Kali ini, ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka, mereka berhenti di RnR sebanyak dua kali. Mungkin sebab Brandon sudah kehilangan tenaga untuk memandu. Mungkin juga kerana kekecewaannya untuk bersiar-siar di Johor Bahru masih menebal.
Sepanjang perjalanan itu, dia diam saja. Cecilia dan Faliq tidur sekejap kerana sudah tidak dapat menahan rasa mengantuk lagi. Mereka tersedar sewaktu Brandon mahu membuang air kecil di hentian kedua.
"Do you want to stop here? Grab something to eat?" tanya Cecilia sambil merenggangkan tubuhnya di belakang.
"No. I just nak kencing je. Korang nak pergi beli apa-apa, pergilah. Or if you want to use the toilet, go ahead. After this, I don't plan on stopping anymore." Brandon keluar dari keretanya menuju ke tandas awam berdekatan.
Cecilia mengejutkan Faliq yang masih lena tidur. "Faliq, you wanna grab something to eat? Or use the toilet?"
Faliq membuka matanya dan menggelengkan kepala dalam keadaan mamai. Dia juga turut sama merenggangkan tubuh badan sama seperti Cecilia tadi. "Where's Brandon?"
"Toilet." Cecilia memeriksa notifications yang diterimanya. Tiada sebarang berita dari Aiman. Dia mengeluh lemah. Tiba-tiba rasa rindu pula pada sahabatnya yang seorang itu. Cecilia berharap sangat agar Aiman kembali ceria semula setelah mendapat berita bahawa Haekal telah pulang semula ke Melaka.
Fon Faliq berbunyi. Dia pantas mengeluarkannya dari dalam poket. Cecilia menoleh ke arah Faliq. Bunyi notifications dari fon Faliq itu sedikit berbeza dari bunyi notifications lain.
"What's that?"
Faliq berhenti fokus pada fonnya. "Tinder."
Cecilia mengerutkan kening. "You're on Tinder now?"
"I've always been on Tinder." Faliq mengenjotkan bahunya.
Cecilia menggelengkan kepalanya. Dia tak faham konsep cari mencari teman kelamin dalam kalangan lelaki homoseksual. Saban hari, dia mendengar cerita dari Faliq dengan siapa dia tidur dan berchatting. Selepas menghabiskan masa bersama Brandon dalam dua hari ini, cerita dalam selimut lelaki itu turut sama keluar. Masing-masing membuka aplikasi mencari pasangan dan memulakan perbualan yang berakhir ke 'jinjang kelamin'.
Entah dengan siapa pula si Faliq berchatting sekarang. Kelihatannya dia tersenyum-senyum seorang diri. Mood 'Kak Nam' muncul.
"Who are you chatting with?"
Senyuman Faliq mati. Dia memandang wajah Cecilia sambil tersipu malu. "Takde siapa."
Cecilia mencebik bibir. "Banyaklah you punya tak ada siapa. I know that smile. It's 'that' smile Aiman selalu tunjuk bila dia chatting dengan Haekal. So annoying!"
"Are you saying that you're annoyed with me?" tanya Faliq.
"You're not annoying. I cakap pasal senyum you, bukan you as a person!" marah Cecilia.
Faliq meletakkan fonnya di atas riba. Dia mendekatkan diri dengan Cecilia. "Look, I know how much you're against all this. But this is the only way I can find a guy. I can't be like those straight people yang can easily hit on people in public. This is the only way."
Cecilia menjeling. "I just don't want you to hurt yourself. Again. You do know what I mean kan?"
Faliq terdiam. Dia ada menceritakan kepada Cecilia tentang kondisi kesihatannya selepas menjalani ujian saringan HIV ketika cuti pertengahan semester yang lalu. Dia menundukkan wajahnya.
"I don't mean to use that against you. But you should really be taking care of your health. Stop trying to find guys at the moment. Take a break. After everything is okay, then you'll continue. And make sure this time around, you would be careful. Okay?" Cecilia menasihatkan.
Faliq diam saja. Dia kembali membetulkan posisi duduknya apabila Brandon kembali semula ke kereta. Fonnya dicapai dan dia memerhatikan saja Cecilia yang turut sama sedang sibuk membalas mesej di WhatsApp. Dia mengunci fonnya dan membiarkan mindanya terbang seketika ke luar tingkap.
