Bab 19

6.2K 97 4
                                    

Biarpun dia sedang marah pada Aiman, Cecilia masih tetap mendengar segala luahan hati sahabatnya itu dengan tekun. Aiman kelihatan sangat sedih. Sebagai seorang yang mempunyai sifat empati yang tinggi, Cecilia turut merasakan kesedihan Aiman itu. Sepanjang Aiman bercerita, Cecilia langsung tidak mencelah. Dia mendengar dengan penuh rasa simpati dan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

Sial betul si Haekal tu! Memang dari awal lagi Cecilia dah agak yang dia takkan berubah. Once a heart-breaker, always a heart-breaker. Bilalah karma akan datang pada si Haekal? Bukanlah Cecilia mendoakan yang buruk-buruk cuma dia mahu Haekal rasa sendiri sakitnya dipermainkan.

"I really don't know what to do now," akhiri Aiman sebelum melepaskan keluhan panjang.

Cecilia tidak terus memberi respons. Dia masih lagi memandang wajah Aiman. Cecilia kelihatannya seperti sedang memproses sesuatu. Dia berdehem sebelum mengutarakan pertanyaan, "You really love him, don't you?"

Aiman membalas pandangan Cecilia. Dia berfikir sejenak. Soalan yang tampak senang untuk dijawab tapi sebenarnya tidak. Aiman sendiri tidak pasti sama ada apa yang dia rasa pada Haekal sekarang adalah cinta atau nafsu semata-mata.

"Of course I love him. He was the first guy who fucked me, remember?"

"I know. But not everyone gets to be with the people who took away their virginity," kata Cecilia, cuba membawa hati Aiman jauh dari Haekal. Cukuplah Haekal mempermainkan hati Aiman. Sampai bila lagi Aiman perlu bersabar?

"I betul-betul tak tau nak buat apa sekarang," kata Aiman untuk kali kedua.

"Well first of, you can start by confronting him. Try and ask him nicely. Nik could be wrong. So ask him. Betul ke dia ada pergi parti tu," cadang Cecilia. Dia terasa mual membayangkan parti sosej itu. Pelik-pelik betul ya golongan homoseksual ini? Ke golongan straight pun sama, cuma mungkin Cecilia yang tidak tahu? Ah mustahillah golongan straight macam ni. Cecilia menidakkan apa yang sedang bermain di fikirannya.

Aiman bersetuju dengan cadangan Cecilia itu. Memang dia sudah merancang untuk berjumpa dengan Haekal pun. Dia cuba menghubungi Haekal supaya mereka dapat mengatur pertemuan bersama petang ini. Ada sinar harapan dalam anak mata Aiman setelah dia meyakinkan diri untuk menghubungi Haekal. Dia mula menyusun kata-kata. Tidak mahu terus memberitahu Haekal tentang niatnya untuk berjumpa.

"But Aiman..." Cecilia tiba-tiba bersuara. "What if it's true? What if dia memang pergi parti tu? You nak buat apa?"

Aiman terkedu seketika. Ada juga dia terfikir tentang perkara itu. Mengenali Haekal, rasanya tidak mustahil untuk dia menyertai parti-parti sebegitu. Maklum sajalah. Orang helokz kan?

"Can I suggest that you leave him? I don't want you to get hurt. He's just playing with you," kata Cecilia, cuba menasihat.

Aiman menganggukkan kepalanya. Biarpun berat, dia terpaksa. Dia faham Cecilia cuma risaukannya. Tidak mahu dia terluka. Aiman sendiri tidak minta dilukakan. "Okey. I promise you. I will leave him."

"Good boy," ucap Cecilia.

Sementara Aiman menghubungi Haekal, Cecilia berjalan ke arah sebuah gerai menjual buah. Ada beberapa minit sebelum kelas kedua mereka bermula. Cecilia sengaja mahu membeli sesuatu untuk dikunyah di dalam kelas nanti bagi mengelakkan rasa mengantuk. Maklum sajalah, semalam dia tidur lambat. Bukan kerana membalas WhatsApp Aiman tetapi kerana sibuk melayan drama bersiri secara online.

"Dah habis dah?" satu suara menegur Cecilia dari belakang.

