Bab 3

15.3K 201 30
                                    

Cerita tentang Aiman yang kehilangan terunanya tersebar luas dalam kalangan PLU-PLU di UiTM Melaka. Ini termasuk rakan-rakan yang tahu apa maksud PLU. Cecilia, teman sekelas Aiman dari Sabah tidak terkecuali.

Pada mulanya, dia terkejut mendengar berita itu. Dia tidak berkenan dengan kegiatan seksual di luar tabii. Namun, Cecilia menerima Aiman dan rakan-rakan seadanya kerana dia tahu mereka masih lagi mempunyai kebaikan. Dia tidak mahu berhenti berkawan dengan mereka hanya kerana mereka melakukan perkara yang tidak disukainya. Sebagai seorang manusia, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menerima seseorang itu seadanya. Termasuklah keburukan mereka.

"So sakit tak?" tanya Cecilia, biarpun jauh di lubuk hatinya, dia terluka kerana Aiman sanggup menggadai maruah sendiri demi seorang lelaki yang tidak dikenali. Baginya, jika Aiman mahu merasmikan keterunaannya, biarlah dengan lelaki yang mencintainya. Namun, apakan daya. Perkara sudah pun terjadi.

"Sakit tapi sedap..." Aiman tertawa mengenang semula saat dia dan lelaki itu berdayung di atas katil.

Cecilia turut sama tertawa kerana dia jenis yang meresap emosi orang. Tambahan pula, gelak Aiman kelakar. Mahu atau tidak, Cecilia terpaksa ketawa bersama sebab tawa Aiman menggeletek hati.

Suasana bertukar sunyi sebelum Cecilia meneruskan pertanyaan, "Do you still keep in touch with the guy?"

Aiman mengeluh. Sebenarnya memang ada. Berkali-kali dia menghantar mesej kepada lelaki itu namun tidak berbalas. Aiman mula sedar dia sekadar 'one-night-stand' lelaki itu. Dia menggeleng-geleng kepalanya. "Haven't heard from him in days."

"What a jerk!" marah Cecilia. Memang kalau sudah namanya lelaki, tak kiralah PLU atau tidak, sama saja. Habis madu, sepah dibuang. Habis sedap, semua hilang.

Mereka berdua baru saja selesai menghadiri kuliah. Disebabkan hari masih awal, mereka menghabiskan masa di AEON Melaka. Cecilia mahu menonton filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children. Aiman yang tidak kisah filem apa pun yang mereka tonton, hanya menurut.

Usai membeli tiket, mereka bercadang untuk makan pula sementara menunggu waktu tayangan. Sewaktu sedang asyik melihat pakaian di butik-butik yang mereka lewati, Aiman tiba-tiba menghentikan langkah. Cecilia terkejut.

"Kenapa, Aiman?"

Aiman menelan air liurnya. Kemudian, dia berpusing ke belakang. Cecilia jadi tidak keruan apabila Aiman bertindak sedemikian.

"Kenapa ni, Aiman? Jangan takutkan I!" marah Cecilia.

"It's that guy!" Aiman memberitahu.

"What guy?"

"That guy!"

Cecilia baru dapat tangkap. "Oh! Where?"

"Janganlah cari! Nanti dia perasan. Dia yang pakai baju hitam tu." Aiman masih enggan menoleh semula ke arah tadi. Dia malu untuk bersemuka dengan lelaki itu. Lelaki yang telah meragut perawannya.

Cecilia meneleng kepalanya sedikit untuk melihat rupa lelaki yang Aiman enggan pandang itu. Helokz!

"Wow, good choice!" puji Cecilia.

"Let's go!" Aiman berjalan terus tanpa memandang belakang. Cecilia terpaksa membuntutinya.

"Aiman!" tiba-tiba nama Aiman dipanggil. Lelaki itu yang memanggilnya.

Aiman dan Cecilia sama-sama menghentikan langkah mereka. Kemudian, perlahan-lahan, Aiman dan Cecilia menoleh ke belakang.

Lelaki itu datang mendekati. Dia memberikan senyuman yang mampu mencairkan hati. "Hai!"

Dengan canggung, Aiman membalas sapaan lelaki itu. "Err...hai."

"Hello, I'm Cecilia." Cecilia berjabat tangan dengan lelaki itu.

"Haekal."

Itulah pertama kali Cecilia mendengar nama lelaki itu. Dari tadi Aiman cuba menyembunyikan. Sekarang, Cecilia sudah tahu. Haekal. Sedap nama. Sesedap badannya.

