Bab 60

4.4K 115 26
                                    

Aiman duduk berteleku di ruang menunggu. Kopi yang dibeli dari sebuah vending machine tadi langsung tidak dihirup. Dia membiarkan fikirannya jauh melayang bersama kepulan asap kecil yang keluar bersama aroma yang menyegarkan. Sudah hampir tiga minggu insiden rumah sewa mereka terbakar. Tiga minggu juga Faliq terlantar di hospital. Langsung tidak berdaya menjawab soalan peperiksaan akhir semester. Pihak universiti telah bersetuju untuk membenarkan Faliq menduduki peperiksaan khas ketika cuti semester nanti. Dia harus kembali semula ke kampus pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Aiman baru saja melawat Faliq yang masih belum mampu untuk bangun sendiri lagi. Melihat wajah Faliq menahan kepedihan apabila lukanya dicuci tadi membuatkan Aiman rasa bersalah. Sepatutnya dia yang berada di tempat Faliq sekarang. Dia yang patut ditikam. Bukannya Faliq. Biarpun Faliq sendiri tidak menyalahkan Aiman, rasa rengsa itu masih ada dan cukup tebal untuk dibuang begitu saja.

"If you apologize to me one more time, Aiman, I swear to God I will kick your arse out of here!" Aiman teringat kata-kata Faliq tadi sebelum dia berlalu keluar.

Suratkhabar yang terbiar di atas meja dijeling tajam olehnya. Tajuk utama mencuri perhatian. 'AHLI KUMPULAN ANTI-LGBT TERAKHIR BERJAYA DIBERKAS'.

Cawan kopi tadi diletakkan di atas meja. Aiman mencapai suratkhabar itu dan membaca cerita tajuk utama tadi. Sejak insiden tiga minggu lalu, pihak polis giat mengesan ahli kumpulan ahli-LGBT yang ekstremis. Dengan bantuan Encik Shahril dan Asyraf, pihak polis telah berjaya memberkas kesemua ahli kumpulan itu.

Aiman meletak semula suratkhabar tadi ke atas meja. Dia mula menghirup kopi yang masih panas lagi bagi menyegarkan tubuh. Kopi vending machine adalah yang terbaik! Dia yang sudah biasa minum kopi panas menghabiskannya dengan sekali teguk.

"Haus nampak?"

Aiman menoleh ke arah suara yang menegurnya. Dia tersenyum melihat orang itu. "Hai Haekal."

"Hai. Boleh I duduk?" tanya Haekal.

Aiman mengangguk. "Duduklah. It's not like anyone can see you."

Haekal tersengih. "True."

"So how are you? How are things in the afterlife? Why are you still here? Do you still have unfinished business?" bertalu-talu soalan diajukan Aiman kepada Haekal.

Haekal hanya mampu tertawa. "Banyak betul soalan you kan?"

"I saja tanya banyak-banyak sebab I tahu bukan semua soalan I yang you akan jawab."

"Sindir nampak?"

"Terasa ke?"

"Aiman..."

"Haekal..."

Kedua-dua mereka diam. Saling berpandangan. Kemudian tersenyum. Aiman cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia tidak sanggup melihat wajah Haekal lama-lama. Rindu.

"Kenapa?" tanya Haekal apabila Aiman tiba-tiba kekok.

"Tak ada apa-apa. I cuma..."

"Rindukan I?"

Aiman terkedu dengan pertanyaan Haekal itu. Macam mana dia tahu?

"This is the reason why I'm still here, Aiman. Because of you. You belum move on lagi. I'm still in you." Haekal menjelaskan.

"How can I ever move on, Haekal? You were my first love. The only person I care about. I don't want to lose you." Aiman mula sebak.

"You have to let me go, Aiman. I only want the best for you. You deserve so much better."

"I don't think so. It's all my fault. Faliq, the house and our photos that went viral on Twitter and Tumblr, it's all my fault."

