9

46 3 0
                                    

-Aina-

Ahh penat rasanya. Walaupun hanya duduk dalam kereta tapi pinggang ni sakit. Aku, Fad dan Aufa sampai dulu. Yang lain masih dalam perjalanan.

Cantik sangat kawasan sekeliking. Kawasan kabin kami dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. Jauh daripada kesesakan bandar. Ada tasik pulak tu.

Tiba-tiba ada bunyi hon kereta. Kereta Ian diikuti kereta Luq.  Tepat pada masanya diaorang sampai.

"Aina...Aufa..." Dee berlari anak menghampiri kamu. Ichaa dan Umi hanya tersenyum dan merapati kami. Mel yang masih mamai Umi tarik.

Kami berenam berpeluk. Ahh lama tak jumpa. Luq, Fad dan Ian berjabat tangan. Lelaki senang nak rapat jadi tak susah diaorang nak berkawan. Lagi pun si Fad dengan Luq tu memang dah kawan.

"Lama tak jumpa korang. Masing-masing dah lawa sekarang." Kami tergelak mendengar pujian Dee. Mesra.

"Haa dah. Kejap lagi sambung jejak kasih. Sekarang ni kita masuk kabin masing-masing dulu. Letak barang semua k." Arah Luq lagak ketua.

"Ehh sejak bila kau ketua Luq? Kitaorang tak lantik siapa-siapa pun. Daripada kau jadi ketua Fad tu lagi layak." Kata-kata aku mendapat persetujuan ramai. Luq menarik muncung tanda protes.

Aku dan Ichaa berkongsi kabin. Aufa dengan Umi dan Dee dengan Mel. Yang lelaki kongsi satu kabin yang besar sebab diaorang bertiga.

Ni bukan macam kabin yang korang selalu tengok tauu. Ermm, author sendiri tak reti nak describe 😢.

"Faa, boleh tak angkat barang-barang tu?" Tanya Fad prihatin. Aufa hanya menangguk dan tersenyum.

"Hamboi kau tanya Aufa je. Tu sepupu kau, Aina, tak nak pulak kau tanya." Sindir Luq.

"Ouhh dia tak payah ditolong. Dia dah besar." Sinis jawapan Fad. Muka aku berubah menahan geram. Tak pasal Aufa mendapat jelingan maut aku.

Selepas meletakkan barang-barang di dalam kabin, kami semua berkumpul di hadapan kabin.

Di hujung kabin ada tempat memasak, kira macm daput jugak lah. Lepas tu, dekat laman ada tempat untuk unggun api tapi kayu api kena cari sendiri.

"Disebabkan korang lantik aku sebagai ketua. Sekarang aku nak bagikan tugas. Mel dengan Luq pi cari kayu api. Yang kering bukan yang basah." Tegas Fad.

"Ichaa and Umi stay sini buat apa yang patut. Dee and Ian keluar pergi beli barang apa yang tak cukup sementara hari masih terang. Aku and Aufa masuk hutan." Arah Fad jelas.

Actually, Aufa and Fad selalu join group hiking dengan jungle traking ni. So jangan pelik lah diaorang suka aktiviti lasak ni.

"Habis aku??" Soal aku tak puas hati. Aku halimunan ke apa kat sini.

"Kau buat apa yang kau suka." Balas Fad. Dia terus pergi masuk hutan dengan Aufa.

Aku buat keputusan stay dengan Ichaa dan Umi. Tolong lah sapu-sapu daun kering ni.

"Aina, kau dengan sepupu kau kenapa? Gaduh ke?" Tegur Ichaa tiba-tiba. Selamat tak terpelanting penyapu lidi ni.

"Hormon tak stabil kot." Balas aku selamba.

23 tahun aku kenal dia, tak pernah kitaorang macam ni. Sampai hati dia. Tak akan sebab hal hari tu dia masih marah. Sekarang ni pun dia dah ada dekat sini. Ahhh lelaki.

---------------------------------
-Aufa-

"Fad, kenapa layan Aina macam tu? Kesian lah dekat Aina." Kata aku memecah kesunyian. Hampir 30 minit kami berjalan dalam hutan.

"Biarlah dia. Yang Faa nak kesian kenapa? Lupa apa Aina pernah buat dekat Faa masa sekolah dulu?? Fikir Fad tak tahu ke??" Wait. Fad tahu??

"Apa maksud Fad ni. Aina tak buat apa-apa dekat Aufa lah. Kalau ada pun biarlah. Cerita lama." Jelas aku tenang walaupun dalam hati dah berdebar lain macam.

"Tak payah nak backup si Aina tulah." Ujar Fad keras.

"Apa yang Fad tahu, Fad simpan lah sorang-sorang. Aufa tak nak dengar." Biarlah cerita lama terkubur. Tak perlu digali isinya lagi.

"Aufaa..." mendatar suara Fad memanggil aku.

"Dah lah jom balik. Rasanya hutan ni selamat kalau nak buat jungle traking nanti." Aku meninggalkan Fad di belakang.

—--------------------------
-Luq-

Aku hanya memandang Mel di hadapan. Dia lawa. Tak layak bergandingan dengan aku. Aku ingat pesan Fad. Nak bercinta tak salah, tapi sebagai lelaki kita kena hormat wanita. Layan dia macam mana kita nak anak perempuan kita nanti dilayan.

Kali pertama aku jumpa Mel waktu orientasi. Kebetulan kami satu kumpulan.

"Assalamualaikum. Nama aku Haziq Luqman. Boleh panggil aku Luq. Umur aku 19." Terang aku ringkas.

"Haii. Nama saya Qaisarah Melissa. Awak semua boleh panggil saya Mel. Umur saya 19." Terang seorang gadis yang menarik perhatian aku sedari tadi. Ouhh Mel nama dia.

Sejak hari tu aku cuba dekat dengan Mel. Tak main ah surat cinta letak bedak ni de. Aku dengan beraninya bersemuka dengan Mel ajak berkawan. Dia setuju. Walaupun dia ni kadang-kadang gedik tapi dia comel. Hahahahaha.

"Woii berangan apa tu." Sergah Mel. Aku yang tersedar dari lamunan tersenyum.

"Mel, nampak rambut." Tegur aku. Eh hello, aku jaga batas aku lagi k.

"Ouhh thanks. Dah jom balik. Hantar kayu api ni dulu. Nanti tak cukup suruh diaorang pulak cari." Ujar Mel. Aku ambil kayu api yang besar-besar. Gentleman tak? Hehehe.

HAQAD (Completed)Where stories live. Discover now