"DHIA, awak seorang sahaja yang tak submit assignment lagi." Suara Puan Ita kedengaran sambil matanya diarah memandangku.
Aku tersentak. Mataku melilau memandang semua rakan kelas. Saat ini, aku diberi perhatian apabila namaku disebut oleh pensyarah.
"Tak siap lagi, puan," balasku pendek.
"Tak siap? Habis macam mana saya nak bagi markah kalau awak tak siap lagi?" soalnya lagi dengan suara nyaring. Pasti dia banyak menyimpan cemuhan dalam hatinya atas sikapku yang suka mengambil lewa atas kerja yang diberi.
"Dah tu tak payah lah bagi markah!" Cebikku.
"Dhia!!! Baiklah kalau itu yang awak nak. Class! Bersurai!" Puan Ita mengangkat punggung dan keluar dari kelas. Marah dengan kata-kataku.
"Dhia, kau tak siap lagi ke?" Mel menyiku lenganku.
Aku geleng. "Aku tak ada masa nak buat."
"Kau tak ada masa ke kau yang suka buang masa?" Mel masih sibuk lagi bertanya kepadaku.
"Mel, malam ni nak join tak?" Aku cepat-cepat mengubah topik. Tidak mahu terus membahas tentang perkara yang aku tidak suka. Lagipun, tujuan aku sambung belajar hanya kerana arahan kedua orang tuaku.
"Pergi mana?" Kepala Mel diangkat sedikit.
"Tempat biasa! Alohaaa!!!" Aku menjerit sedikit apabila menyebut perkataan yang terakhir itu. Kemudian bibirku mengukir senyuman.
"Kau ni! Minggu depan dah masuk study week tau. Relaxlah dulu," balas Mel seakan tidak setuju.
"Aku dah confirm gagal wey. Kau tak dengar Puan Ita cakap tadi. Kau nak ke tak nak? Riz ada tau." Kening sebelah kananku diangkat-angkat.
Bukan aku tak tahu, Mel dah lama simpan perasaan terhadap Riz. Sejak kali pertama dia bertemu lagi. Nak pancing Mel, sebut je pasal Riz. Cair! Tapi aku tidak pasti sama ada Mel mencintai Riz ataupun hanya kepentingan peribadinya sahaja.
"Kau memang suka pancing aku dengan Riz kan. Okey! Aku ikut."
"Macam tu lah..." terus aku menumbuk perlahan lengan Mel.
BIR di dalam gelas ditogak rakus. Wajah Mel yang sedang menikmati muzik keras di pub ini dipandang. Bahagia betul Mel lepas habis paper terakhir. Seperti dunia ini tiada penghujung.
"Hai Dhiana..."
"Eddd!!!" Jeritku terkejut dan terus memeluk tubuh sasa itu.
Sudah tiga minggu aku tidak bertemu dengan lelaki itu. Ed terpaksa ke luar negara atas beberapa urusan tambah-tambah lagi, sebelum ini aku masih dalam minggu peperiksaan. Jadi pertemuan kami agak minimum.
"Aku dahaga la, Dhia."
"Haus? Sure..." Aku tergelak besar. Segelas bir dipesan untuk Ed.
"Dhia!!!" Jerit Ed apabila suara kami tenggelam dengan muzik yang dipasang kuat.
"Apa?"
"Aku bukan dahaga ni," jarinya menunjuk ke arah gelas arak di hadapannya.
"Habis tu?" Dahiku berkerut.
"Something wet." Dia tersenyum nakal.
Aku terus menjegilkan mata ke arahnya namun dalam masa yang sama aku tersenyum nakal. Tahu maksud yang dinyatakan terus aku mengenyitkan mata memberi isyarat yang aku juga inginkannya malam ini.
"Kat mana?" Soalnya lagi.
"Tahanlah dulu!" aku mengusiknya. Padahal aku pun tak tahan nak berlayar ke dunia lain bersama dengan Ed.
"Tak boleh! Hotel jom."
"Okey, tapi aku ada cabaran untuk kau."
"Apa dia?" Dia mengangkat keningnya.
"Make me fly with 10 minutes."
"Tak ada hal!"
Aku terus mengangkat beg tanganku di bahu. Telefon bimbit dimasukkan dan langkah kuatur keluar dari pub yang bising itu. Ed mengekoriku dari belakang.
Baru sahaja kami keluar dari pintu pub, Ed terus memeluk tubuhku dari belakang. Leherku dikucup lembut sehingga aku menggeliat geli. Tangannya yang melingkari pinggangku cuba dilepaskan namun ikatannya semakin kuat.
"Ed!!! Orang pandanglah!" Aku menolak tubuhnya.
"Your smells good. Aku suka." Pelukan dilepaskan tapi jemariku digenggam. Kami berjalan beriringan ke kereta.
Aku masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Ed. Dia menekan pedal minyak dan meluncur laju membelah lebuh raya pekat malam. Tangan Ed jadi tidak duduk diam. Terus merayap ke celah pahaku dan diusap perlahan.
"Emm, Ed!!! Sabarlah sikit." Aku memegang tangannya. Nafasku tidak menentu.
Kereta Ed berhenti di hadapan sebuah hotel lima tingkat. Kami berdua keluar dengan gopoh dan berjalan laju untuk menempah sebuah bilik. Tidak senang duduk aku apabila menunggu Ed begitu lama menguruskan tempahan bilik.
"Settled! Lets start the game!" Ed tersenyum meleret ke arahku. Cuba membangkitkan keghairahan kami berdua.
Bum!!! Pintu ditolak kasar dan tangan Ed terus menutup pintu dan lenganku terus dipegang. Bibirnya terus menekan bibirku dengan rakus. Dalam pada itu kami berjalan menuju ke katil dan bibirnya masih melekat pada bibirku.
"Ed!"
Dia mengangkat tubuhku lalu dicampak di atas katil. Ed datang menghampiriku dengan senyuman dan aku membalasnya. Tubuhku mengengsot sedikit belakang.
"Come closer baby," jari telunjukku digerakkan memanggilnya.
Ed terus datang merangkak perlahan-lahan ke arahku. Apabila dia sudah berada betul-betul di hadapanku, batang leherku ditarik dan kucupan nafsu dilepaskan sepenuh perasaan. Nafasku seakan terhenti seketika apabila Ed cuba membina dunia khayalan kami berdua.
"The game start now!" Ed berbisik perlahan ke telingaku sekali gus menegakkan bulu romaku.
Aku menjerit kecil dan kemudian kami sama-sama melayari bahtera yang penuh dengan noda dan dosa. Aku dibesarkan oleh keluarga yang terlalu sosial. Jadi aku tidak tahu jalan pulang, maka aku kekal tersesat ke lembah yang penuh kemaksiatan.
Untuk Edri, lelaki yang tak pernah aku cinta. Persahabatanku dengannya hanya berlandaskan nafsu dan kepuasan masing-masing. Aku tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjutan.
"Sexy Dhiana..." ucapnya ketika kami terus hanyut.
Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM22 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.comKombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM45 ( free postage )
YOU ARE READING
DHIANA ✔
Roman d'amourStart : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Memberi aku berjuta cinta agar aku tidak mampu mengemis cinta lelaki lain. Tetapi layakkah wanita seli...