8

43 3 0
                                    

-Aina-

Camping.

Barang-barang camping semua aku dah packing malam tadi. Yelah, tak nak kena tinggal. Fad cadangkan kitaorang pergi naik kereta dia sebab kereta dia besar. Aku tak de hal.

Jam aku kerling. Pukul 5 pagi. Lepas subuh terus gerak. Yelah, tempat camping tu jauh. Lagi satu biasalah, janji melayu. Paham paham jelah.

Tuala aku capai. Mandi dan ambik wudhu. Solat lepastu siap apa yang patut. Tunggu Fad datang ambil. Mesti dia pergi ambil Aufa dulu sebab rumah sewa diaorang dekat.

---------------------------------
-Fad-

Usai solat subuh, aku masukan barang- barang ke dalam kereta. Telefon bimbit aku hidupkan. Nombor Aufa aku dail.

"Assalamualaikum Faa. Dah siap ke? Fad nak ambik Faa dulu ni." Kata aku sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Waalaikumsalam. Aufa dah siap dah ni. Tunggu Fad sampai je."balas Aufa di hujung talian.

"Okay, Fad gerak sekarang. Tunggu depan rumah. Assalamualaikum." Telefon aku matikan setelah Aufa menjawab salam.

Enjin kereta aku panaskan. Semalam dah hantar service, harap-harap semua berjalan lancar. Dengan Bismillah, perjalanan aku mulakan.

Sampai sahaja di hadapan rumah sewa Aufa, enjin kereta aku matikan. Dia tutup novel FIXI dan tersenyum ke arah aku.

"Assalamualaikum. Selamat pagi. Meh beg Aufa tu Fad masukan dalam kereta." Tanpa menunggu jawapan Aufa aku terus masukan beg dia dalam kereta.

"Terima kasih." Ucap Aufa perlahan.

"Ehh kita sedondon lah hari ni." Kata aku apabila terperasaan baju yang kami pakai sama warna, biru laut.

Aufa kelihatan santai dengan mengenakan seluar slack, baju biru laut lengan panjang, shawl hitam dan kasut sukan. Wajah tanpa secalit make-up. Dia pergi kolej pun memang tak pakai make-up.

"Fad." Suara Aufa mengembalikan aku ke dunia realiti. Abende peghati anak dara orang macam tu sekali.

"Haa ye. Sorry. Jomlah ambik Aina. Nanti dia bising pulak. Faa duduk depan k." Aufa menurut. "Pakai seat belt tu. Safety first." Sambung aku pendek.

Sepanjang perjalanan aku banyak bertanyakan tentang kawan-kawan Aufa yang join camping ni sekali.

"Korang ni tak boleh lambat lagi ke hah. Penat lah nak menunggu." Rungut Aina sesampainya kami di rumah dia. Kecoh lah minah ni. Bersyukur sikit aku ambik dia. Ikut hati nak je aku tinggalkan.

"Sorry lah Aina. Tadi aku ada tertinggal barang dekat rumah tu yang Fad kena patah balik. Sorry tau. Aku yang salah." Jelas Aufa atas kelewatan kami.

"Apa apa lah. Dah jom. Aku duduk belakang." Balas Aina sambil memasukan beg pakaian ke dalam kereta.

"Memang situ pun tempat kau." Balas aku selamba. Tak de mood aku nak cakap baik-baik dengan si tiang ni.

"Aina, Mel dengan Luq dah gerak daripada Pahang ke?" Soal Aufa memecah kesunyian antara kami bertiga.

"Entah." Balas Aina sepatah.

Kereta meluncur laju ke destinasi. Aufa sedang leka membaca buku. Tak pening ke baca dalam kereta? Aina tadi lagi dah sambung buat tahi mata.

-----------------------------

-Ichaa-

"Dee cepatlah siap tu. Orang nak pergi camping je pun. Tak akan lah sampai nak make-up bagai." Marah aku pada Dee.

Kitaorang bertiga naik kereta Ian. So selagi Ian tak sampai selagi tulah minah ni tak siap-siap.

"Kejap lah. Tengah pack barang ni." Balas Dee dari dalam bilik.

Aku dengan Umi tidur rumah Dee malam tadi kebetulan housemates Dee yang lain dah balik bercuti. So tak de lah semak sangat kan.

"Tulah, aku dah kata pack malam tadi. Degil. Boleh pulak dia marathon drama korea." Rungut aku.

"Aufa dah gerak. Mel dengan Luq pun dah gerak dari Pahang." Celah Umi yang dari tadi membelek telefon.

"Dee cepatlah !!! Ian ni pulak mana. Tak bangun lagi ke macam mana.. erghh" amarah aku makin memuncak. Pantang aku orang tak tepati masa.

"Assalamualaikum!!!" Seseorang memberi salam. Umi pantas menjenguk siapa pemilik suara tersebutm.

"Waalaikumsalam. Sampai pun kau Ian. Dee tak siap lagi tu." Kan betul, Ian sampai je Dee keliar bilik.

"Okay dah jom. Tak payah buang masa." Balas aku.

Ian memasukkan beg kami ke bonet kereta. Dee duduk sebelah pemandu. Aku dengan Umi duduk belakang. Tak kesahlah, asal sampai.

Aku mesej Mel dan Aufa mengatakan kami dah bertolak. Perjalanan yang lama akan jadi sekejap bila pemandunya ialah Ian. Pikir jalan tu bapak kau punya ke.

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now