Part 8

48.2K 601 3
                                    

"Selamat pagi Cikgu Fatah. Amboi pengantin baru kita ni senyum aje," usik Nadia sambil mengambil file yang dihulur Nik Fatah.

"Selamat pagi, kak. Tak adalah, biasa je senyum ni," balas Nik malu.

Nadia mengukir senyuman buat Nik Fatah. Dia mendekati meja Nik dan memandang wajah Nik. "Engko berseri-seri dik dah nikah ni. Ada orang lain yang merana kau kahwin ni," beritahu Nadia separa berbisik.

Nik tersenyum. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Nadia, kalau bukan Melati yang telah menaruh harapan padanya.

"Ish! Tak adalah kak, tak ada merananya dia," nafi Nik.

"Engko tahu ke siapa yang akak maksudkan?" Perangkap Nadia.

Nik tersedak. Dia menelan air liur. Wajah Nadia dipandang dan dia mengukir senyuman. Lambat-lambat dia menggeleng menipu.

"Alah Nik, semua orang tahu, tak kan lah kau tak tahu yang Melati suka kat kau dari mula-mula dia masuk lagi. Akak ingatkan, masa tahu kau nak nikah tu, dengan dia. Rupanya dengan orang lain. Minta maaf ler akak tak boleh datang. Jauh bebenor ler ke Kelantan tu," sambung Nadia lagi.

"Eh tak apa kak, cukup akak doakan saya bahagia je," balas Nik sopan.

"Amin, idok ler akak nak doa yang buruk-buruk untuk engko. Tak lupa juga doakan Melati cepat-cepat jumpa jodoh. Kihkihkih..." Nadia menekup mulutnya kemudian terkekek ketawa. Geli hati Nik melihat gelagat Nadia.

"Ehem, sedap mengata saya." Tiba-tiba Melati muncul dengan bercekak pinggang.

Tersentak Nadia apabila melihat kewujudan Melati di belakangnya. "Eh, Ati ada dekat sini. Akak ingat Ati kat kantin tadi. Akak pergi dulu ya, saja nak berbual dengan pengantin baru." Dia gelak-gelak, sengaja ingin menyakitkan hati Melati kemudian dia berlalu pergi.

"Assalamualaikum, Cikgu Melati." Nik mengangguk kepala perlahan.

Melati memeluk tubuh dengan wajah yang mencuka memandang Nik Fatah. Nafasnya berombak-ombak.

"Awak tak jemput pun saya," kata Melati serius.

"Er, bukan tak nak jemput tapi saya kan buat dekat Kelantan. Rasanya tak kut cikgu nak datang ke sana," jawab Nik Fatah sambil tersenyum.

"Alah! Alasan je, ke awak tak nak saya tengok bakal isteri awak?"

"Eh, tak lah. Pasal apa pula tak kasi cikgu tengok. Cikgu nak tengok ke isteri saya? Cantik orangnya. Tak ada saya nak soroklah." Kemudian Nik membuka galeri telefon bimbitnya lalu ditunjukkan kepada Melati.

Nafas Melati semakin sesak. Bengang pula rasa hati Melati mendengar pujian yang keluar dari mulut Nik Fatah. Lain yang diharap lain pula jadinya.

"Em, tak apalah awak. Alang-alang awak dah tunjuk ni bolehlah saya ingat muka dia. Kut-kut lah terserempak dekat mana-mana dengan siapa-siapa ke." Senyuman pura-pura diukir.

"Boleh juga, cikgu jadi spy untuk saya. Nakal isteri saya ni, dia comel kan? Memang ramai orang nak tackle. Kena jaga molek-molek ni," gurau Nik Fatah, kemudian dia ketawa sendiri.

Sedangkan, hati Melati meluap-luap perasaan cemburu di hatinya. Kalau boleh nak je terbalikkan meja Nik Fatah sekarang juga tapi dipujuk hatinya agar bersabar.

"Anyways, tahniah sebab dah bergelar suami. Saya pergi dulu ya..." Tanpa menunggu kata-kata daripada Nik, Melati terus melangkah menuju ke mejanya.

