Bab 34

3.3K 69 7
                                    

Aiman dan Cecilia mengambil angin petang di Ayer Keroh. Mereka meminjam kereta Brandon, yang tiba-tiba demam ekoran gangguan yang dialami oleh mereka semalam. Faliq, Nik dan Syawal jugak sampai tidak ke kelas kerana masih trauma diganggu oleh entiti.

Bila Aiman menceritakan peristiwa semalam, mengekek-ngekek Cecilia tertawa. Dia tidak sabar untuk mengejek Faliq dan Brandon nanti.

Aiman juga turut sama tertawa. Mengenang kembali insiden semalam yang tidak dijangka, memang lucu. Entah macam manalah mereka boleh diganggu oleh entiti. Tiba-tiba muncul akal jahatnya. Adakah entiti itu memang benar-benar Haekal? Haekal mahu memberi amaran kepada Aiman? Hmm.

"Hey, are you okay?" tanya Cecilia apabila Aiman tiba-tiba saja mendiamkan diri.

"Yeah. I'm okay" katanya. "It's just that I tiba-tiba teringat Haekal's warning."

"It's just a dream-lah. Nothing to worry about. You rindu dia. Sebab tu dia muncul dalam mimpi you. Jangan risaulah. Tak ada apa-apa." Cecilia cuba memujuk, biarpun jauh di sudut hati dia percaya memang wujudnya entiti di dunia ini.

Mereka berdua mengambil tempat di sebuah pangkin berdekatan. Udara nyaman petang itu mendamaikan rasa.

"Aiman, can I ask you something?" tiba-tiba Cecilia bertanya.

Aiman dah agak dah ada benda yang Cecilia mahu bincangkan. Dia tak akan tiba-tiba nak pergi tasik dekat Ayer Keroh itu semata-mata untuk ambil angin. Siap cakap jangan bawa Faliq! Nampak sangat ada benda yang tak kena.

"Tanyalah. Apa dia?" ujar Aiman sebelum mencampakkan kerikil dalam tasik di hadapan mereka.

"I've been wanting to ask you this but I'm looking for a right time. Especially when you yourself still unstable. I hope you are rational enough with what I'm going to ask you."

Aiman memandang wajah Cecilia, lama. Ini bukan lain macam lagi. Ini sudah menjadi kes besar. Apa sebenarnya yang Cecilia nak tanyakan? Sampai berbasa-basi dengan Aiman.

"Okay, now you're scaring me. What is it?" tanya Aiman.

Cecilia menarik nafas panjang. "You know that the police found bong dekat rumah Haekal right?"

Aiman terdiam. Tidak berani bertentangan mata dengan Cecilia. "Err...ya."

"You tau dia amek ice?"

Aiman terkedu. Dia seperti dapat merasakan ke mana Cecilia akan membawa perbualan mereka itu pergi. "Err...ya."

"Have you ever take drugs as well? Just like him?"

Nah! Aiman dah agak dah. Itu soalan yang Cecilia mahu tanyakan padanya. Dia kenal sangat kawan baiknya itu.

"Aiman?" Cecilia cuba membuat Aiman memandang wajahnya. "Please be honest with me."

Aiman tersenyum. "I am being honest with you now."

Cecilia merenung wajah Aiman. Matanya redup memandang.

"Yes. I've taken it before. Once. It was only a one time thing."

Cecilia diam. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia mahu Aiman menghabiskan penjelasan. Kemudian, barulah dia bersuara.

"I know what you're thinking but you don't have to worry okay. It was just a one time thing."

Cecilia mengeluh lemah. Dia menyilang tangannya. "Why are you being so reckless with yourself? Do you know that meth is the worst kind of drugs? It can kill you!"

"I know. I dah tahu semuanya pasal ice. I tahu pasal kesan dia apa semua. I tahu. I dah Google semuanya!" kata Aiman.

Cecilia enggan memandang Aiman. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil menahan air mata. "I hate Haekal! He dragged you into doing it."

"Hey, janganlah cakap macam tu. Dia dah tak ada lagi. Tak baik kita cakap buruk pasal orang yang dah mati."

