Aiman tidak mampu menahan diri dari tertawa apabila Cecilia menceritakan tentang apa yang terjadi sewaktu kelas Puan Raihan semalam.
"Stop laughing! It's not funny" rengek Cecilia sambil memuncungkan muka.
Aiman yang masih menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialami, menghabiskan sisa tawanya itu. Dia sebenarnya simpati dengan apa yang telah terjadi kepada Cecilia. Namun, dia tidak berdaya menahan dirinya dari ketawa. Dia tidak menyangka sebegitu berani sekali Cecilia melontarkan rasa tidak puas hatinya terhadap penindasan kepada golongan LGBT.
"I have to say, I'm very proud of you. You surprised me," puji Aiman.
Cecilia tersipu malu. Mengenang kembali insiden yang terjadi semalam, Cecilia rasa seperti mahu berada di tempat Aiman sekarang. Setidak-tidaknya dia boleh mengelakkan diri dari berjumpa dengan orang ramai. Dia mengeluh lemah. "I'm so sorry that we have to repeat the subject. Are you mad at me? I know Adzimah and Aida are."
"Relax. It's just a bad semester. Not a bad diploma. Plus, I'm dying to be the bad guy. Asyik Dean's List je. Penat jugak," Aiman berseloroh.
"Don't say that! We are not supposed to be proud of repeating the subject, okay? There goes our chance to get a Dean's List again."
Aiman menjongketkan kening. "I thought you don't care about all that?"
"Well I don't. But if you have achieved it repetitively over the last semesters, might as well we make it consistent until the end of diploma."
Aiman terdiam. Betul juga apa yang Cecilia cakapkan itu. Tapi apa yang boleh mereka buat? Tanpa markah laporan dan pembentangan kerja berkumpulan, mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir. Betullah apa yang Puan Raihan katakan. Mereka akan mengulangi subjek itu lagi semester depan.
"I'm such a bad person." Cecilia menakup wajahnya seperti hendak menangis.
Aiman mendekatkan tubuhnya dan mencapai tangan Cecilia. "Hey...you're not a bad person okay. I don't blame you. This has been going on since Haekal's death. I never thought that the society are this shallow. I'm so proud of you for standing up. Thank you for representing us, the LGBT community. We need more straight people like you."
Cecilia menyeka air matanya yang tidak deras. "Yeah about that. I have to tell you something."
"What is it?" tanya Aiman.
Belum sempat Cecilia membuka mulutnya, Faliq tiba-tiba muncul penuh teruja.
"Hey gurls!"
Cecilia terus membatalkan hasratnya untuk bercerita. Wrong timing. Dia akan memberitahu Aiman bila tiba waktunya nanti.
"Eh, dah kenapa excited sangat melawat orang sakit ni?" sindir Aiman, yang suka menyakat Faliq sekarang.
"Excited la. Nak tau kenapa?"
"Kenapa?" Aiman dan Cecilia bertanya serentak. Kemudian mereka saling berpandangan sambil tersenyum sebelum sama-sama berkata, "Jinx!"
"I did my three months check-up...and guess what the result is?"
Aiman dan Cecilia hanya mampu tersengih kerana tidak mahu membunuh keterujaan rakan baiknya itu.
"I'm negative! Like literally negative. From everything! From HIV, from gonorrhea and from other freaking STDs! Woohoo!" dengan lantang, Faliq mengumumkan.
Cecilia bangun dan pantas memeluk Faliq. "Oh my God! Congratulations, honey. I'm so proud of you. You've been taking a really good care of yourself. I'm so happy for you!"
"Congrats, Faliq. Now dah boleh jadi bottom balik ke macam mana?" Aiman turut berasa bangga dengan Faliq. Namun dia sempat mengusik.
Cecilia menjengilkan biji mata. "Faliq, this is not an excuse for you to do something unhealthy, okay?"
YOU ARE READING
Helokz
Dla nastolatków"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...