Nik menghela nafas perlahan.




"DIRENJIS-RENJIS..." Suara Mel kedengaran di telingaku, kemudian dia melabuhkan punggung di sisiku.

"Kau kenapa, doe? Menyanyi lagu tu!" Marahku.

"Kito ni nok lah bahagio... Ahhh! Susah la nak kecek Kelate ni. Kita nak lah bahagia untuk kawan kita yang dah jadi isteri orang ni," usik Mel, kemudian dia ketawa besar.

Aku memandang wajah Mel dengan wajah yang bengang. "Tak kelakar Mel! Yang kau beria sangat nak cakap Kelantan apa hal? Bunyi Siam je aku dengar."

"Aku ni bukan apa, lepas ni kau mesti fasih kecek Kelate," usik Mel lagi.

"Dah kenapa aku pulak!" bibir dicebikkan.

"Wehh!" Dia menguis lenganku.

"Abe Nik kau macam mana? Hebat tak malam pertama korang?" Keningnya diangkat-angkat.

"Kau dah kenapa? Tak kuasa aku nak fikir," marahku. Buku dikeluarkan dari beg cuba mengelak daripada melayani soalan luar kotak si Mel.

"Alaaa.. Sharelah sikit, mana tahu dia lagi hebat dari Ed ke."

"Lagi hebat dari Ed? Aku ni yang kena ajar dia tau! Dia tak pandai nak layan nafsu aku. Buang masa je aku jadi bini dia," gumamku.

Pensel dikeluarkan, jemariku leka menconteng di kertas, sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam kelas.

"Alaaa biasalah mula-mula. Habis dia tahu tak kau tak suci lagi?"

Angguk.

"Habis, dia boleh terima ke?"

"Itulah masalahnya. Kau tahu tak? Nik boleh terima aku ni tak suci. Bukan takat tu je, dia boleh terima aku merokok? Kau rasa?"

"OMG!!! Like seriously? Nik tu kena pukau ke apa?" Mel seakan tidak percaya. Bulat matanya memandang wajahku. Kalau Mel tidak percaya, aku lagi berjuta kali tak percaya.

Persoalannya, wujud lagi ke lelaki begitu di dunia ini?

"Alasannya, sebab dia sayang dan dia bertanggungjawab terhadap aku." Mulutku berdecit menyampah.

"Ouh... I see." Mel mengangguk faham.

"Mel, habis kelas aku ikut kau baliklah! Aku malas nak balik rumah, tengok muka dia. Kita terus ke kelab eh? Aku dah lama tak jumpa Ed sejak kahwin dengan Nik," pintaku penuh harapan.

"Nik tak marah ke?"

"Tak marah kalau dia tak tahu."

"Habis kau nak jawab apa kalau dia tanya?" Soal Mel semula.

"Aku tahulah nak jawab apa nanti. Kau nak bagi aku tumpang rumah kau ke tak ni?" Aku merenung tajam wajah Mel.

"Aku okey je kalau nak ikut tapi malam ni pergi naik kereta kau tau."

"Kedekut minyaklah tu!" Aku mencebik dan menghentikan perbualan dengannya. Malas nak terus berbual dengan Mel berlanjutan.

Aku sebenarnya bukan ikhlas sangat berkawan dengan Mel. Dalam hidupku, aku memang tak mempercayai sesiapa. Baik Mel mahupun Ed. Aku berkawan hanya untuk menyenangkan hati sendiri. Mendapat khidmat seks daripada Ed dan mendapat penyokong daripada Mel. Tak pernah lebih.

Kerana itu, untuk menerima Nik Fatah dalam hidupku, amat sukar. Aku dibesarkan oleh keluarga yang tidak mempedulikan antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan buku DHIANA : 
Harga RM22 ( free postage ) 
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.com 

Kombo DHIANA + HONEY BUNNY 
Harga RM45 ( free postage ) 

DHIANA ✔Where stories live. Discover now