Cuti seminggu untuk penggal pertama semester dihabiskan di rumah Haekal. Aiman tidak pulang ke kampung halaman. Bila ibunya bertanya apa yang dilakukan selama seminggu bercuti itu, Aiman menjawab projek tahun akhir. Padahal sebenarnya dia sibuk membuat 'projek' dengan Haekal.
Buat pertama kali dalam hidup Aiman, dia belajar menyedut ice. Pada mulanya Haekal enggan mengajar namun disebabkan Aiman memaksa, terpaksalah Haekal menyelongkar almarinya membawa keluar bong yang sudah lama tidak terusik.
Tidak sukar untuk mencari ice di pasaran gelap. Bersepah tokan dalam Grindr. PM saja dan mereka akan menguruskan segala-gala. Bayaran dibuat di atas talian. Mereka cuma perlu datang ambil saja. Ada juga tokan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran. Itu akan dikenakan caj ekstra.
"Betul ke you nak buat benda ni?" tanya Haekal ketika dia baru saja menghubungi tokan yang dikenali melalui Grindr.
Dengan wajah selamba, Aiman menganggukkan kepala. "I nak try," katanya.
Haekal yang sebenarnya berasa sedikit bersalah cuba memikirkan cara untuk menghalang Aiman dari belajar mengambil ice. Namun, dia sendiri tidak mempunyai idea. Mungkin kerana dia juga mahu rasa nikmatnya mengambil ice bersama Aiman. Maklum sajalah, sudah sekian lama dia meninggalkan gejala tidak berfaedah itu. Giannya memuncak.
Satu jam kemudian, tokan yang dihubungi tadi tiba di hadapan rumah Haekal. Aiman diarahkan untuk tunggu di dalam sementara Haekal pergi mengambil barang yang dipesan tadi.
Ketika Haekal keluar bertemu dengan tokan itu, Aiman mengintai mereka dari dalam di sebalik langsir. Tokan itu menyembunyikan wajahnya di bawah topi kaledar. Aiman terus memerhatikan proses jual beli itu dengan penuh rasa teruja.
Sebaik saja Haekal melangkah masuk dengan satu bungkusan plastik kecil dalam genggamannya, Aiman pantas duduk semula di atas sofa, berpura-pura seperti tidak mengintai tadi. Haekal masuk tercari-cari di mana Aiman berada.
"Dah settle?" tanya Aiman, abuden.
"Dah!" jawab Haekal sebelum menayangkan bungkusan plastik kecil dalam tangannya tadi.
Aiman datang mendekati untuk melihat dengan lebih dekat bungkusan itu. Itu adalah pertama kali dia melihat ice di hadapan matanya. Dia berasa jakun sekejap melihat bentuk ice yang seperti garam kasar. Aiman cuba memicit ice itu namun dihalang oleh Haekal.
"You ingat ni gula-gula? Mahal tau tak! I guna duit I sendiri beli," marah Haekal sebelum mengambil semula bungkusan tadi, bersedia untuk berasap menggunakan bong yang sedia ada.
Aiman yang sedang membuntuti Haekal naik ke tingkat atas dari belakang bertanya, "Berapa harga dia?"
"0.5g sama dengan RM180," jawab Haekal selepas tiba di tingkat atas.
Ternganga mulut Aiman mendengar harga ice itu. Dia menunding jari ke arah bungkusan dalam tangan Haekal. "Jadi berapa harga bungkusan tu?"
Haekal menjeling sekejap ke arah bungkusan dalam tangannya. Kemudian dia memandang semula Aiman. "RM180 la. Ni 0.5g."
"What!? Sikitnya!" Aiman tidak dapat membendung perasaan terkejut.
"Tau pun. Kerana ice nilah, ramai penagih dadah mencuri. Sebab harga dia memang mahal," cerita Haekal sebelum masuk ke dalam bilik.
Aiman yang masih lagi kehilangan kata-kata itu turut sama melangkah masuk ke dalam bilik. Timbul rasa bersalah kerana mendesak Haekal untuk melakukan chem fun dengannya. Manalah dia tahu harga ice boleh jadi sebegitu mahal. Kalau dia tahu, dia takkan suruh Haekal beli. Bukannya dia hard up. Sekadar mahu mencuba.
Ketika Haekal sedang sibuk menyiapkan bong dengan mengisi beberapa ketul ice, Aiman memerhatikan dengan penuh khusyuk. Selama ini, dia tidak pernah mengambil apa-apa dadah sekalipun termasuk weed. Weed yang pernah dicubanya pun sudah dicampur ke dalam brownies. Itu pun secara tidak sengaja dia makan. Kalau tidak, dia takkan pernah tahu bagaimana rasanya high.
