-Dee-
Disebabkan ruang solat tak disediakan, jadi kami membuat keputusan solat beratapkan langit dan beralaskan tikar. Selamat lah si Aufa bawak tikar. Mampu lah memuatkan kami bersembilan. Macam biasa, Fad jadi imam.
Malam tu kami buat keputusan untuk bersantai menikmati keindahan alam. Unggun api Luq nyalakan. Bekas pengakap rupanya.
Semua mengambil tempat mengelilingi unggun api. Ian masuk ke kabin untuk mengambil gitar kesayangan. Sambil-sambil lepak bakar marshmallow. Bajet orang putih.
"Aku nak nyayi lagu yang buat aku dan Dee kembali semula. This song is for you babe." Ian berkata sambil memandang aku. Mamat ni buat aku blushing betul lah.
Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel aliveWe keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen stillSo you can keep me
Inside the pocket
Of our ripped jeans
Holdin' me closer
'Till our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come homeBulan dan bintang seakan ikut menyanyi.
----------------------
Tahun pertama di universiti."Hai, awak comel lah." What? Aku comel? Serius lah mamat ni? Falique Zayyan cakap aku comel?
"Free tak? Jom pergi kafe. Saya belanja awak." Sambung Zayyan ramah.
Tengku Zayyan, anak orang kaya, hensem, bergaya. Orang kata perfect lah. Memang semua lelaki dekat kolej ni kalah dengan 'kesempurnaan' Tengku Zayyan.
Ajakan Zayyan aku terima. Jalan beriringan dengan mamat hot memang banyak lah mata memandang. Mamat ni cool je. Sampai dekat kafe dia suruh aku tunggu dia dekat meja.
10 minit menunggu, kelibat Zayyan langsung tak kelihatan. aku bangun berniat untuk pergi. Tetapi....
"HAHAHAHAHA...." Semua yang berada di situ ketawa terbahak-bahak. Mee goreng memenuhi muka dan mengotorkan baju aku.
"Hahahaha. Ada jugak budak bodoh macam ni? Ouhh patutlah budak baru. Hahahaha, mesti kau fikir kau lawa kan bila Ian tegur kau. Jangan perasaan lah perempuan." Kata Faiz dengan ketawa yang masih bersisa.Aku hanya menangis. Biarlah. Aku tak peduli menangis di hadapan orang ramai. Sakit hati aku. Ya aku memang bodoh sebab fikir si Zayyan suka aku.
Zayyan,Faiz dan Ishraf merupakan 3 orang jejaka hot di kolej. Mereka ni sepupu, setahu aku lah.
Aku pandang Zayyan dengan perasaan geram. Air mata aku kesat. Masih ada suara-suara yang sedang tertawa melihat aku. Aku pergi meninggalkan tempat mereka berdiri.
-----------------------
-Ian-Dia memang lawa. Kalau lah aku mampu cakap macam tu depan Faiz tadi. Apa akan jadi? Ini bukan kali pertama aku melihat perempuan menangis disebabkan perbuatan aku. Ada yang sampai pindah kolej kot. Tapi kali ni lain.
"Iz, dah lah tu." Tegur aku apabila Faiz dan Ishraf masih ketawa disebabkan kejadian tadi.
Faiz. Berkulit putih kemerah-merahan. Tinggi dan segak. Siapa yang tak cair weyh. Tapi perangai dengan rupa langsung tak ngam.
"Hahahaha. Lek ah bro." Ujar Faiz dengan gelak masih bersisa.
"Siapa minah tu?" Soal Ishraf pula. Ishraf ni biasa-biasa je tapi bila dah bersaudara dengan kitaorang. Dia kena jadi luar biasa.
"Lisa Adeena. Asal? Interested ke?" Soal aku.
"Tak payah lah bro. Bodoh sangat tu." Ujar Faiz selamba. Ehh mamat ni ada kena penumbuk dengan aku kang.
"Sedap nama. Orang pun lawa. Tapi sorry lah. Not my taste bro. Tapi maybe taste Ian kot. Kan bro?" Ishraf memandang aku meminta jawapan.
"Aku?? Gila ke? Agak lah bro budak macam tu." Balas aku cuba untuk menutupi perasaan sebenar.
"Entak kau ni Raf. Agak lah Ian minat perempuan gitu. Ian kan gay." Celah Faiz. Biceps Faiz aku tumbuk. Tak guna punya sepupu.
---------------------------
-Dee-Selepas kejadian yang memalukan tu, aku berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pakaian aku semua ikut trend terkini.
Buat orang yang sakitkan kita dulu menangis.
"Lisa Adeena, sekejap. Saya ada benda nak brcakap dengan awak" aku kenal suara tu.
Aku berjalan laju menuju tempat letak kereta. Langkah aku terhenti apabila ada tangan yang menggenggam tangan aku. Badan aku pusing menghadap si empunya suara.
"Lepaslah. Cakap guna mulut, bukan tangan." Zayyan pantas melepaskan tangan aku.
"Kita cakap dekat tempat lain please." Aku menggeleng.
"Sebenarnya saya datang jumpa awak sebab nak mintak maaf atas kejadian tempoh hari. Saya dah lama nak jumpa awak tapi Faiz dengan Ishraf selalu ada. Sekarang ni Faiz ikut parents dia perfi Australia and Ishraf pindah kolej." Jelas Zayyan panjang lebar tanpa di suruh.
"Ouhh yeke? So??" Balas aku tidak berminat.
"Maafkan saya please. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Saya tak pernah ada perasaan macam ni dekat mana-mana perempuan." Jujur Zayyan.
"Okay, kita kawan but first awak kena bersihkan nama saya dekat kolej ni." Zayyan tersenyum dan setuju dengan syarat yang diberi.
Sejak hari tu hubungan aku dengan Zayyan rapat. Selali keluar bersama. Tiada lgi mulut-mulut murai. Hampir setahun kami berkawan dan Zayyan meminta untuk ke tahap seterusnya. Dan aku setuju.
YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Mystery / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...