Asyraf straight!? Tidak!!!
Aiman rasa macam nak hentuk-hentuk kepala dia dekat dinding. Malunya! Mana dia nak letak muka sekarang ni? Ya Allah, dahlah berdua je dengan Asyraf sekarang. Seriuslah, apa aku nak buat ni?
"Aiman, okey tak?" Asyraf memegang bahunya.
Aiman tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu. "Okey, okey."
"Sorry kalau buat kau terasa hati atau...kecewa?" pertama kali Asyraf menggunakan perkataan 'kau' dengan Aiman.
Lemah lutut Aiman dibuatnya. Rasa macam nak balik sekarang pun ada. Alahai! Aiman menggaru-garu belakang kepala memikirkan cara bagaimana untuk melarikan diri dari situasi yang memalukan itu.
'Jangan lari, Man! Walaupun dia straight, dia helokz. Takkan kau tak teringin nak kawan dengan orang yang helokz? Mana tahu rezeki kau, dia bagi kau hisap ke?' bisikan syaitan mula mempengaruhi fikiran Aiman.
Dia terus yakin dan membuang perasaan malu tadi. "It's okay, Asyraf. Aku sebenarnya memang tak tahu pun apa status kau. Thanks sebab berterus-terang. At least sekarang aku tahu. Tapi kita still kawan kan?"
"Of course. Aku tak pernah memilih kawan."
Lega hati Aiman bila Asyraf cakap macam tu.
"Tapi kalau kau nak tahu, Dzul pun sebenarnya gay," cerita Asyraf.
Aiman terdiam seketika. Dzul gay? Hm, tak mengejutkan pun sebab memang dia nampak macam gay.
Asyraf menyambung lagi. "Tapi tu dululah. Sekarang dia dah straight balik berkat kelas-kelas agama yang aku bagi dekat dia."
"Apa dia? Sekarang dia dah straight?" Aiman bertanya lagi untuk kepastian.
"Yup. Kenapa? Kau tak rasa orang tu boleh berubah jadi straight ke?" nada suara Asyraf ditekan, seperti tahu Aiman mahu membangkang.
Kalau hendak diikutkan, memang Aiman tidak percaya seorang lelaki homoseksual boleh berubah menjadi straight. Sudah nalurinya begitu, mana mungkin ianya dapat diubah? Tapi disebabkan dia sendiri tidak mahu bersengketa dengan Asyraf, dia mendiamkan diri dan mendengar cerita Asyraf dari A sampai Z tentang bagaimana Dzul boleh 'berubah' menjadi straight.
"Actually, aku dengan Dzul satu sekolah asrama dulu. Dia junior. Aku senior. Kitorang rapat pun sebab duduk satu kampung. Mak bapak pun dah kenal. Tapi masa kitorang tengah study lagi, mak bapak kitorang meninggal dekat-dekat. Tu yang buat aku dengan dia bertambah rapat.
Aku selalu dengar cerita Dzul kena buli malam-malam. Sampai dipaksa bagi blow job dekat senior. Mulanya, aku tak percaya. Tapi bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku jadi tak puas hati. Sebab sebagai seorang kawan dan jugak seorang abang, aku rasa aku bertanggungjawab untuk selamatkan dia dari terus hanyut. So aku tarik dia masuk dalam bilik aku. Aku kapten bola sepak sekolah. So aku dapat bilik sendiri. Jadi semenjak dari tu, Dzul duduk dengan aku. Aku jaga dia. Sebab dia tak ada adik-beradik lain. Mak bapak pun dah takde. Akulah tempat untuk dia bergantung.
Sepanjang dia duduk dengan aku, aku perasan dia suka tengok aku. Tiap kali aku tengah bukak baju, exercise, solat, buat homework, dia akan pandang-pandang aku. Aku jadi tak selesa. So aku tanya dia sama ada dia ada hati dekat aku ke tidak. Dia cakap ya. Dan dia tak kisah kalau aku suruh dia blow job aku. Nauzubillah. Aku bagi pelempang dekat muka dia. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan dia masa tu. Sejak dari tu, dia dah tak berani nak tengok aku lagi.
