-Umi-
Dee dan Mel keluar daripada kabin dengan muka sembab. Shawl yang dipakai tidak sekemas selalu. Mereka berdua mengambil tempat di meja makan.
"Kauorang kenapa ni?" Soal Ichaa yang perasan akan rupa mereka.
"Kitaorang mimpi benda buruk. Pasal kubur semalam." Balas Dee lemah. Mel hanya diam.
"Ceritalah." Suruh Aina.
"Kitaorang mimpi yang kita semua mati dekat situ tak tahu lah kenapa atau siapa yang buat. Ada satu perkampungan dekat situ." Dee menarik nafas panjang.
"Ada satu rumah besar dekay tengah-tengah kampung. Dekat situlah kitaorang nampak kita semua terbaring berlemuran darah." Sambung Mel.
Air mata yang ditahan mengalir perlahan. Ichaa pantas memeluk Mel dan Dee.
"Nah." Aku hulur segelas air. Mungkin dapat menenangkan mereka.
"Aku lapar!!" Jerit Luq dari kabin. Perbualan kami terganggu.
"Makanan dah siap. Panggil Ian dengan Fad sekali." Arah Aufa lembut.
"Ni apahal muka diva-diva ni pucat? Selalu kemain berseri lagi." Perli Fad halus.
Ichaa menceritakan mimpi yang dialami mereka berdua. Luq dan Ian yang sedang makan terganggu. Mereka memandang sesama sendiri.
"Kita pergi sana petang ni nak?" Cadang Aina. Kami memandang Fad meminta kepastian.
"Tak payah nak mengadalah. Tempat orang. Nanti jadi apa-apa siapa yang susah." Balas Fad tegas.
"Fad, please." Celah Dee separuh merayu.
"Kau tak takut ke hah. Dapat mimpi macam tu pastu ajak pulak pergi sana. Apa dah sedia nak mati?" Balas Fad serius.
"Aufa dengan Umi macam mana?" Soal Aina tiba-tiba.
"Kitaorang ikut je mana-mana." Balas Aufa ragu-ragu.
"Fine. Lepas Zohor kita pergi. Semua tak nak dengar cakap aku." Bentak Fad dan berlalu pergi.
"Umi, aku nak cakap sikit dengan kau." Aku mengekori Dee dari belakang. Apa lagi ni?
Aku sempat memandang Aufa. Aufa mengangguk.
"Ada apa?" Soal aku tidak mahu berlama.
"Sebelum kau nak cakap apa-apa, aku nak mintak maaf sebab tak cerita hal sebenar. Aku tak nak tengok kau sedih. Aku tahu kau sayang Ian." Aku cuba menjelaskan kedudukan aku yang sebenar.
"Aku ingat lepas Faiz dengan Ishraf pindah, Ian berubah. Tapi yelah Ian tu hensem mestilah ramai yang minat dia kan. Tak pe lah. Benda dah jadi. Aku mintak maaf sebab tampar kau semalam." Ujar Dee. Syukur dia okay.
"Hai Dee." Aku dan Dee serentak memandang Ian.
"I nak mintak maaf sebab I curang dengan you." Kata Ian mengaku salah.
Aku meminta diri untuk pergi. Tidak mahu mendengar perbualan mereka. Saat aku ingin aku melangkah pergi. Jawapan Dee menarik perhatian aku.
"Kenapa you curang dengan I? Kenapa you pilih dia? Apa yang ada pada dia yang I tak ada? Apa kurangnya I? I lagi hot lagi cantik dari dia." Hati yang tadinya sejuk kini membara kembali.
"Haa Umi. Boleh tolong panggilkan Ian dengan Dee tu tak. Tadi beria nak pergi kubur tu lah apa lah." Aku memandang Fad dan berlalu masuk ke kabin.
"Woiii Ian Dee!!!! Cepatlah siap. Drama air mata korang tak laku lah dekat sini!!!." Jerit Fad. Terima kasih Fad.

YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Tajemnica / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...