4

63 3 0
                                    

-Umira-

April 2009

Aku minat dekat seorang senior ni. Dia hensem gila kot. Dia tak pernah sedar akan kehadiran aku. Dia rapat dengan Dee sebab keluarga diaorang bersahabat baik. Nama dia Fazmirul Ikhwan.

Masa tu aku form 3 dia pulak form 5. Satu hari kitaorang lepak belakang dewan macam biasa. Tiba-tiba abang Ikhwan datang nak jumpa Dee. Aku pandang dengan hati yang sakit. Kalau lah membunuh tu tak berdosa, Dee mangsa pertama aku.

"Umi, kau suka Ikhwan ea?"tanya Mel tiba-tiba buat aku tersentak.

"Eh tak lah. Tak akan aku nak suka dia. Dia pun tak pernah nampak aku. Jangan buat lawak lah."ucap aku menahan debaran dalam hati.

"Eleh ngaku jelah. Kitaorang dah baca diari jay hari tu. Dee pun tahu hal ni."pengakuan Mel buat aku terkejut. Aku pandang Aufa. Aufa hanya menggeleng. Hanya Aufa tahu hal ni.

Mulai hari tu aku dah malas nak datang sekolah. Kalau boleh aku nak pindah sekolah tapi ibu ayah tak kasi. Aku hadap je benda ni hari-hari. Aku abaikan je kecaman orang keliling. Yes, satu sekolah dah tahu.

Suatu hari tu Aufa tak datang sekolah sebab demam. Aku rasa sunyi je.

Aku jalan nak pergi kantin. Tiba-tiba Mel panggil aku. Tanpa pengetahuan aku Dee ada dekat tingkat atas. Aku jalan dekat kaki lima tanpa apa-apa keraguan.

"Stop!!!"jerit Mel.

Yang aku tahu lepas tu baju sekolah aku penuh dengan lumpur dan bau busuk. Semua yang lalu lalang melihat dan ketawa.

"Best mandi lumpur? Nak lagi tak? Aku ada bawak lumpur extra ni." Ujar Dee sinis.

"Asal kau buat aku macam ni Dee. Apa salah aku?"tanya aku polos. Aina dan Ichaa merapati aku.

"Kau pahal Dee. Apa masalah kau buat Umi macam ni hah!" Marah Ichaa.

"Sebab perempuan ni suka dekat tunang aku. Keluarga aku dengan keluarga abang Ikhwan dah janji nak kahwinkan kami."ucap Dee bangga.

Semua yang mendengar ketawa seperti semua yang berlaku ni suatu bahan lawak. Ikhwan yang turut berada di situ aku pandang meminta simpati. Dia perlahan merapati aku.

"Nah. Ni pulak hadiah dari aku. Sedar diri k." Ikhwan menuangkan air oren ke atas aku dengan tersenyum puas. Dia beredar dengan ketawa yang masih bersisa.

Ichaa dan Aina menarik aku ke dalam tandas untuk membersihkan aku. Setelah selesai, aku pantas melangkah ke kelas untuk mengambil beg dan meminta diri untuk pulang.

Aku terpaksa berjalan kaki ke rumah Aufa. Ermm, selamat lah dekat je.

"Assalamualaikum. Aufa...."laung aku dari luar rumah. Mak Aufa menyambut aku dan menyuruh aku untuk masuk. Pantas kaki aku atur ke bilik Aufa.

"Aufa"aku memeluk Aufa yang ralit membaca novel dari belakang.

"Weii Umi. Kau pahal ni. Asal baju kau warna lain dan kau bau lah." Aufa meleraikan pelukan dan melangkah ke almari bajunya. Sepasang baju dan seluar serta tuala mandi diserahkan pada aku.

"Pergi mandi. Nanti kau cerita."aku hanya menurut.

Usai mandi aku merapati Aufa. Aku duduk disebelah Aufa di atas katil. Aufa memberi isyarat mata supaya aku bercerita.

Aku ceritakan semua yang terjadi. Aufa peluk aku erat. Kata maaf tidak Aufa ulang banyak kali. Maaf kerana tidak dapat mempertahankan aku kali ni.

Sejak hari itu, hubungan aku dan Dee tidak serapat dulu. Dingin sedingin ais. Aku masih berkawan dengan mereka walaupun hati ini tidak kuat.

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now