'Siapa yang bunuh Haekal?'
Itu persoalan yang bermain dalam fikiran semua orang. Sudah hampir dua minggu kes bunuh Haekal disiasat oleh pihak polis. Ianya masih menemui jalan buntu. Pembunuh yang dicari masih tidak dijumpai. Terlalu ramai suspek yang telah dikenal pasti tapi pihak polis masih gagal mengemukakan bukti kukuh untuk membawa pembunuh ke muka pengadilan.
Aiman dan rakan-rakan telah memberi keterangan tentang hubungan mereka dengan Haekal. Brandon melarang Aiman dari memberitahu pihak polis bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu kerana dikhuatiri Aiman akan kekal menjadi suspek utama kes pembunuhan.
Keputusan autopsi menunjukkan Haekal mati akibat pendarahan serius di bahagian duburnya, dipercayai dirodok dengan senjata tumpul. Melihat keadaan mayat Haekal yang hanya berseluar dalam, polis percaya dia mati dibunuh ketika sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Pihak polis telah menggeledah rumah Haekal dan mereka menemui bong yang sering digunakan untuk menyedut ice. Mereka mula membuat andaian bahawa Haekal seorang penagih dadah biarpun kimia dalam tubuhnya tidak menunjukkan sebarang tanda.
Aiman yang khuatir dengan keselamatannya terpaksa mengikut cakap Brandon untuk hanya memberi keterangan sekali saja. Dia mempunyai alibi dan dia tidak perlu risau lagi selepas ini.
"Ini kes berat. Dia mati kena bunuh masa tengah main. Siapa-siapa boleh ada motif. Jadi aku nasihatkan kau diam je. Untuk kebaikan kau sendiri. Bukannya apa, aku takut ada orang nak kenakan kau. Haekal ramai musuh." Brandon cuba menasihatkan.
'Haekal ramai musuh?'
Sukar untuk dipercaya sebenarnya. Tapi Aiman terpaksa mendengar kata Brandon. Brandon lebih mengenali siapa Haekal. Dan melalui cerita Brandon itu, tidak mustahil sekiranya musuh lama Haekal masih berdendam lagi dengannya.
"Tapi macam tak logik je. Takkan Haekal nak main dengan musuh dia sendiri?" tanya Faliq.
"Itu aku tak tahu. Agaknya sebab tulah polis pun tak dapat nak cari pembunuh lagi" ujar Brandon.
"Tapi polis tak boleh check phone dia ke? Mesti ada call atau mesej dari pembunuh tu kan?" Cecilia memberikan pendapat.
"Entahlah. Haekal sendiri tak balas mesej kita ataupun jawab call. So aku pun tak tahu macam mana dia deal untuk jumpa dengan pembunuh tu," kata Brandon.
Aiman mendiamkan diri. Sebenarnya dia sudah tidak mahu lagi mendengar semua itu. Hatinya sedang pedih kini. Dia tidak sempat meminta maaf kepada Haekal. Kini Haekal telah tiada. Sesalannya tidak bermakna apa-apa. Mahu atau tidak dia harus menelan rasa pahit itu. Pahit tidak dapat memaafkan perbuatan sendiri.
Melihat rakan-rakannya masih rancak berbincang mengenai kematian Haekal, Aiman bangun membawa dirinya. Dia yang sedang menikmati minum petang bersama rakan-rakannya di Pengkalan Balak berjalan perlahan-lahan menuju ke tepi laut, mengambil angin.
Kenangan ketika bersama Haekal menjengah memorinya. Biarpun hubungan mereka tidak lama, namun ia tetap memberi impak dalam hidup Aiman. Haekal adalah lelaki pertama yang telah meragut perawannya. Haekal juga adalah lelaki pertama yang membuat dia jatuh cinta. Dia tidak pernah menyangka begitu hebat sekali penangan Haekal di dalam hidupnya.
Satu keluhan lemah dilemparkan. Dia menutup matanya, cuba melenyapkan rasa sakit yang terpendam di dalam hati. Sukar baginya untuk melalui saat itu. Hatinya turut berasa simpati dengan Haekal. Pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan sebegitu. Biarpun Haekal seorang lelaki yang tidak pandai menjaga hati orang lain, dia tidak berhak untuk mati dibunuh dengan kejam. Siapa pun yang telah melakukan jenayah tersebut, dia memang berhati binatang!