"Faliq Farhan...test screen awak berstatus negatif. Tapi melihat pada ketakutan pada wajah awak, boleh saya sarankan awak ambil test screen lain?"
"Kenapa ya?"
"Ini untuk memeriksa status STD awak. Macam siflis, gonorrhea dan lain-lain penyakit kelamin."
"Saya berpotensi ada penyakit tu?"
"Semua orang yang menjalani kehidupan berisiko mempunyai potensi untuk ada penyakit tu. Terpulang pada awak. Kami sarankan untuk awak jalani ujian ni supaya awak boleh berhati-hati dan sekurang-kurangnya bila awak tahu status awak, sekiranya positif, awak boleh mengelak orang lain daripada mendapat penyakit tu. Macam yang awak tahu, penyakit macam ni berjangkit melalui hubungan seks sama ada oral mahupun anal."
Faliq mengeluh lemah. Dia sedang teringat tentang peristiwa di mana dia memeriksa status HIV-nya selepas lubang duburnya terluka ketika sedang bersenggema bersama seorang lelaki di Masjid Tanah. Cadangan pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Klang itu membuka mata Faliq. Bukan HIV saja yang patut dirisaukannya. Banyak lagi penyakit kelamin lain yang perlu dirisaukannya. Dan dia terkejut mendapati dia mempunyai gonorrhea.
"Setelah melakukan pemeriksaan darah awak, hampir kesemua penyakit kelamin yang ada negatif dalam badan awak kecuali satu - gonorrhea."
"Teruk ke gonorrhea ni?"
"Awak jangan risau. Kami akan berikan ubat. Awak bernasib baik sebab awak periksa sekarang. Sekurang-kurangnya untuk peringkat awal ni, kita boleh ubat lagi. Tapi kalau boleh, kami nasihatkan awak berhati-hati selepas ini. Gunakanlah kondom sepanjang masa. Kalau awak nak, kami ada banyak stok. Awak nak ambik semua yang kami ada pun takpe. Awak ambiklah. Asalkan awak sentiasa berjaga-jaga."
Faliq memeriksa fonnya semula. Dia melihat tarikh dia sepatutnya menghadiri ujian saringan sekali lagi seperti yang disarankan. Dia perlu lebih peka dengan status STD dan HIV-nya. Setiap tiga bulan, dia perlu periksa. Ini adalah sangat penting. Sekurang-kurangnya dia mampu mengurangkan risiko.
Faliq memerhatikan mesej yang diterimanya di Tinder. Dia mengeluh lemah. Lelaki itu ajaknya 'main'. Dia menoleh ke arah Cecilia. Cecilia sedang cuba untuk tidur dengan melentokkan kepada ke tingkap kaca.
Faliq tidak membalas mesej lelaki itu. Tak ada guna pun. Bukannya dia boleh kena fuck pun. Lubang anusnya masih belum pulih lagi. Kemungkinan besar dia tidak akan dapat jadi bottom lagi. Takkan dia nak jadi top? Faliq mengerutkan kening. Tak mungkin! Dia menggeleng-geleng kepala.
"Oi, kau pahal?" tanya Brandon melihat Faliq seperti orang tidak betul.
"Takde pape. Ada orang ajak main lagi." Faliq menjawab dalam nada kecewa.
Brandon yang tahu tentang status lubang dubur Faliq semalam ketika dia, Cecilia dan Faliq saling berkongsi rahsia gelap masing-masing tumpang simpati. Dia menepuk-nepuk paha Faliq sebagai tanda semangat.
"Sabar k?" ujar Brandon. "Jadilah top! Nyoppppppppppp!"
Cecilia terbangun. "What the!?"
Brandon galak berketawa. Faliq menarik muka. Tak kelakar okey! Cecilia memandang wajah Faliq. Dia yang mudah untuk membaca ekspresi wajah rakan-rakannya hanya mampu bersimpati. Dia memegang tangan Faliq. Faliq menoleh. Satu senyuman kelat terukir.
Dia mengeluh lemah. Patutkah aku menjadi top pula selepas ini? Faliq bertanya dirinya sendiri. Melihat Brandon yang asyik mentertawakannya, Faliq terus bersemangat mahu menjadi top selepas ini. Ya! Dia akan menukar nama Grindr-nya. Dari Cute Bottom bertukar ke Top Fun. Puas hatinya! Selepas ini, dia top!
YOU ARE READING
Helokz
Teen Fiction"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...