-Mel-
"Luq, ada anjing." Ada seeokor anjing hitam besar mamandang ke arah kami dengan lidah terjelir. Jijik.
"Mel jangan gerak k. Relax okay." Luq menenangkan aku. Tiba-tiba entah apa yang merasuk anjing hitam itu sehingga aku dan Luq dikejar.
"Mel, awak lari naik makmal ICT tu. Biar saya tarik perhatian anjing ni okay. Take care sayang. I love you." Luq berlari ke arah pagar belakang. Aku naik ke makmal ICT seperti yang disuruh.
"Ya Allah kau selamatkanlah Luqman." Rintih aku. Aku duduk bersandar di dinging memuluk lutut. Wajah aku benamkan. Air mata tidak sudah membasahi wajah.
---------------------------
-Aufa-"Fad, saya dengar suara anjing menyalak." Ujar aku.
"Aah. Fad pum dengar. Turun jom." Ajak Fad.
Sampai sahaja di tingkat bawah, seekor anjing melintas di hadapan kami. Selamat Fad sempat menarik aku supaya bersembunyi.
"Fad." Bisik aku perlahan.
"Aufa relax okay." Fad cuba menenangkan aku.
"Okay anjing dah pergi. Awak okay tak?" Aku mengangguk sebagai jawapan.
Kami menuju ke arah bangunan makmal ICT untuk mencari Umi.
"Apa tu Fad?" Tunjuk aku pada sesutu yang berada dalam semak samun.
Aku dah Fad pergi ke arah yang ditunjukkan. Sangat mengejutkan apabila benda itu adalah Luq. Kaki kanannya seperti digigit. Anjing tadi ke? Fad terduduk di sisi sahabat baiknya.
"Fad." Suara Luq mengejutkan kami. Fad merapatkan diri dengan Luq.
"Kau tolong tengokan Mel ya. Jaga dia untuk aku. Aku... sa...yang...dia...." ucap Luq tersekat-sekat.
Fad mengangguk lemah. Aku tahu Fad sedang menangis. Fad merasa nadi di pergelangan tangan Luq. Fad menggeleng perlahan. Air mata aku tak semena-mena keluar.
"Tenang lah kau di sana sahabat. Terima kasih sebab jadi sahabat terbaik aku. Maaf tak dapat tunaikan janji aku." Kata Fad perlahan.
Dummm!!! Bunyi seperti sesuatu yang jatuh dari arah makmal ICT atas. Aku dan Fad berlari masuk melihat apa yang berlaku.
"Tolong..." suara Mel meminta toling.
"Mel!!" Aku berlari ke arahnya. Kaki mel terhimpap dengan almari yang dulunya menempatkan komputer riba.
"Tolong aku Faa. Sakit. Tolong Luq, Fad. Dia kena kejar anjing." Adu Mel. Aku dan Fad memandang sesama sendiri.
"Mel, Luq dah tak ada. Dia.. dia kena gigit dengan anjing. Aku syak anjing tu pembawa rabies. Aku mintak maaf Mel." Ujar Fad kecewa.
Mel menangis teresak-esak. Aku dan Fad mencuba mengangkat almari tersebut tetapi gagal. Terlaku berat untuk kami.
"Aufa dengan Mel tunggu sini. Fad pergi cari yang lain sekejap." Aku halang Fad.
"Tak payah lah Fad. Nanti apa-apa jadi dekat Fad. Please Fad. Jangan pergi." Aku separuh merayu.
"Fad janji akan datang balik okay. Aufa jaga diri okay. Fad sayang Aufa." Fad tersenyum dan pergi tinggalkan aku dan Mel.
-------------------------
-Ian-"Eh tu Fad kan." Ujar Dee.
"Dee!! Ian!! Mana korang woii!!" Jerit Fad. Aku pelik. Kitaorang hanya berapa meter di hadapan dia. Tak akan dia tak nampak kot.
"Aku dekat sini lah. Depan kau." Ku turut menjerit tapi tiada balasan dari Fad.
"Fad tak nampak kita?"soal Dee pelik. Aku hanya mengangkat bahu. Aku dan Dee berjalan mendekati Fad.
YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Mistério / Suspense"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...