-Luq-
Hari ni hari terakhir kami di sini. Usai solat subuh, aku mencadangkan kami semua naik bot tengok matahari terbit. Yang lain teruja. Ichaa mengejutkan Dee dan kekasih hati aku, Mel.
Kami menaiki bot dan pergi ke tengah-tengah tasik. Semua menunggu dengan penuh teruja.
Fenomena yang kami tunggu menunjukkan rupa. Matahari terbit dari sebelah timur seperti hari-hari sebelumnya. Aku harap aku sempat bertaubat dan berbuat baik pada semua sebelum matahari terbit dari sebelah barat dan terbenam di sebelah timur.
Yang pasti, impian aku untuk memperisterikan Mel tercapai. Betul kata cikgu dekat sekolah dulu. Nak cari jodoh cari dekat universiti. Terima kasih cikgu sebab akhirnya saya jumpa cinta hati saya.
"Woii Luq. Kau apahal senyap je. Selalu kemain kau lah yang paling biaing." Aku tersedar dari lamunan pamjang.
"Hidayah dah sampai bro." Balas aku. Fad menyekeh kepala aku.
"Tak payah nak merepek lah bro. Kau buat aku risau je." Fad mengeluh kecil.
"Kalau aku pergi dulu, kau tolong jagakan family aku dengan Mel ye." Balas aku serius.
Fad menumbuk pipi aku perlahan. "Bangang ah kau cakap macam ni." Fad kembali ke posisinya. Aku nampak, dia mengesat air matanya.
"Terima kasih bro jaga aku selama ni."bisik aku sendiri.
Selepas puas kami melihat keindahan alam yang tidak dapat dinikmati di bandar nanti, kami pulang ke kabin. Ikut perancangan, lepas Zohor kami akan pulang ke tempat belajar masing-masing.
"Masuk bilik kemas barang. Check dua tiga kali sebab tak nak barang tertinggal." Arah Fad.
Semua beredar masuk ke kabin masing-masing.
"Kau dengan Dee dah okay?" Tanya aku pada Ian yang sedang sibuk mengemas barang.
"Okay macam tu jelah. Tak mesra macam dulu. Salah aku jugak lah kot." Ujar Ian hambar. Kecewa mungkin. Padan muka.
"Kau dah mintak maaf dekat Umi?" Soal Fad pula.
"Belum." Balas Ian sepatah. Kami terkejut. Belum?
"Kau ni biar betul. Hati perempuan tu wei. Mahu dia balas dendam nanti. Mati kau." Saja aku provok Ian.
"Entah kau ni. Jadi lelaki kena lah gentleman. Mengaku salah tu. Maaf tu boleh jatuhkan maruah kau ke?" Perli Fad. Ian hanya diam.
Sedang kami sibuk mengemas barang, pintu bilik diketuk dari luar. Fad membuka pintu. Luas.
"Korang ni berkemas ke apa hah. Lambatnya. Cepatlah sikit." Ucap Ichaa apabila melihat keadaan bilik yang bersepah.
"Cepatnya korang kemas. Sumbag je ke apa?" Aku memandang Ichaa yang berdiri tegak di pintu.
"Kitaorang dah kemas malam tadi lah." Balas Ichaa.
"Ouhhhh" balas aku, Ian dan Fad hampir serentak. Weyh ni bukan bicara berirama nak serentak k.
Aku melangkah keluar dari kabin dan masukkan beg pakaian aku dan Mel ke dalam bonet kereta. Fad dan Ian turut melakukan perkara yang sama.
"Korang, kita singgah sekolah sekejap nak tak?" Tanya Umi pada kami.
"Nak!!!!!" Jerit Dee dan Mel serentak. Serius lah. Ada pertandingan bicara berirama ke ni.
"Tak payah lah. Penat ah. Aku nak balik. Rahat." Balas Ian.
"Ian please. I nak pergi. Lama dah tak pergi sekolah tu." Rengek Dee.
"Fine. Kita pergi. Seronok?" Ian mengalah akhirnya.
YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Mystery / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...