Aiman memegang kedua-dua bahu Cecilia. "I know that you care a lot about me. And I thank you for that. But you don't have to worry anymore. I ambil ice sekali je. Lepas tu I dah tak ambil lagi. You jangan risau okey? I janji I takkan ambil lagi ice."

"Promise?"

"Promise!" kedua-dua mereka bersalaman menggunakan jari kelingking.

Cecilia sudah mula tersenyum. Aiman gembira melihat senyuman Cecilia itu. Kedua-dua mereka terus berpelukan.

"I love you so much, Aiman. I don't want anything bad happen to you."

"I love you too. Don't worry. I tahu jaga diri I. You jangan risau, okey?" Aiman meyakinkan.

Pelukan terlerai. Aiman memerhatikan saja tingkah laku Cecilia. Dia sedang melihat dirinya menggunakan cermin yang dibawa bersama dalam beg. Takut solekannya terusik sikit kerana menahan nangis tadi.

"Ada apa-apa lagi you nak tanya? Tu je ke?" tanya Aiman sambil memerhatikan saja Cecilia bersolek.

"Ya. I'm worried okay. Masa I dapat tahu, I terus tanya the boys. Diorang cakap bong tu biasanya orang yang ambil ice je guna. And diorang explain dekat I. And even diorang pun rasa yang you pernah ambil" terang Cecilia.

"You tau yang Brandon buat benda yang sama?"

Cecilia mengangguk. "Tahu. But I don't care about him. He's just a friend. You're my best friend! I don't want to lose you because of drugs."

"Don't worry. You won't lose me. Not until I die" seloroh Aiman.

Cecilia menjengilkan biji mata. "It's not funny Aiman!"

Aiman terdiam. Dia meminta maaf kerana tiba-tiba menjadi tidak sensitif. Setelah apa yang terjadi kepada Haekal, rasanya tidak wajar untuk dia menjadikan kematian sebagai satu bahan lawak.

Usai menempel solekan pada wajahnya, Cecilia mengajak Aiman untuk pulang.

"Jom tengok wayang?" Aiman mengajak.

"Jom! Cerita apa baru keluar?"

"I don't know. Shall we watch Star Wars: Rogue One?" Aiman mencadang.

"Ada lagi ke?" Cecilia ragu-ragu.

"Check dulu. Let's just drive first."

Cecilia pun melakukan apa yang disuruh oleh Aiman. "You sure Brandon won't mind you pinjam kereta dia lama-lama?"

"Nahhh. He won't mind. Dia tengah demam kan?" Aiman tertawa mengenang kembali peristiwa yang terjadi semalam.

Cecilia turut tergelak kerana dia tidak dapat bayangkan muka Brandon berhadapan dengan situasi itu.

**********

Tiba di Dataran Pahlawan, Cecilia baru sedar dia tidak membawa sweater untuk menonton wayang. Dia yang hanya memakai baju tanpa lengan khuatir jika dia tidak dapat menahan kesejukan dalam hall wayang nanti.

"Cuba you check dekat belakang. I macam nampak ada satu sweater. Pinjam jelah Brandon punya."

Cecilia menoleh ke belakang dan teruja melihat sweater yang dimaksudkan. Dia pantas mencapai sweater itu dan menyarungnya sebelum keluar dari kereta.

Sewaktu hendak melangkah keluar dari kawasan parking, Aiman terkejut melihat sweater yang sedang dipakai oleh Cecilia.

"Kenapa Aiman?" tanya Cecilia yang dapat rasakan ada benda tidak kena.

"Sweater tu macam sweater Haekal."

Cecilia membelek sweater yang tersarung pada tubuhnya. "Really?"

"Let me sniff!" Aiman pantas mencium bau sweater itu. Dia ke belakang.

"What is it!?"

Aiman menggelengkan kepala. "It's not his sweater. It's Brandon's. I'm just being paranoid."

Cecilia mengeluh lemah. Dia mengurut-urut dadanya. Ada-ada saja si Aiman ni. Dia terus membuntuti Aiman masuk ke mall.

HelokzWhere stories live. Discover now