6

50 3 0
                                    

-Aufa-

Kelas dah habis. Penat gila. Kaki aku gagahkan melangkah ke kafe. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang ikut. Aku toleh belakang tak de siapa. Jangan buat buat aku seram lah.

"Bahhh!!!!" Sergah Fad.
"Ya Allah. Fad nak Aufa mati awal ke huh. Main sergah-sergah apahal."marah aku.

"Hehehehehe. Sorry. Sebenarnya Fad nak mintak maaf ni sebab buat Aufa terasa tadi. Tak sengaja marah Aufa." Jelas Fad.

"Ouhh tak pe. Aufa tak ambik hati pu . Faham tu. Aufa kenal Aina tu macam mana." Tak jadi nak terus terasa dengan Fad. Heh.

"Aufa nak pergi kafe ke? Jomlah sekali. Fad tak ada kawan ni. Luq dah keluar dengan Mel." Serius ahh Fad ajak aku ni. Macam dalam mimpi.

"Eh tak pe ke? Tak ada orang marah ke nanti?" Tanya aku untuk kepastian.

"Tak. Jom." Balas Fad pendek. Aku hanya mengikut dari belakang. Jauh jugak lah jarak antara kitaorang sebab banyak mata memandang. Haih.

Sampai sahaja di kafe, kami terus mengambil tempat di meja yang agak tersembunyi. Kang tak pasal jadi gosip budak nerd minum dengan budak hot.

"Aufa memang tak bergaul dengan lelaki sangat ke? Fad saja tanya sebab selalu nampak Aufa kalau ada team work dengan lelaki mesti Aufa macam low profile kan." Lupa pulak aku satu kelas dengan dia.

"Aah. Aufa memang tak bergaul sangat dengan lelaki. Dengan Fad pun rasa janggal haa. Eh jap, Fad stalk Aufa ea selama ni?" Kening aku jongketkan. Tak tahu lah dia nampak ke tak sebab cermin mata aku ni tebal sngat.

"Eh tolong lah. Buat apa Fad nak stalk Faa. Ramai lagi yang Fad boleh stalk tau. Aufa bukan lawa mana pun. Dengan speck tebalnya. Hahahaha." Balas Fad selamba.

"Betul lah apa Fad kata tu. Pengemis tepi jalan pun tak pandang Aufa ni." Sentap hati kita wak.

"Alahh Faa. Fad gurau lah." Fad cuba memujuk aku.

"Fad, Aufa kena mintak diri dulu. Terima kasih sebab belanja minum. Assalamualaikum." Aku pergi tanpa menunggu balasan salam dari Fad. Kenapa aku perlu rasa sedih ni????

---—----------

-Aina-

"Alaa Umi. Dekna nak pergi tapi abang Fad tak kasi." Aku mengadu pada Umi pasal Fad tak kasi aku pergi camping.

"Betul lah tu. Kalau Aina nak ikut, Fad kena ada sekalu. Suka atau tidak, Aina kena bawak Fad sekali. Umi takut apa-apa jadi dekat Aina nanti." Semua fikir aku tak boleh jaga diri.

"Tak nak lah. Semak je kalau dia ada. Nanti Dekna nak buat apa-apa ada je yang tak boleh." Kata aku separuh merengek.

"Kalau macam tu. Aina balik rumah, tolong Umi Abi dekat rumah. Ada faedahnya." Balas Umi tegas.

"Tengok lah macam mana. Assalamualaikum."telefon aku matikan. Aku menuju ke tempat parkir kereta.

Perjalanan aku terganggu apabila ternampak dua figura manusia yang sangat aku kenali. Fad dan Aufa. Duduk minum sama-sama. Nak je aku pergi tegur tapi tiba-tiba Aufa blah.

Aku berlari anak ke arah Aufa. Dia nak balik dah kot. Terkejut dia bila aku tiba-tiba berdiri tegak depan dia.

"Kau ni Aina. Cuba lah bagi salam ke apa ke. Ni main muncul macam tu je. Kalau aku ada sakit jantung dah lama go tauu." Tangan aku menjadi mangsa cubitan Aufa.

"Hehehehehe. Sorry. Dah kalau jalan tak tengok kiri kanan. Aku sergah jelah. Eh tadi aku nampak kau borak dengan Fad dekat kafe. Ada cerita baek ke?" Soal aku ingin tahu.

"Tadi lepas kelas Fad ajak minum. Borak pasal assignment yang miss bagi." Baru teringat diaorang ambik bidang sama.

"Ouhh yeke. Ehh kalau aku ajak Fad okay tak? Umi aku suruh ajak Fad jugak lah." Jari telunjuk aku letak di dagu. Macam fikir masalah dunia.

"Ikut kau lah. Dia sepupu kau bukan sepupu aku. Kalau dia ada pun okay je. Kita perempuan ada enam. Lelaki tiga. Okay kot." Balas Aufa tenang.

"Cantik. Nanti aku ajak Fad. Thanks Faa. Jumpa esok." Aku lambai Aufa dan menuju ke kereta aku.

--------------------
-Aufa-

Badan aku regangkan. Ahh penatnya asik hadap laptop. Macam tak de life je. Telefon yang berada di atas katil berbunyi menandakan ada mesej masuk. Kaki aku paksakan melangkan ke katil. Roommates yang lain dah bermimpi sampai ke bulan. Jam aku kerling. Pukul 12 tengah malam.

Telefon aku hidupkan. Kata laluan aku masukkan. Mesej dari Fad. Berkerut dahi aku. Tak pernah dia mesej. Mimpi ke apa mamat ni.

Fad
Assalamualaikum Faa. Fad nak  mintak maaf kalau kata-kata Fad tadi buat Faa terasa hati. Fad tak bermaksud pun nak lukakan hati Faa.Faa cantik di mata Fad.

Mesej daripada Fad aku baca berulang kali. Sah mamat ni ngigau. Tak sempat aku balas, mesej lain masuk.

Fad
Kalau Faa dah maafkan Fad. Esok lepas kelas jumpa Fad dekat tempat tadi k. Fad tunggu Faa. Selamat malam. Assalamualaikum.

"Waalaikumsalam."

——————————

Yeahh SPM dah habis. Hahahaha. Soalan memang terbaekk ahh. Thx KPM. Muahh ciked. Errr.

New update from me. Baca daripada awal kalau tak faham. Hehehehehe. Kbye.

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now