2016
-Ichaa-
"Ichaa bangun lah. Kau ada kelas kan pagi ni." Sayup kedengaran suara seseorang. Mata aku buka perlahan. Sue. Roommate aku. Aku duduk bersila dengan mata yang masih terpejam.
"Pukul berapa dah ni?" Soal aku mamai. Rambut yang kusut aku abaikan.
"Pukul 9 dah."jawab Sue sambil mengemas meja miliknya.
"Ouhh 9. What!!?? 9!!?? Kenapa Sue tak kejut subuh tadi. Arghh, dah lambat ni."aku pantas berlari ke tandas. Sempat jugak tangan ni mencapai tuala yang tergantung di tepi pintu.
Haih kita pulak salah. Dia yang tidur mati. Jam bunyi pun tak dengar. - Sue
****-****
"Habis pun kelas. Penatnya." Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Air milo yang tersedia aku sedut rakus.
"Hai Ichaa. Asal nampak penat sangat ni?" Soal Umi. Aku,Umi dan Dee belajar dekat satu universiti tapi bidang lain.
Umi ambil bidang Farmasi, aku bidang Japanese Languange Communication dan Dee ambil bidang MASCOM.
"Penat sikit hari ni. Dah lah masuk kelas lambat. Haihh."keluh aku. Ni semua sebab malam tadi aku layan Anime sehingga terlajak ke pukul 2 pagi.
"Laa yeke. Ni mesti sebab layan Anime kan. Ichaa Ichaa. Tak berubah kan."usik Umi. Semua yang rapat dengan aku tahu aku peminat tegar Anime. Aku hanya tersenyum. Pandai Umi teka.
"Mana Dee?"selalunya Dee join kami makan. Tapi ni entah ke mana.
"Pergi makan dengan Zayyan kot."balas Umi acuh tak acuh.
Tengku Zayyan. Mamat hensem dekat kolej. Keturunan tengku tuh. Siapa je yang tak jatuh cinta kan.
"Apa khabar lah Aufa, Mel dengan Aina kan? Dulu masa sekolah konon nak belajar jauh-jauh. Bosan hadap muka masing-masing. Tapi ni, kita bertiga satu U dieorang bertiga pun satu U."tergelak kecil aku mengenang semua tu.
"Kita buat reunion nak tak? Kita-kita jelah."idea Umu buat aku tersenyum.
"Great!!" Balas aku teruja. Lama tak berkumpul ramai-ramai macam dulu.
****-****
-Aufa-
"Lambat sikit je kot. Tak payah ah
nak bising-bising." Marah Luq.
"Sikit you kata. You're 15 minutes late."lawan Mel.
"Ah sudah. Gaduh lagi ah ni."bisik aku sendiri. Mel dan Luq dua-dua popular dekat kolej. Semua orang tahu pasal hubungan diaorang. Aku sebagai kawan support jelah kan.
"Mel!! Can you stop. You dah 23 tahun lah. 15 minit je pun. I pun ada kehidupan sendiri lah."suara Luq menarik perhatian ramai.
"Korang ni kalau sehari tak bergaduh tak boleh ke. Tak penat ke hah? Luq, kau tu lelaki. Hormat sikit perempuan. Macam mana nak jadi imam dalam rumah tangga kalau benda remeh macam ni pun kau tak boleh handle."tegur Fad.
"Ermm okay lah. Mel, I mintak maaf. I janji tak buat lagi."Luq mengangkat tangan seakan berikrar.
"Janji janji. Maaf maaf. Suka hati you lah."Mel melangkah pergi. Luq mengekor dari belakang.
"Haihh, macam budak-budak bergaduh." Rungut Fad.
"Hai Fad."tegur Aina. Maklumlah, sepupu kan.
"Assalamualaikum Aina."perli Fad. Muka Aina bertukar keruh. "Eh Aufa pun ada. Assalamualaikum."
"Waa...alaikum...salam.."jawab aku gagap. Dah kenapa aku gagap pulak ni.
"Weyh Faa. Jom blah. Aku ada kelas lepas ni." Aina tarik tangan aku meninggalkan Fad.
"Ehh jap. Aku nak jumpa Fad." Aina berlari ke arah Fad. "Fad, lepas habis kelas kitaorang nak pergi tengok wayang. Teman boleh?" Ajak Aina lembut. Dengan Fad kemain lembut lagi. Errrr
"Haa boleh lah. Fad habis kelas pukul 5. Aufa join sekali tak?"tanya Fad sambil mengerling aku.
"Aufa join sekali. Jumpa lepas kelas tau. Byee." Aina mendapatkan aku dan kami menuju ke kelas masing-masing.
"Aku kena jaga hati aku sendiri." Aku pantas menaip mesej kepada Aina. Aku tak boleh join dia dan Fad petang ni.
Aku mengambil tempat di dalam dewan kuliah. Aku lihat Fad sedang berborak dengan kawan-kawan yang lain. Ya, aku dan Fad ambil bidang yang sama. Kebetulan kot.
Telefon pintar yang sudah aku tukar ke mode vibration bergetar di atas meja. Mel. Panggilan Mel aku angkat.
"Weyh Faa. Teman aku shopping petang ni. Aku stress dengan Luq ni." Tanpa berfikir panjang aku terus setuju.
****-****
-Ichaa-
Idea Umi buat aku teruja. Ahh aku rindu yang lain. Aku pantas menghidupkan komputer riba ASUS milikku. Aku menghubungi mereka melalui skype. "Macam tak de yang online je. Busy sangat ke."
10 minit menunggu akhirnya mereka semua online. "Guys, aku ada plan. Kita buat reunion jom."ucap aku teruja.
"Aku on je."balas Aufa tersenyum.
"Aku ada plan. Kita camping nak. Lama tak camping sama-sama." Balas Aina.
"Maksud kau camping pakai khemah tu. Ermm tak nak aku. Nyamuk."bangkang Mel. Ahh gedik.
"Okay lah macam ni. Papa aku ada kawan yang boleh sewakan kabin untuk kita. So tak de lah nyamuk kan."balas Dee.
Kami yang lain hanya setuju. Hampir dua jam kami berborak mengenai kehidupan masing-masing. Alhamdulillah, semua sihat je. Aku harap janji yang dibuat dulu tidak dimungkiri.

YOU ARE READING
HAQAD (Completed)
Tajemnica / Thriller"Wei, kita patah balik lah." - Fad "Dah sampai kot. Tak kan nak balik pulak." - Aina "Kenapa Fad?" - Aufa "Eii tempat apa ni. Buruknya." - Mel "Fad,aku rasa tak sedap hati ni." - Luq "Woi, korang tak nak masuk ke?" - Ian "Mel. Apa ni? Mana kau dapat...