-Mel-
Aku menggeliat kecil. Lena gidur malam tadi tanpa sebarang gangguan. Aku lihat Dee tiada di sebelah.
Usai membersihkan badan, aku melangkah keluar untuk pergi ke dapaur. Mesti diaorang ada dekat situ.
"Morning sayang." Ujar Luq ceria membuatkan aku tersenyum. Aku duduk di sebelah Luq.
"Mel,Dee and Umi. Okay tak pagi ni?" Soal Fad prihatin. Kami bertiga mengangguk serentak.
"Baguslah. Malam ni kita buat BBQ. Esok nak balik dah."sambung Fad lagi.
"Yes. Malam ni makan besar." Ucap Luq teruja.
"Esok nak balik dah? Cepatnya masa berlaku kan." Ujar Dee perlahan.
Usai bersarapan, kami yang perempuan membuat persediaan untuk malam ni. Ayam kami perap. Ikan kami siang. Udang dan sotong kami bersihkan.
"Main baling selipar jom" cadang Ian.
"Kau tu 23 tahun bukan 10 tahun bro." Balas Fad.
"Alaahh jomlah Fad. Bukan selalu. Takut kalah ke bro." Cabar Luq.
"Cabar ea kau. Okau aku join. Jap aku nak masuk bilik jap. Tukar baju basah." Ujar Fad menyahut cabaran. Lelaki, pantang dicabar.
"Nak join jugak." Renggek Dee.
"Tak payah mengada Cik Lisa Adeena. Tolong kitaorang kat dapur ni ya." Balas Ichaa. Dee tarik muncung. Boleh jadi menyangkut baju ni.
"Luq, gudluck. Kalahkan Ian dengan Fad tu." Jerit aku pada Luq. Luq membalas dengan senyuman.
------------------------------
-Aina-Fad yang sedang gembira bermain aku pandang lama.
"Mana kita yang dulu Fad?"soal aku sendiri.
"Aina. Jom main baling selipar dekat luar." Ajak Fad. Aku setuju.
"Dekna buat apa tu sayang?" Panggil Umi.
"Tengah main baling selipar dengan Fad." Balas aku. Umi tersenyum.
Aku memandang Fad. Perbuatan dia terkantoi. Dia sepak menara selipar tu bukannya baling selipar untuk runtuhkan menara tu.
"Umi, tengok Fad ni main tipu. Fad main tipu. Aina benci Fad." Aku berlari masuk ke dalam rumah.
Aku masuk ke dalam bilik. Teddy bear besar pemberian Abi aku peluk erat. Air mata mengalir deras.
"Aina kenapa nangis ni? Ermm, Fad mintak maaf. Fad memain je. Aina jangan nangis okay." Fad mengelap air mata aku.
"Fad tipu Aina tak pe tapi jangan orang lain tipu Aina okay. Fad akan jaga Aina." Aku tersenyum dan mengangguk laju.
Air mata aku kesat kasar. Tangan Fad aku tarik supaya mengikut aku menonton movie. Fad hanya mengikut tanpa bantahan.
"Woii Aina, kau menung apa?" Sergahan Ichaa menyedarkan aku.
"Tak de apa-apa. Apa lagi nak kena buat?" Soal aku menutup gugup.
"Haa nah, kau siang ikan ni okay." Arah Ichaa.
Aku lihat Umi dan Aufa melangkah pergi. Aikk, dah siap ke kerja? Lama sangat ke aku termenung tadi?
"Umi dengan Aufa pi mana tu?" Soal aku.
"Entah." Balas Mel sepatah.
Aku pedulikan mereka dan menyambung kerja yang tergendala. Fad, Aina rindu.
------------------------------
-Aufa-Usai solat Maghrib dan Isyak, kami semua membawa bahan-bahan dan peralatan untuk BBQ ke kawasan tepi tasik.
Luq dan Ian mengambil tugas memanggang ayam dan sebagainya. Mihun goreng Ichaa dan masak.
"Aufa, Fad nak cakap dengan Aufa sekejap boleh?" Tegur Fad. Aku memandang Fad tanpa riak.
"Ouhh ok. Dekat mana?"soal aku kembali.
"Jom." Fad berjalan mendahului aku. Aku tahu Aina tengah pandang.
Fad dan aku duduk di atas sebuah bangku panjang mengahadap tasik. Tempat yang sama Dee berjumpa dengan Umi.
Aku menunggu Fad memulakan bicara. Cuaca malam tu tak lah sejuk mana tapi keadaan sekarang ni buat aku tak senang duduk.
"Aufa dah ada jawapan untuk soalan Fad masa dekat kafe hari tu?" Soalan Fad buat aku tersentak. Aku pandang dia sekilas.
"Aufa." Panggil Fad lembut. Cukup lembut untuk buat aku tak senang duduk.
"Maaflah. Aufa tak fikit pun jawapan untuk soalan Fad tu. Aufa tak pasti lagi-lagi dengan hubungan Fad dengan Aina macam ni." Jawab aku mendatar. Fad mengeluh kecil.
"Kenapa awak kena fikir pasal Aina? Saya tanya awak bukan tanya dia. Saya tak faham. Kenapa awak nak bela dia sangat." Ujar Fad tak puas hati.
"Saya memang suka awak tapi saya.."
"Saya nak jawapan daripada awak esok. Aufa Hanisah." Fad berlalu tinggalkan aku seorang.
Aku mendekati Umi.
"Nah." Umi menghukurkan pinggan yang dipenuhi makanan.
"Terima kasih." Kata aku sambil menyambut pinggan yang dihulur.
"Apa Fad nak?" soal Umi perlahan. Tidak mahu yang lain mendengar.
"Dia nak jawapan." Aku mengeluh kecil.
"Habis apa jawapan kau?" Soal Umi merenung aku.
"Entahlah. Aku tak pasti. Entah esok lusa apa akan jadi." Balas aku mendatar.
"Kau fikirlah baik-baik. Aku tak nak kau sakit lagi." Balas Umi.
YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Tajemnica / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...