Cecilia menoleh dan tersenyum melihat Faliq. Dia menjeling ke arah Aiman yang sedang bercakap dengan Haekal. Nampak gayanya Aiman berjaya menghubungi si lelaki keparat itu. Cecilia memandang semula Faliq sambil menganggukkan kepala. "Sorry tau pasal tadi. Aiman ada benda privasi nak cakap dengan I."

"Privasi sangat sampai housemate sendiri pun tak boleh tau, macam tu?" sengaja Faliq menyindir.

Cecilia sekadar tersenyum. Dia faham kenapa Faliq terasa namun dia lebih suka menghormati privasi orang. Dia jenis yang tidak akan sesuka hati menceritakan hal orang kepada orang lain. Bila Faliq sibuk hendak tahu apa rahsia yang Aiman ceritakan tadi, Cecilia mengelaknya. "Kalau you sendiri pun, you tak suka I cerita pasal you dekat orang lain kan?"

Faliq terdiam. Ya tak ya juga. Faliq membayangkan rahsianya diketahui oleh Cecilia seorang. Dia tidak mahu Cecilia sesuka hati menceritakannya kepada orang lain. Jika Cecilia berbuat sedemikian, dia seolah-olah telah mencabul persahabatan mereka berdua. Akhirnya Faliq akur dan menghormati sifat Cecilia yang penuh integriti itu.

"You want anything? I'll pay for it." Cecilia menawar.

Pucuk dicita, ulam mendatang. "Sure!"

Usai membelikan Faliq buah, Cecilia kembali semula ke meja Aiman. Kelihatan Aiman sedang berbual dengan Syawal. Sama seperti Faliq, Brandon dan Nik, Syawal tidak berapa rapat dengan Cecilia. Mereka sekadar kenal gitu-gitu saja.

"Hey, Syawal" tegur Cecilia.

"Hey!" Syawal membalas teguran itu sambil terus berbincang dengan Aiman tentang sesuatu.

Cecilia memasang telinga sambil mengunyah buah potong yang dibeli tadi.

"Boleh ya?" tanya Aiman.

"Hm yalah. Isi minyak!" pesan Syawal. Sepertinya Aiman mahu meminjam kereta Syawal. Mungkin untuk pergi berjumpa dengan Haekal.

"Pinjam sekejap pun kena isi minyak ke?" tanya Aiman.

Syawal menjeling. "Rule number one: always bayar duit minyak when you pinjam kereta orang."

Cecilia tersengih mendengar. Aiman tidak mampu untuk berdebat kerana dia memang sudah terdesak untuk menggunakan kereta itu. Jadi dia bersetuju saja. Syawal memberikannya kunci kereta siap-siap.

"Macam mana dengan kau nanti?" tanya Aiman setelah menerima kunci itu.

"Aku tumpang oranglah," jawab Syawal sebelum bergerak masuk ke dalam kelas.

Aiman dan Cecilia turut sama bangun untuk masuk ke kelas mereka yang kedua. Melihat Cecilia sedang enak mengunyah buah potong, Aiman menelan air liurnya. Dia belum bersarapan lagi.

"Baik eh tak belikan I?" sindir Aiman.

Sambil mengunyah, Cecilia berkata "Mana I tau you nak. Kalau I tau I belikan tadi. Faliq pun I belanja."

"You belanja Faliq?"

Cecilia terdiam sekejap. Tiba-tiba dia rasa bodoh. Perlu ke dia memberikan informasi itu kepada Aiman? Apa motif dia sebenarnya? Dia rasa seperti mahu menepuk dahinya sekarang tapi macam nampak sangat. Penyudahnya Cecilia hanya tersengih sambil menganggukkan kepala.

"Sejak bila you rapat dengan Faliq ni? Tadi duk berhuha dua orang sampai tak nampak I. Sekarang dah main belanja-belanja dah. Apa cerita?" tanya Aiman akhirnya setelah menyimpan rasa cemburu sejak dari tadi.

Cecilia enggan terus menjawab. Dia bertanya sendiri pada dirinya. Perlu ke aku beritahu dia yang aku mula rapat dengan Faliq lepas dia dengan Haekal tinggalkan aku sorang-sorang depan fakulti untuk tunggu shuttle bus haritu? Hmm.

HelokzWhere stories live. Discover now