Epilog

5.9K 174 88
                                    

Dua bulan kemudian
(Semester baru)

Aiman dan Cecilia saling berpelukan di tengah-tengah foyer Bangunan KPP3. Setelah dua bulan tidak bertemu, mereka akhirnya bersatu. Kedua-dua mereka kini mempunyai gaya rambut yang berbeza. Aiman telah mencukur rambutnya botak seperti Zayn Malik selepas dia meninggalkan One Direction. Manakala Cecilia mewarnakan semula rambutnya di bahagian hujung seperti Aria Montgomery dalam Pretty Little Liars musim pertama. Masing-masing kelihatan segar dengan imej baru itu. Imej senior semester enam!

"So how's the new house? I saw the picture that Nik posted on Instagram. Damn, you guys have a good taste! Two-storey bungalow for four!? I nak pindah masuk rumah koranglah!" kata Cecilia, penuh teruja.

Aiman tersengih. Dia merindui keceriaan Cecilia itu. Buat seketika, dia rasa seperti dapat bernafas semula. Kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepala mengiakan apa yang Cecilia katakan tadi. "It's all Nik and Syawal. They wanna have room for themselves to do it. So we're just tagging along. Plus, the rent is really not that expensive. That's why we're okay with it."

"Balik nanti bawak I tengok rumah korang, please?" Cecilia mengerdip-ngerdipkan anak matanya penuh harapan.

Aiman tertawa. "Of course dear! Apa guna I dah ada kereta sekarang, kan?" Aiman menayangkan kunci keretanya kepada Cecilia.

Cecilia menepuk-nepuk tangannya. Lepas ni, senanglah mereka nak ke mana-mana. Aiman tak perlu meminjam kereta Brandon, Nik atau Syawal lagi.

"Have you heard about Faliq?" tanya Aiman selepas dia menyimpan semula kunci kereta di dalam poket seluar.

"Yeah, I feel bad actually. Can't believe we won't be able to grad together." Cecilia memuncungkan muka.

Faliq telah membuat keputusan untuk menunda pengajiannya kerana dia mahu mengambil masa yang panjang untuk memulihkan semula tubuhnya yang masih lemah lagi. Pada mulanya, Aiman dan Cecilia kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Faliq itu namun demi kesihatan Faliq, mereka redha. Biarpun mereka tidak dapat konvo bersama, sekurang-kurangnya Faliq akan berada dalam keadaan sihat walafiat.

"I akan paksa dia datang konvo kita dan I akan make sure kita semua datang convo dia!" janji Aiman.

Cecilia menyokong kata-kata Aiman itu. Mereka sedang berjalan menuju ke kelas pertama mereka untuk semester terakhir ini.

Ketika sedang membuka pintu, Cecilia ternampak Brandon di gerai menjual buah tidak jauh dari foyer. Cecilia terus memanggil Brandon sambil melambai-lambaikan tangannya. "Brandon! Brandon!"

Brandon menoleh dan turut melambaikan tangannya ke arah Cecilia dan Aiman. Kemudian, Cecilia dan Aiman terus masuk ke dalam kelas.

"Excited betul you ya untuk final semester ni?" sindir Aiman.

"Of course-lah! We're gonna grad soon okay! Gila tak excited?"

"You jangan lupa, kita repeat satu subjek okey?"

Cecilia mencebikkan bibir. "How can I ever forget? But no worries, subjek tu senang sajos. Kita confirm A this time around."

"That is, if you control you punya drama."

Cecilia pantas mencubit lengan Aiman. "What do you mean I yang drama? You punya drama pun over okay!"

Mereka mengambil tempat di barisan kedua dari belakang. Adzimah dan Aida menjeling ke arah mereka berdua.

"Hi Adzi, hi Aida! How's your semester break?" Cecilia cuba berbuat baik namun kedua-dua mereka tidak menjawab.

"Bitches!" ujar Cecilia sambil mengetap bibirnya.

"Chill, they're not worth our time okay?" Aiman menenangkan.

"Dah final sem weh. Perangai tu tak payahlah macam budak-budak lagi. Ugh!" marah Cecilia.

Aiman membiarkan saja Cecilia membebel seorang diri. Dia sedang membelek-belek gambar dalam telefonnya. Ada gambar Haekal. Aiman tersenyum melihat gambar Haekal itu.

"Aww, you still keep his photos in your phone," Aiman langsung tidak menyedari Cecilia sedang mengintai apa yang sedang dia lakukan.

Cepat-cepat Aiman menyimpan semula telefonnya itu. Cecilia tersenyum sinis.

"You tak cari mana-mana jantan ke sepanjang cuti ni? Come on, spill me some juicy stories." Cecilia menongkat dagunya.

Aiman menggeleng-gelengkan kepala. "Nope. I langsung tak cari siapa-siapa. I don't have time for scandals."

"Oh bullshit! Takkanlah you tak sangap langsung?"

"Sumpah! I tak mencari langsung. You tau kan, kalau dekat kampung I jarang pegang phone?"

"Okay, whatever you say hon. Oh by the way, I heard this new lecturer that is going to teach us this subject is super cute! He studied in UK." Cecilia menukar topik.

Aiman kelihatan seperti berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut. "Really? Mana you tahu?"

"Oh I have my own source."

"Oh well, whatever!" kata Aiman sebelum menoleh ke belakang untuk mengambil buku nota dan pen dari begnya.

Serentak dengan itu, pensyarah yang dimaksudkan masuk ke dalam kelas. Semua pelajar terus diam dan terpana dengan kekacakan wajahnya. Aiman pula masih sibuk lagi mencari pen dan buku nota dalam begnya itu.

Ketika Aiman menoleh semula ke depan, pensyarah itu menoleh ke belakang untuk menulis sesuatu pada papan putih. Dia mengeja namanya menggunakan pen marker.

Ketika Aiman sedang sibuk menulis tarikh hari ini dalam buku notanya, pensyarah itu menoleh ke belakang dan dia wajah pertama yang dia nampak ialah Aiman.

"Holy shit!"

Semua pelajar menyoroti pandangan pensyarah itu dan menoleh ke arah Aiman. Aiman yang tidak sedar apa sedang berlaku terkejut melihat rakan-rakan sekelasnya berbuat sedemikian termasuklah sahabat baiknya, Cecilia. Dia memandang ke hadapan dan membuntangkan mata melihat pensyarah itu.

Kerana tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, pensyarah itu cepat-cepat menyuruh pelajar-pelajarnya kembali memandang ke hadapan. "Okay, that's enough. Urm, my name is Azril Izuan, and I will be your lecturer for COM626."

"Do you know him?" bisik Cecilia yang seperti dapat merasakan ada yang tidak kena.

"Yes. Of course I know him. We had sex last semester," jawab Aiman sambil terkenang kembali insiden di mana dia dan Azril melakukan hubungan seks selepas berkenalan di Tinder. Aiman mengambil keputusan untuk 'unmatch' Azril kerana dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Kini, lelaki itu adalah pensyarahnya!

"Oh my God! So much for avoiding dramas this semester," sindir Cecilia sebelum tersenyum sinis dan kembali fokus kepada apa yang Encik Azril katakan.

Aiman langsung tidak dapat fokus. Dia rasa segan dan malu. Nampak gayanya semester terakhir ini akan menjadi lebih drama dari semester lepas. "Oh Azril, dahlah helokz. Haih," bisik Aiman sambil memandang wajah pensyarahnya di hadapan. Sesekali Azril turut bermain mata dengannya.

"Not sure if this is a great new beginning for me or the other way around," akhiri Aiman.

TAMAT

HelokzWhere stories live. Discover now