Bab 40

3.3K 79 2
                                    

Aiman pulang ke rumah berjalan kaki dengan CoolBlog yang dibelanja oleh Asyraf. Seronok juga dapat minum free petang-petang ni. Dia menikmatinya dengan perlahan sambil mata meliar ke sekeliling sepanjang perjalanan.

Dari jauh, Aiman dapat melihat rakan-rakan serumahnya sedang berkumpul di hadapan rumah. Cecilia turut berada di situ. Mereka seperti sedang melakukan satu perbincangan serius. Tentang apa? Ada maklumat terkini tentang pembunuhan Haekal ke? Aiman cepat-cepat berjalan menuju ke arah mereka.

"Kenapa ni?" tanya Aiman sebaik saja tiba di hadapan rumah.

Rakan-rakannya membuka ruang dan menunjukkan kepadanya kereta Brandon yang telah dicalar dengan perkataan 'GAY BOY!' di atas but kereta.

"Oh my God!" Aiman menelan air liur melihat perkataan itu yang telah sengaja diukir oleh seseorang.

"It's getting worse..." ujar Cecilia.

Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya. "It's all my fault."

"No it's not! This is a hate crime. Only cowards will do this!" marah Faliq.

Aiman masih tidak dapat memaafkan dirinya. Kesian Brandon. Tak pasal-pasal jadi mangsa. Kalau bukan kerana gambar Aiman dan Haekal tersebar, tak mungkin ada orang akan tahu mereka semua adalah gay. "Brandon, I'm so sorry."

"It's not your fault. Aku tak marahkan kau pun." Brandon cuba menenangkan biarpun jelas pada wajahnya, dia kini sedang berada dalam keadaan yang resah gelisah. Mungkin sedang memikirkan bagaimana caranya untuk mencari duit dan menghilangkan calar itu.

"You can't drive this car to the faculty," kata Cecilia.

"Why not!?" Aiman tidak berpuas hati.

"It will only makes things worse!"

"No it's not! This is just a hate crime okay."

"Guys!" Brandon bersuara.

Aiman dan Cecilia berhenti bertelagah.

"I won't drive this car. Aku tak nak burukkan lagi keadaan."

Cecilia tersenyum kerana Brandon berada di pihaknya. Sementara Aiman tidak berpuas hati. Dia benar-benar berang kini dengan orang-orang yang anti-LGBT ini. Apa masalah mereka sebenarnya sampai nak kacau hidup orang?

"Celia, aku hantar kau okey?" Nik mencadang.

Cecilia mengangguk. Dia baru saja keluar makan dengan Brandon dan Faliq tadi. Ketika mereka keluar dari restoran di Taman Dimensi, mereka terkejut melihat kereta Brandon sudah bercalar.

Cecilia sempat menjeling ke arah Aiman sebelum berkata, "You owe me stories."

Aiman tidak tahu cerita apa yang dimaksudkan oleh Cecilia itu. Mungkin cerita tentang ke mana dia asyik menghilangkan diri kebelakangan ini atau mungkin cerita tentang jejaka-jejaka CoolBlog tadi. Dia tidak mengendah apa yang diperkatakan oleh Cecilia sebaliknya asyik memikirkan tentang kereta Brandon yang telah dicalar itu.

"This is a threat. A warning sign from them. You're right. This could get worse." Aiman membuat teori.

Teorinya itu disokong oleh yang lain. Mereka tahu keselamatan mereka terancam sekarang. Besar kemungkinan kes pembunuhan Haekal ada kena mengena dengan golongan anti-LGBT ini.

"Nik, lepas hantar Celia balik, jangan pergi mana-mana okey?" Aiman memberi pesan.

"Okey." Nik menjawab.

"Nak teman tak?" Syawal bertanya kepada Nik.

Faliq sempat menjeling ke arah mereka berdua kerana dia tahu status kedua-dua mereka yang dalam diam sedang menjalin hubungan seksual.

"Boleh jugak."

Syawal dan Nik sama-sama menghantar Cecilia pulang. Sementara Aiman, Brandon dan Faliq masih lagi berada di hadapan rumah sambil merenung kereta Brandon yang telah dicalar itu.

