Aiman tidak berdaya untuk mengundur lagi kerana dinding bilik menghalangnya daripada berbuat sedemikian. Mulutnya terkumat-kamit, berdoa agar Asyraf tidak akan mengapa-apakannya.
"Jangan risau, Aiman. Aku bukan nak buat apa-apa dekat kau. Aku datang dengan niat yang baik," terang Asyraf.
Aiman tidak percaya. Dia mencapai buku rujukan yang cukup tebal untuk mencederakan Asyraf bila diketuk pada kepala. "Jangan dekat!"
Asyraf menaikkan tangannya sebagai tanda dia tidak akan mengapa-apakan Aiman. "Okey, okey. Aku ke belakang sekarang."
"Macam mana kau masuk dalam rumah ni hah!? Kau nak apa? Kau jangan sampai aku jerit mintak tolong. Kau sendiri yang susah nanti!" Aiman memberi amaran.
"Relaks, Aiman. Aku datang dengan niat yang baik. Tolonglah dengar dulu apa aku nak cakapkan ni."
"Aku akan telefon polis!" Aiman meletak buku rujukan tadi di tempatnya semula dan mencapai telefonnya di atas meja.
Asyraf lebih pantas bertindak. Dia berjaya merampas telefon itu dari tangan Aiman membuat Aiman tersentak.
"Aku rasa kau tak perlu call polis. Kejap lagi kita call diorang sama-sama okey? Tapi sebelum tu, kau kena dengar dulu apa yang aku nak cakapkan ni" kata Asyraf sambil menyimpan telefon Aiman di poket belakang seluarnya.
Aiman memandang Asyraf atas bawah dengan penuh ragu-ragu. Aiman tidak pasti sama ada dia patut percaya pada Asyraf ataupun tidak. Nampak gayanya dia tidak mempunyai banyak pilihan. "Apa dia yang kau nak cakapkan?"
Asyraf mengambil masa sekejap untuk menjawab. Dia menundukkan wajahnya. "Pasal Dzul."
Wajah Aiman bertukar menjadi simpati sebaik saja terdengar nama Dzul. Dia tahu Asyraf dan Dzul sangat rapat. Bagaikan abang dan adik. Tentu Asyraf berada dalam keadaan tertekan selepas mendapat tahu Dzul telah pun membunuh diri. "Dzul dah mengaku yang dia bunuh Haekal. Dia tulis surat untuk aku."
"Ya, itu aku tahu. Aku dah baca semuanya dalam surat khabar. Tapi kau kena tahu yang ada cerita lain di sebalik pengakuan dia tu."
Aiman mengerutkan dahi. "Apa maksud kau?"
"Sebenarnya bukan Dzul yang bunuh Haekal" kata Asyraf.
"What!?"
"Haekal tak mati lagi lepas Dzul pukul dia dekat kepala. Dia cuma pengsan je. Aku terpaksa tipu Dzul sebab aku tahu mesti dia akan cuba halang rancangan aku."
"Rancangan? Rancangan apa ni? Aku tak faham!" tanya Aiman, yang masih tidak percaya dengan apa yang telah Asyraf beritahu tadi.
"Lepas aku tenangkan Dzul, aku telefon kawan-kawan aku yang anti-LGBT semua untuk datang tolong aku. Masa tulah baru aku sedar yang Haekal sebenarnya masih hidup lagi. Dia cuba untuk bercakap tapi aku cepat-cepat hempuk kepala dia sekali lagi sampai dia pengsan."
Asyraf berhenti bercerita seketika. Dia dapat melihat mata Aiman berkaca. Lelaki itu seperti akan menangis bila-bila masa saja.
"Sumpah aku tak berniat langsung nak burukkan lagi keadaan. Aku ingat diorang just nak pukul and bagi amaran dekat dia je. Aku tak sangka yang diorang sanggup seksa Haekal. Sampai masukkan timun dengan terung dalam bontot dia." Asyraf pula yang rasa seperti hendak menangis. Dia mula sedar apa yang telah dia dan rakan-rakannya lakukan adalah salah dan mereka perlu menerima hukuman yang setimpal!
Asyraf menakup mukanya sambil teresak-esak menangis. Dia berkata lagi, "Aku betul-betul mintak maaf, Aiman. Lepas je aku dapat tahu yang Dzul dah bunuh diri sebab rasa bersalah, aku terus datang sini balik. Aku nak serah diri pada polis. Aku tahu aku dah buat silap. Aku redha kalau aku dihukum mati. Aku sendiri yang dah bunuh kawan baik aku. Aku patut dihukum!"
YOU ARE READING
Helokz
Ficção Adolescente"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...