia baby, aku minta maaf okey? Kau nak dekat mana? Hotel atau rumah aku?" Keningnya dijongketkan. Wajahku yang mencuka dipandang.

"Yang pasti bukan dekat sini."

"Okey, jom naik kereta aku. Aku bawa kau ke tempat lain." Terus tanganku ditarik dan dibawa pergi keluar dari tempat yang bising itu.

Kami berdua menaiki kereta Ed untuk ke rumahnya. Ed menekan pedal minyak dan empat tayarnya membelah jalan raya. Tanganku menjalar di paha Ed.

"Oh Dhia! Jangan usik! Jangan sampai aku berhenti kat tepi jalan ni!" Ed memberi amaran padaku sambil mengecilkan matanya.

"Okey baby." Aku mengalah dengan senyuman nakal.

"Suami kau hebat tak?" Tiba-tiba nama Nik berbangkit dan wajahku kembali tegang. Tidak suka ketika aku sedang menikmati dunia sendiri, tiba-tiba hadir satu nama yang membuatkan moodku merudum.

"Okey okey, aku tak sebut nama dia lagi." Ed cepat-cepat mengangkat tangan tanda mengalah. Tidak mahu sekiranya projek yang hendak dilakukan sebentar lagi tergendala.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar tanda ada pesanan ringkas masuk. Daripada Nik. Hatiku tergerak untuk membukanya.

Dhia kat mana? Abang Dhia, Daniel ada datang ni

Mataku terus terbuka luas meskipun aku masih dalam keadaan antara sedar dengan tidak. Wajah Ed kupandang. "Ed!!!" Suaraku sedikit tinggi.

"Why?" Ed menoleh sekilas padaku.

"Abang aku datang rumahlah! Aku kena balik sekarang! Kalau tak nanti kantoilah aku ke sini. Eh, kau hantar aku balik sekarang!" kataku sedikit cemas.

"Apa masalahnya? Abang kau kan sama je macam kau," kata Ed.

"Tak, kalau parents aku tahu, mampus aku. Aku nak balik sekarang juga! Nanti kantoi pula dengan Nik. Bawak aku balik..." Lengannya kugoncang.

"Shit ah! Habis aku siapa nak layan?" Wajah Ed berubah mencuka.

"Kau boleh cari siapa-siapa layan. Mel boleh layan kaulah!" Aku memberi cadangan kepadanya.

"Ish! Aku nak kau tahu tak!"

"Bawa aku balik sekarang!" desakku.

"MANA abang aku?" Wajah Nik yang sedang menonton televisyen dipandang.

DHIANA ✔Where stories live. Discover now