"Jauh termenung?" Aiman dikejutkan oleh kehadiran Cecilia.
Dia tersenyum nipis.
"Are you still thinking about him?" tanya Cecilia.
"He was my first love, Celia. And he died before I even got the chance to be his boyfriend. Of course I'm still thinking about him."
Cecilia memandang redup wajah Aiman. Kesungguhan Aiman dalam mencintai Haekal benar-benar mengagumkan Cecilia. Selama ini, dia menyangka agak mustahil untuk pasangan gay saling menyayangi. Melihat Aiman yang benar-benar ikhlas dengan Haekal, Cecilia mula yakin bahawa #lovewins.
"I'm so sorry..." ungkap Cecilia sambil menggosok belakang Aiman.
"It's okay. There's nothing that we can do about it. Just pray that the police will find the murderer," kata Aiman, optimis.
Cecilia menganggukkan kepala. Dia turut sama menikmati angin petang di situ. Matahari semakin terbenam di hujung laut. Langit berubah jingga. Waktu-waktu begini membuatkan kedua-dua mereka mengagumi kebesaran yang Maha Esa. Betapa indahnya ciptaan Allah SWT.
"You know..." Cecilia tiba-tiba bersuara. "If you want to talk to me about anything, I'm always here."
Aiman tersenyum. "I know. I know that you will be here with me. Thanks, Celia."
"Welcome."
Mereka berdua saling berpelukan. Biarpun baru setahun lebih mereka menjadi kawan, kedua-duanya sudah mula sayang. Ada satu perasaan yang sukar digambarkan tentang persahabatan mereka itu. Mereka sendiri tidak tahu apa. Yang mereka tahu, mereka tidak mahu saling kehilangan.
"Celia! Aiman! Jom!" suara Faliq memanggil dari jauh. Mereka sudah mahu pulang.
Cecilia dan Aiman meleraikan pelukan dan berjalan menuju ke arah Faliq dan Brandon.
"Berapa harga air tadi?" tanya Aiman.
"It's okay. Brandon belanja," jawab Faliq.
"Thanks, Brandon."
"No problem."
Keempat-empat mereka masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan Pantai Pengkalan Balak.
**********
Aiman dipanggil menghadap Ketua Pusat Pengajian (KPP). Dia mengajak Cecilia untuk menemaninya. Mereka berdua terpacak di hadapan bilik KPP itu pada waktu yang telah dijanjikan.
Encik Shahril menjengahkan kepalanya selepas Aiman mengetuk pintu beberapa kali. "Masuklah," pelawa Encik Shahril.
"Awak tunggu dekat luar," arah Encik Shahril kepada Cecilia.
Cecilia hanya menurut. Dia memerhatikan sekeliling. Tiada kerusi untuk menunggu. Takkan dia nak berdiri?
Encik Shahril menutup pintu dan menyuruh Aiman duduk. Kemudian, dia mengambil tempatnya semula dan menyelesakan diri.
"Awak ada kelas harini?" tanya Encik Shahril.
"Ada pagi tadi," jawab Aiman sambil memerhatikan bilik Encik Shahril. Ini kali pertama dia menghadap KPP. Apa agaknya niat Encik Shahril memanggilnya, ya?
"Sebenarnya tujuan saya panggil awak ke sini adalah untuk mendapatkan kepastian daripada awak tentang satu kes pembunuhan yang terjadi baru-baru ni dekat Bukit Beruang."
Aiman tersentak. "Kenapa dengan kes pembunuhan tu?"
"Saya difahamkan awak adalah salah seorang dari suspek. Betul?"
Aiman mengambil masa untuk menjawab. "Saya dah bagi keterangan dekat polis. Apa lagi yang Encik Shahril nak?"
Satu senyuman sinis terukir di bibir Encik Shahril. "Awak tahu awak seorang pelajar UiTM kan?"
Soalan apakah itu? Aiman mengerutkan dahi. "Ya."
"Saya nak tanya awak ni. Awak gay ke?"
YOU ARE READING
Helokz
Teen Fiction"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...