2011
-Ichaa-
Kami selesai menduduki kertas terakhir untuk Sijil Pelajaran Malaysia. Bebas rasanya. Semua keluar daripada dewan dengan senyuman. SPM dah habis woii.
Kami berenam berjalan menuju ke kantin. Tak terasa untuk pulang lagi.
"Weyh Mel. Tunggu aku auu. Nanti aku masuk meminang kau."
Laung Fahmi dari tempat letak motor. Fahmi memang dah lama minat Mel tapi Mel buat bodoh je."Tak hingin aku dengan kau ah."balas Mel. Kami hanya ketawa.
"Lepas ni nak lepak mana-mana ke?" Soal Aufa. "Ermm tak kot. Nak balik rehat lah." Balas aku. Aufa mengangguk.
"Lepas ni korang nak cari kerja ke?"soal Dee pula. "Aah. Nak cari gak duit sebelum sambung mana-mana ni." Balas Aina.
"Haa, korang nak sambung mana weyh? Kita masuk U yang sama jom."cadang Mel. "Tak nak aku. Bosan dah ngadap korang dari form 1 tahu tak. Nak gak kawan baru."Ujar Aina.
"Sampai hati kau Naa." Aina hanya menjelirkan lidah.
"Eh guys. Aku ngan Umi balik dulu lah eh. Nanti korang nak hang ke apa ke, bagi tahu auu. Jangan lupa kitaorang pulak." Ujar Aufa. Umi membonceng Aufa untuk ke sekolah.
"Haa yelah. Nanti kitaorang bagi tahu okay. Bawak motor hati-hati Faa." Laung aku dari kantin. Aufa hanya mengangkat ibu jari.
10 minit selepas Aufa beredar, kami pun pulang. Seram pulak duduk dekat kantin tu lama-lama. Budak-budak lain semua dah balik tinggal kami berlima.
Aku tak terus pulang ke rumah. Aku lepak rumah Aina dulu. Aku tak betah duduk rumah. Ibu dan ayah dah bercerai. Ibu pulak ada lelaki lain. Aku ada abang tapi abang aku pun dah tak serupa manusia.
Aku lebih suka lepak dengan kawan-kawan daripada balik rumah. Aku SPM ni pun tiada siapa yang sokong. Kawan-kawan je yang selalu bagi semangat bila aku nak mengalah.
Diaorang yang setia hulurkan tangan bila aku jatuh. Diaorang tak pernah penat bagi aku nasihat. Aku tak mintak lebih. Cukup mereka ada dengan aku sampai bila-bila.
Janji yang kami buat dulu aku pegang kemas. Janji tu yang beri aku kekuatan dalam hidup ni.
****-****
Bahagian ni tak de pun sebenarnya tapi saja nak tambah supaya panjang sikit. Enjoy reading guys.

YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Mystery / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...