Bab 54

2.8K 90 4
                                    

Insiden di mana Asyraf melanggar lari Aiman dengan motorsikal mendapat perhatian orang ramai termasuk pihak polis yang selama ini memandang serong terhadap golongan LGBT. Mujur saja Aiman tidak mengalami kecederaan yang parah. Dia terlantar di hospital selama seminggu. Keadaannya kini semakin pulih.

Sepanjang berada di hospital itu, dia tidak putus-putus menerima kunjungan dari rakan-rakan PLU dari UiTM Melaka. Mereka sangat mengagumi ketabahan Aiman dan keberaniannya dalam menegakkan keadilan. Biarpun Aiman tidak selesa didampingi oleh mereka yang selama ini tidak rapat pun dengannya, dia gembira kerana telah menjadi ikon di UiTM Melaka. Setidak-tidaknya dia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang diskriminasi terhadap golongan LGBT.

"Ini buah tangan untuk kau. Makanlah ya?" kata Fizie sewaktu menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Aiman.

Aiman dengan berat hatinya menyambut buah tangan itu. Rasanya macam dah tak muat dah nak simpan dalam kabinet wad itu. Harap-haraplah esok aku boleh keluar hospital, getus hati kecil Aiman.

"Aku balik dulu ya? Kau jaga diri tau. Assalamualaikum," kata Fizie sebelum berlalu pergi meninggalkan Aiman seorang diri.

Aiman menghembus nafas lega. Tak faham betul budak-budak UiTM Melaka ni. Aku dah masuk hospital baru masing-masing nak datang melawat. Kononnya macam aku ni ikon. Lama-lama rimas aku dibuatnya! Aiman mengomel sendiri di dalam hati. Dia berharap sangat agar tidak ada orang lain lagi yang akan datang melawatnya di situ.

Dia merebahkan kepalanya di atas katil. Kemudian, dia mengiring ke tepi. Luka pada kepala dan tangannya dijaga dengan baik supaya tidak bergesel dengan tilam. Aiman menarik nafas panjang. Fikirannya kini sedang bertumpu pada seseorang. Apa agaknya khabar Dzul?

**********

Selepas Dzul tampil membuat laporan polis bahawa Asyraf adalah orang yang bertanggungjawab membunuh Haekal, lelaki itu kini menjadi buruan. Selain daripada itu, Asyraf juga diburu atas kesalahan melanggar lari dan cuba membunuh Aiman. Semua orang yakin bahawa Asyraf telah membawa diri jauh dari Melaka. Pihak polis yang turut berasa kesal kerana ada dalam kalangan mereka yang bersekongkol dalam kes pembunuhan Haekal, berjanji untuk membawa Asyraf ke muka pengadilan. Mereka mahukan perkhidmatan yang tulus dan berintegriti.

Keputusan Dzul untuk membuat laporan polis juga menyebabkan dia ditahan reman kerana telah bersubahat dengan Asyraf. Dzul dapat rasakan bahawa dia mungkin akan menerima nasib yang sama seperti Asyraf. Bezanya, hukuman yang akan diterima olehnya mungkin lebih ringan berbanding lelaki buruan polis itu. Apa yang membuat Dzul sedikit kesal adalah kerana tidak dapat berjumpa dengan Aiman buat kali terakhir. Sewaktu dia ditahan reman, Aiman berada di hospital. Banyak benda yang mahu Dzul katakan pada Aiman. Dia mahu meminta maaf kerana telah menjadi punca kenapa Haekal boleh mati dibunuh. Dzul berharap agar Aiman akan datang berjumpa dengannya supaya mereka boleh berdamai tanpa ada perasaan dendam dalam diri masing-masing.

"Sabit kesalahan mungkin penjara lima tahun..." ujar Dzul kepada Faliq sewaktu Faliq datang melawat.

Faliq memberikan kata-kata semangat kepada Dzul. Faliq mengingatkan Dzul bahawa apa yang dia lakukan adalah perkara yang betul dan ini adalah adil untuk arwah Haekal.

Dzul faham. Dia mengangguk-anggukkan kepala sambil cuba menahan diri dari menangis. "Please cakap dekat Aiman aku mintak maaf. Aku mintak maaf sangat-sangat."

Faliq menganggukkan kepalanya. "Jangan risau. Aku akan bagitau dia. Aiman okey. Dia dah sihat. Dua tiga hari lagi bolehlah dia keluar hospital."

"Thanks, Faliq. Korang baik sangat. Aku terharu."

HelokzWhere stories live. Discover now