"Buat apa dekat sini?" tanya Haekal, cuba untuk memandang anak mata Aiman namun Aiman langsung tidak mahu melihat wajahnya.

Cecilia yang tidak mahu Haekal terasa hati dengan Aiman terus menjawab, "Tengok wayang. Baru lepas beli tiket tadi."

Haekal menganggukkan kepala. Dia yang mula sedar Aiman seperti tidak mahu bercakap dengannya mula mengundurkan diri. "I should probably go," katanya sebelum berlalu pergi.

"Nice meeting you," kata Cecilia, cuba menambat hati Haekal namun Haekal sudah pun mempunyai persepsi buruk terhadap pertemuan mereka.

"What the hell was that?" marah Cecilia kepada Aiman selepas Haekal pergi.

Aiman mengeluh sebelum terus berjalan dengan tangannya bersilang.

"Don't walk out on me. What the hell was that, Aiman? He said hi. Tak boleh ke you fake it?"

Aiman berhenti berjalan sebelum berpaling ke arah Cecilia. "Fake it? You tahu apa dia buat dekat I kan? He ignored me for days! And you expect me to just fake it? Really!?"

Orang yang lalu-lalang mula memandang ke arah mereka.

Cecilia sedar dia tersalah cakap. Dia tidak sepatutnya menyalahkan Aiman. Dia benar-benar menyesal.

"Okay, I'm sorry. I should have been more understanding. It's just that he seems like a nice guy. And helokz for God's sake! Damn, you lucky bitch!"

Aiman tidak teruja pun dengan pujian Cecilia itu. Kenapa kalau lelaki itu helokz sekali pun? Kalau perangainya hauk tak kena juga.

"He looks a little bit like Nazim Othman, don't you think?"

"Yeah. That's why I chose him in the first place."

Cecilia menguntum senyuman penuh makna. Namun, bila dia teringat tentang apa yang telah Haekal lakukan kepada Aiman, Cecilia jadi benci. Senyumannya terus mati di situ.

"Helokz pun tapi jerk buat apa kan?"

Aiman menganggukkan kepalanya. Jauh di sudut hati, dia masih terkenangkan lelaki itu. Sampai hati dia senyap saja selama beberapa hari ini. Sedangkan Aiman tidak henti-henti mencari. Bukannya Aiman mahu mereka melakukannya lagi biarpun sebenarnya memang itu niat Aiman. Aiman sekadar bertanyakan khabar saja. Susah sangat ke untuk Haekal jawab? Bila jumpa depan-depan, sibuk pula nak bertanya khabar bagai. Hipokrit!

Atau mungkin Haekal mengelakkan dirinya dari Aiman kerana Aiman mengucapkan kata cinta sewaktu mereka sedang bersenggema tempoh hari? Aiman tahu dia salah. Dia tidak sepatutnya tiba-tiba melibatkan hati dan perasaan. Sedangkan mereka langsung saling tidak mengenali. Mungkin benar. Haekal mengelakkan dirinya kerana tidak mahu terikat dengan Aiman. Aiman mula menyalahkan diri sendiri. Namun dia enggan memberitahu Cecilia tentang perkara itu. Dia tahu apa reaksi Cecilia bila dia beritahu. Jadi dia merahsiakannya dari pengetahuan sesiapa.

Sewaktu dalam perjalanan kembali ke panggung wayang, Aiman mendapat mesej dari Haekal.

'You look cute.'

Sial! Aiman menyumpah-nyumpah dalam hati. Why do you have to be so flirty all of a sudden? Ya Allah, lemahnya iman aku. Aiman cuba untuk tidak membalas mesej itu. Tiba-tiba satu lagi mesej masuk.

'But you're cuter wearing nothing.'

Aiman jadi tidak keruan. Lelaki ini cuba untuk menggodanya. Mungkin dia sangap. Sebab tu tiba-tiba sibuk nak mesej orang. Padahal beberapa hari yang lepas, dia menyepikan diri. Jantan sial!

"Who's that?" tanya Cecilia yang terperasan reaksi wajah Aiman ketika membaca mesej itu.

"Nobody." Aiman cuba menipu.

Cecilia enggan bertanya dengan lebih lanjut kerana filem sudah mahu ditayangkan.

Aiman mahu menyimpan telefon pintarnya apabila tiba-tiba dia mendapat satu lagi mesej dari Haekal.

'Let's do it again, tonight? Please?'

HelokzWhere stories live. Discover now