Tapi menurut Haekal, high menghisap weed dengan high mengambil ice lain rasanya. Weed buat orang malas tapi ice buat orang hiperaktif. Sebab itu ramai yang suka ambil ice sebelum main. Sebab masa main nanti, energi mereka akan membuak-buak. Dan yang paling penting sekali, mereka akan susah pancut. Sebab itu siapa yang ambil ice boleh main sampai keesokan pagi. Sebab ia mengaktifkan tubuh secara mendadak. Euphoria bak kata sains.
"Nah...sedut," arah Haekal selepas siap mencairkan batu di dalam gelas kaca tadi.
Aiman menolak seraya berkata, "You-lah sedut dulu. I tak tahu. I tak pernah buat. You ajarlah."
Haekal menjeling ke arah Aiman. Dia memetik lighter dan membakar semula gelas kaca tadi. Aiman hanya memerhatikan dengan tekun. Sekejap lagi dia yang akan bakar gelas kaca itu. Jadi dia perlu memerhatikan gerak langkah Haekal supaya dia tidak membuat salah sekejap lagi. Macam susah je Aiman tengok. Begitu leceh sekali ya menghisap dadah? Getus hati kecil Aiman.
Selepas Haekal menghembus beberapa kepul asap, dia menghulurkan gelas kaca tadi kepada Aiman. Aiman teragak-agak mencapainya. Haekal enggan menghulurkan lighter tadi kerana dia yang akan membakar gelas kaca itu untuk Aiman. Haekal tahu Aiman tentu tidak pandai untuk menggayakan cara yang betul membakar gelas kaca tadi.
"Bila I suruh sedut, you sedut okey?" kata Haekal.
Aiman hanya menganggukkan kepala. Dadanya rasa berdebar-debar. Tangan dan kakinya sejuk membeku. Nervous semacam. Mungkin dia takut dia akan ketagihan. Tapi kalau Haekal boleh lakukan aktiviti ini secara santai, tentu dia pun boleh. Aiman mula meyakinkan diri sendiri.
"Sedut!" arah Haekal.
Maka Aiman mula menyedut bong kaca yang dibakar oleh Haekal itu. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. Haekal membiarkan Aiman menyedut bong kaca itu beberapa kali. Biar dia rasa. Dari perlu dibakarkan, Aiman berjaya membakar sendiri gelas kaca itu. A quick study bak katanya kepada Haekal apabila Haekal memuji.
Kedua-dua mereka baring di atas katil setelah euphoria dapat dirasa. Aiman tidak henti-henti memerhatikan siling. Haekal tertawa. Dia tahu lelaki itu sedang high kini. Berada di awang-awangan. Sedang dalam keadaan seronok dengan euphoria yang dirasakan.
Haekal mula memeluk tubuh Aiman. Kedua-dua mereka saling meraba. Entah kenapa, Aiman berasa sangat sensitif dengan sentuhan dari Haekal malam itu. Benarlah kata mereka. Ice akan membantu meningkatkan perasaan seksual. Dan dia sedang ingin melakukan hubungan seks dengan Haekal.
"Mmph!" suara Aiman kedengaran tatkala sedang asyik berkucupan dengan Haekal.
Sentuhan Haekal begitu sensual. Aiman sukar untuk membendung perasaannya. Apabila Haekal tiba-tiba berhenti, dia jadi tidak keruan. Haekal sedang mengeluarkan sesuatu dari lacinya. Kondom mungkin.
Aiman mengerutkan dahi melihat Haekal membawa dua biji pil. Heroinkah? Gila apa mamat ni dah ambil ice nak ambil heroin pula? Mati overdose nanti!
"Apa ni?" tanya Aiman.
"Viagra-lah! You nak main tak stim ke?" marah Haekal.
Aiman hanya tertawa. Dia menelan Viagra itu selepas dihulurkan Haekal. Haekal turut menelan satu biji. Kemudian dia meneguk air dari botol mineral di atas meja solek. Ambil ice kena sentiasa menghidrasikan tubuh. Kalau tidak nanti mulut kering. Itu nasihat utama yang diberikan Haekal kepada Aiman. Aiman hanya akur.
"Jom sambung?" ujar Haekal sebelum merebahkan tubuhnya di atas badan Aiman.
"Ahhhhhhhh!" Aiman mendesis tatkala lehernya digigit oleh Haekal.
YOU ARE READING
Helokz
Teen Fiction"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...