11

37 4 0
                                    

-Ichaa-

"Woii bangun. Subuh woii."jerit Fad dari luar kabin. Ahh kacau lah Fad ni. Aku lihat Aina enak diulit mimpi di sebelah.

"Aina, bangunlah. Kang Fad tu bising lah."badan Aina yang kurus aku goncang perlahan. Susah betul lah nak kejut minah ni.

"Ichaa!! Aina!! Bangun sekarang!!!" Jeritan Fad naik satu oktaf.

Seperti lipas kudung aku berlari ke dalam bilik air. Lantak lah Aina tuh. Tahan jelah telinga kena perli nanti.

Usai menunaikan solat Subuh. Kami yang perempuan akan menyediakan sarapan. Yang lelaki pi cari kayu api.

Aufa dan Umi sibuk menyediakan bahan untuk memasak nasi goreng. Mel pulak sedang membersihkan beras. Aina lepak tepi tasik, termenung apa tak tahu. Dee sambung tidur kot.

"Ichaa, bahan dah siap ni. Kau punya turn pulak masak." Panggil Aufa. Sudah tiba masa untuk menunjukkan kehebatan aku memasak.

"Panggil Aina tu. Suruh dia buat air." Arah aku pada Umi.

"Baik bos." Tabik Umi pada aku dan berlalu memanggil Aina.

"Mel, hang pi tengok si Dee tu." Arah Aufa pada Mel yang sedang mengelap pinggan.

Beberapa minit lepas tu Dee turut serta. Kami berborak panjang. Mengingati kenangan masa dekat sekolah dulu.

"Assalamualaikum. Dah siap masak ke?" Soal Luq.

"Dah, tinggal nak masuk mulut je haa." Balas aku.

Bercahaya mata masing-masing melihat hidangan yang tersedia. Masing-masing mengambil tempat. Fad mengetuai bacaan doa. Dan makan lah apa lagi.

"Hari ni apa plan?" Soal aku. Yang lain memandang Fad meminta jawapan.

"Aku jugak ke nak kena tentukan? Ermm, nak buat apa ek?" Fad menggosok dagunya seperti memikirkan masalah dunia.

"Kita pergi jungle traking lah. Hari tu aku dengan Fad dah tengok laluan. Tak lah susah mana." Cadang Aufa tiba-tiba.

"Kalau semua setuju lepas makan ni kita pergi." Putus Fad. Yang lain mengangguk setuju.

Selesai makan, masing-masing masuk kabin untuk menukar pakaian yang sesuai. Setelah selesai, semua berkumpul dan Fad membaca doa.

Laluan untuk jungle traking disediakan. Tak susahlah untuk kami. Fad berada di hadapan dan Ian dengan Luq berada di belakang.

Kami hanya mendiamkan diri menikmati keindahan alam sekitar. Tiba-tiba.....

"Aduhh..." suara Aufa menarik perhatian kami. Dia terlanggar akar pokok yang menjalar. Kami merapati Aufa. Aku membuka kasut Nike yang dipakainya.

"Sakit kat mana?" Soal aku sementara tangan aku mengurut kaki Aufa. Dia menjerit apabila aku mengurut pada bahagian kaki yang sakit.

"Ichaa, ambik ni letak dekat kaki Aufa. Lepastu balut dengan kain ni." Celah Fad sambil menghulurkan sejenis daun yang dah dihancurkan dengan sehelai kain. Aku buat seperti yang disuruh.

"Nak teruskan atau balik kabin?" Soal Aina memandang kami semua.

"Aku nak balik kabin. Kalau korang nak teruskan, teruskan jelah." Celah Aufa. Aku menemani Aufa pulang ke kabin.

Sampai sahaja di tapak kabin, aku mendudukan Aufa di atas rumput. Aufa boleh melunjurkan kaki sambil bersandar pada pokok.

Aku berlari masuk ke kabin mngambil minyak urut. Aku urut kaki Aufa perlahan.

"Faa, kau suka Fad ea?" tanya aku memecahkan kesunyian.

"Apa kau melawak ni Ichaa. Tak de lah."balas Aufa mendatar.

"Yelah weyh. Dah jom. Masuk kabin kau rehat ye. Nanti diaorang dah balik aku kejut kau."aku memapah Aufa masuk ke kabin. Aku pergi dapur siapkan apa yang patut.

-----------------------------

Mereka sampai ke tapak kabin setelah puas meneroka hutan. Semua berkumpul di meja makan, membasahkan tekak.

"Ichaa, Aufa mana?" Soal Umi pada aku.

"Dalam kabin. Aku suruh dia rehat tadi. Kaki dia aku dah urut." Balas aku tanpa memandang Umi. Umi masuk ke dalam kabin melihat keadaan Aufa.

"Teruk ke kaki Aufa tu?" Soal Dee. Yang lain menunggu jawapan aku.

"Boleh tahan lah. Tapi dah okay sikit kot bila Fad suruh letak daun apa tadi tu."balas aku.

"Hai korang." Aufa yang berjalan terhinjut-hinjut dengan dipimpin Umi kami perhatikan.

Dia mengambil tempat di meja makan. Hari ni aku masak nasi putih, telur dadar dan sardin je. Aku sorang je masak jadi jangan nak demand lebih.

"Sedap kau masak Ichaa. Jadi bini aku lah weyh." Luq yang sibuk makan tiba-tiba bersuara.

Semua yang berada di situ tersedak. Tangan Luq pantas dicubit Mel.

"Ouhh ada hati nak kahwin dengan Ichaa ya. Tahu lah I tak pandai masak. Nanti I suruh lah Ichaa ajar I." Rajuk Mel. Kami tertawa melihat telatah mereka.

"Malam ni nak buat apa?" Campfire lagi ke?" Tanya aku sambil membasuh pinggan. Yang lain memandang Fad.

"Aku lagi ke? Malam ni kita lepak jelah. Aufa pun tak sihat lagi tuh. Nak buat aktiviti lasak nanti kesian pulak dekat Aufa." Balas Fad memandang Aufa.

"Eh janganlah sebab aku, korang tak jadi buat aktiviti. Buat jelah. Aku tak kesah." Balas Aufa serba salah.

"Malam ni kita nikmati keindahan alam jelah. Penat junggle traking pun tak habis lagi." Balas Mel pulak. Semua setuju.

Malam itu kami hanya berborak kosong. Ingatkan nak buat BBQ tapi diaorang kata awal lagi.

Bahagia aku lihat kebahagiaan yang terpancar pada mata masing-masing. Sungguh aku rasa nak berhentikan masa ni. Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan antara kami ni berterusan.

Kami masuk ke kabin masing-masing apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aufa dan Umi awal-awal dah mintak diri untuk masuk tidur. Orang dah biasa tidur awal kan.

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now