Haekal datang mendekati. "Stop blaming yourself. You did nothing wrong, okay. All the blame is supposed to be on me. Not you."

Aiman menunduk. Terasa seperti hendak menangis namun air matanya enggan menggugur.

"Listen to me. You deserve so much better than me. And I want only the best for you." Haekal memegang tangan Aiman.

Aiman tersenyum kerana sentuhan Haekal itu amat dirinduinya. Dia menatap wajah Haekal lama. Haekal turut memandang wajahnya. Hati Aiman tenang melihat Haekal.

"I hope you're at peace now," kata Aiman.

"I hope you're also at peace," jawab Haekal.

"Aiman?" Cecilia menyebut nama Aiman sambil datang mendekati. Waktu itu Cecilia sedang bersama Brandon.

Aiman bangun dalam keadaan tersenyum.

"Who were talking to?" tanya Cecilia.

"No one. I was talking to myself. I made peace with the past," jawab Aiman.

Cecilia dan Brandon saling berpandangan. Mereka enggan bertanya dengan lebih lanjut. Asalkan Aiman tidak membahayakan diri sendiri dan juga orang lain, mereka tidak mempunyai masalah jika dia mahu bercakap seorang diri sekalipun.

"We're ready to go to the airport" Cecilia memberitahu.

"Oh, already? What about Faliq?" tanya Aiman, yang sebenarnya belum bersedia untuk melihat Cecilia pulang semula ke Sabah.

"His parents are gonna be here taking care of him until he sits for the special exam. I need to catch the flight tonight," jelas Cecilia. Dia memandang Brandon yang mengangguk-anggukkan kepalanya dari tadi. Brandon akan menghantar Cecilia ke KLIA2 memandangkan dia sendiri dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

"Are you sure you're not joining us? You can ask your stepdad to pick you up somewhere in KL," cadang Brandon yang tidak mahu Aiman dan Cecilia mengucapkan selamat tinggal di situ.

Aiman menggelengkan kepala. "It's okay. I don't think he'll like it. Plus, this is not a real goodbye. We'll meet again next semester. Kan?"

"Of course, hun. Don't forget we have one subject to repeat," kata Cecilia, tertawa kecil.

"Okay, if there's nothing else, shall we?" tanya Brandon.

"Yeah, let's go!"

Aiman menghantar Brandon dan Cecilia ke kereta. Mereka saling mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjumpa lagi di semester yang seterusnya.

"Bye Aiman. Take care, okay? I love you," kata Cecilia sewaktu dia memeluk erat tubuh Aiman ketika mengucapkan selamat tinggal.

"Drive safe!" pesan Aiman kepada Brandon sambil melambaikan-lambaikan tangan ketika kereta Brandon maju ke hadapan.

Pin! Pin!

Brandon membunyikan hon kereta sebelum memecut laju meninggalkan perkarangan hospital.

Aiman mengeluh lemah menyaksikan dua rakan baiknya itu pergi. Kemudian, dia menoleh ke kanan dan terperasan ada kedai bunga. Dia tersenyum dan mendapat satu idea.

**********

Aiman membaringkan kuntuman ros yang dibelinya tadi di atas pusara Haekal. Matanya berkaca namun dia sedang tersenyum bahagia. Dia menarik nafas panjang sebelum mengucapkan kata-kata keramat.

"Goodbye, Haekal. Rest in peace."

Air matanya gugur, membasahi tanah kubur. Dia menutup matanya lama. Ini tidak membawa maksud dia akan melupakan Haekal buat selama-lamanya. Tidak juga membawa maksud dia akan berhenti melawat pusara Haekal. Ini adalah untuk membolehkan dirinya meneruskan kehidupan seperti biasa. Supaya dia tidak terus dibayangi oleh roh Haekal.

Aiman membuka matanya dan bersedia untuk meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu. Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Kemudian jari telunjuk itu diletakkan pada nisan. Dia tersenyum. Dan perlahan-lahan berlalu pergi dari situ.

HelokzWhere stories live. Discover now