Epiloq

49 3 0
                                    

Sementara menunggu panggilan untuk masuk ke dalam perut kapal terbang, aku membelek surat khabar yang aku beli sebentar tadi. Tajuk utama hari ni 'PERCUTIAN BERDARAH' menarik minat aku. Setiap baris aku baca dengan tekun.

"Lapan orang mangsa ditemui mati di sebuah sekolah tinggal dekat sini. Dipercayai kesemua mereka merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Kesemua mangsa berumur 23 tahun dan dipercayai mereka baru pulang daripada sebuah kawasan perkhemahan di Selangor."

"Haziq Luqman bin Halim mati akibat serangan anjing gila dan mayatnya ditemui di semak samun. Mayat Qaisarah Melissa binti Dato' Malek dijumpai di makmal ICT dan mati akibat tengkorang kepala pecah akibat dihimpap projektor."

"Syed Al-Fateh bin Syed Alyas dan Lisa Adeena binti Datuk Hazimi dipercayai mati disebabkan pendarahan yang banyak. Tiga lagi mayat ditemui di gelanggang bola tampar. Siti Nur Aisyah binti Abdullah dipercayai mengelar lehernya sendiri. Aufa Hanisah binti Hassan dan Aina Khalilah binti Kamal mati akibat pendarahan yang banyak. Tengku Rayyan bin Tengku Rafiq dipercayai mati disebabkan pendarahan yang banyak akibat terhimpit pagar."

"Kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Ahli keluarga mangsa enggan ditemu bual. Kesemua mangsa akan dibawa pulang oleh waris terdekat dan dikebumikan."

Selesai membaca, beg besar berisi pakaian aku bawa menuju ke pondok polis berdekatan. Aku ketuk pintu dan ada suara yang menyuruh aku masuk.

Aku mengambil tempat di hadapan seorang pegawai polis yang bernama Alya.

"Ya cik, boleh saya bantu?" Soal pegawai polis tadi.

"Saya nak buat satu pengakuan." Jawab aku.

"Pengakuan tentang apa ya cik?" Tanya pegawai polis itu lagi.

"Saya dah bunuh kawan-kawan saya." Kata aku dan menunjukan keratan akhbar. Pegawai polis yang bernama Alya memandang aku tidak berkelip.

-----------------------------

Irzatul Umira binti Zulkifki dimasukan ke hospital gila selepas membuat pengakuan membunuh kawan-kawannya di sebuah sekolah tinggal.

Setelah mengambil keterangan, polis mengesahkan Irzatul Umira binti Zulkifli membunuh setiap mangsa. Hukuman gantung sampai mati yang sepatutnya dijatuhkan kepada beliau ditarik balik selepas mengambil kira tahap kesihatan mental beliau.

Keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil. Mereka berharap pembunuh akan mendapat hukuman yang setimpal.

TAMAT

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now