Lepas habis SPM, aku balik kampung and pindah rumah baru dekat Bukit Beruang - rumah yang sekarang ni. Aku dapat kerja dekat satu restoran ni so dalam setahun macam tu, aku jadi waiter. Lepas Dzul habis SPM, dia duduk dengan aku. Masa tu CoolBlog tengah cari orang. So kitorang pun apply sama-sama dan dapat. Aku pernah tanya Dzul sama ada dia masih ada perasaan dekat lelaki ataupun tidak. Dia cakap alhamdulillah dah tak ada. Tapi aku masih pantau lagi kegiatan dia. Aku takkan bagi dia keluar sorang-sorang. Takut nanti perangai lama keluar balik. Aku rasa setakat ni dia tak ada buat hal lagi. Sebab tu aku cakap, lelaki gay boleh jadi straight." Asyraf mengakhiri ceritanya.
Aiman menjongketkan kening. Waktu itu, mereka sedang berjalan masuk ke dalam Dewan Laksamana. Asyraf memesan makanan sementara Aiman mengambil tempat di meja yang kosong.
Selepas selesai membuat pesanan, Asyraf duduk di tempat yang Aiman pilih. "Kau tak order makan?"
Aiman menggeleng-geleng kepala. Dia sebenarnya sudah tidak lalu untuk makan selepas Asyraf memberitahunya dia lelaki straight. Tapi disebabkan Asyraf helokz, Aiman menabahkan diri untuk terus duduk di situ. Lagipun dia sendiri yang dah janji nak teman Asyraf makan. Nanti apa pula si lelaki tu kata.
"So kau tak nak berubah jadi straight ke?" tanya Asyraf, tiba-tiba.
Aiman terkedu bila dia ditanya soalan itu. Apalah si Asyraf ni. Dia ingat si Dzul tu betul-betul dah berubah ke? Naif betul jantan ni!
Aiman berdehem. "Aku nak cakap sikit boleh?"
Asyraf memandang wajah Aiman. "Cakap apa? Cakaplah."
"Aku tak percaya yang Dzul dah jadi straight."
Asyraf mengerutkan kening. Seperti tidak berpuas hati dengan Aiman.
"Kau jangan salah faham. Dengar dulu apa aku nak cakap ni." Aiman cuba menenangkan.
Mujur Asyraf tidak terus melenting dan melempang Aiman sama seperti apa dia buat pada Dzul.
"Kau sendiri cakap masa Dzul mengaku dia ada hati dekat kau, kau tampar muka dia kan? Aku rasa benda tu buat dia takut dengan kau. Come on-lah, aku gay aku tahulah macam mana susahnya nak berubah. Cakap memanglah senang tapi naluri tu masih ada lagi. Bila kau tanya dia, confirm dia takkan mengaku sebab dia takut kena pukul dengan kau. Kau mana tahu apa dia buat dekat belakang kau. Kau ada check phone dia?"
Asyraf terdiam seketika. Ternyata apa yang dibidas oleh Aiman itu masuk akal sebenarnya. Namun, disebabkan ego, Asyraf enggan mempercayainya. Dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Aku tak percaya. Dia dah bersumpah. Dengan nama Allah."
Aiman tersengih. "Semua orang boleh bersumpah. Ada orang tu sampai junjung al-Quran tapi sejauh mana kita tahu betul atau tidak?"
Wajah Asyraf jelas menunjukkan dia memang tidak berpuas hati. Tapi dia tidak mahu bergaduh dengan Aiman. Mereka pun baru kenal. Kalau bergaduh nanti, dia yang susah. Silap hari bulan, dia dipecat terus dari bekerja dengan CoolBlog dalam kampus itu.
"Baik, aku cabar kau. Aku nak kau uji Dzul. Tengok sama ada betul ataupun tidak yang dia tu gay. Boleh?"
Aiman tersenyum. Cabaran yang terlalu mudah. Dan dia sanggup menyahutnya. Semua kerana dia mahu menghabiskan masa dengan si Asyraf itu.
YOU ARE READING
Helokz
Teen Fiction"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang paling helokz pernah dia jumpa. Tapi sayang, lelaki helokz itu sering melukakan hatinya. Berkali-kal...