"Berapa total damage ni nanti, bagitau aku. Aku bayar." Aiman menawar.

Brandon merengus. "Tak payahlah. Aku buat report polis lepas tu claim insurance je nanti. Kalau tak lepas, aku mintak mak aku tolong."

"Kenapa nak susahkan mak kau? Biarlah aku yang bayar."

"Aiman, it's okay. Ni bukan salah kau tau. So kau tak perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku" ungkap Brandon.

Mereka bertiga kemudian masuk ke dalam rumah kerana hari menginjak ke senja. Masing-masing pun sudah kepenatan.

"Malam ni teman aku buat report polis ya?" kata Brandon kepada Aiman dan Faliq.

Kedua-dua mereka tidak membantah. Walaupun ini bukan salah mereka, tapi masing-masing rasa bertanggungjawab. Mereka memerhatikan saja Brandon berjalan lemah masuk ke dalam bilik.

Aiman mengambil tempat di atas sofa sambil menikmati CoolBlog yang belum habis lagi.

"Nak sikit." Faliq tiba-tiba meminta.

Aiman menjeling. Kemudian, dia menghulur CoolBlog itu kepada Faliq. "Habiskan."

Aiman bangun untuk masuk ke dalam bilik namun tiba-tiba ditarik oleh Faliq.

"Kejap!"

"Apa dia ni!?" marah Aiman kerana tiba-tiba saja tangannya ditarik.

"Kau nak dengar gosip tak?" bisik Faliq, takut Brandon dengar.

Aiman mengecilkan anak mata. "Gosip apa?"

Faliq memerhatikan sekeliling sebelum mendekatkan dirinya ke telinga Aiman. "Nik dengan Syawal couple."

"What!?" Aiman gagal mengawal rasa terkejut.

Faliq pantas menekup mulut Aiman itu kerana tidak mahu Brandon dengar. "Shhh! Brandon tak tahu."

"Seriously? Mana kau tahu?"

Faliq tersengih-sengih. "Mana aku tahu, tu tak penting. Yang penting sekarang dalam kalangan kita, ada yang tengah couple."

"A very disturbing news" kata Aiman.

Faliq hanya mampu tersenyum. "Kau jangan tanya diorang pulak. Diorang tak tahu yang aku dah tahu."

Aiman menggelengkan kepala. "Don't worry. Aku takkan sibuk. Aku ada banyak lagi benda nak difikirkan."

Aiman berlalu meninggalkan Faliq seorang diri di ruang tamu. Dia masuk ke dalam bilik di mana Brandon sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang.

"Yeah, thanks bro. I owe you one!" kata Brandon sebelum mengakhiri perbualan itu.

"Siapa tu?" tanya Aiman sebelum membuka baju. Rimas.

"Tak ada siapa. Kawan aku." Brandon seperti mahu merahsiakan sesuatu.

Aiman tidak mahu memaksa Brandon menceritakan padanya dengan siapa dia berbual di telefon tadi. Tentu Brandon mempunyai rancangan sendiri untuk membaiki keretanya yang bercalar itu.

Kedua-dua mereka bersiap-siap untuk mandi. Malam nanti seperti yang telah dijanjikan, Aiman dan Faliq akan ikut menemani Brandon membuat laporan polis. Aiman benar-benar bersimpati dengan nasib yang melanda Brandon itu. Tak pasal-pasal menjadi mangsa.

Tiba-tiba Aiman teringat tentang Haekal. Betul ke Haekal menjadi mangsa hate crime anti-LGBT? Kalau betul, patutlah pihak polis macam tak serius nak selesaikan kes ni. Tak boleh jadi ni. Takkan diorang nak biarkan pembunuh Haekal bebas berkeliaran dekat luar sana? Macam mana kalau lagi ramai golongan PLU akan menjadi mangsa? Takkan polis tak nak buat apa-apa?

Aiman mula risau. Ternyata keselamatan mereka semua kini sedang terancam. Dia mengintai ke luar tingkap, memastikan keadaan rumah mereka selamat. Satu keluhan lemah dilemparkan. Tidak pernah dia menyangka sebegitu bahayanya menjadi seorang gay.

HelokzWhere stories live. Discover now