BAB 3

56.4K 2.5K 102
                                    


Macam biasa pagi ini aku hadir ke kelas. Langkahku cukup longlai, sebab pagi ini merupakan kelas Dr. Kimi sekali lagi. Huh.

Disebabkan kes semalam aku jadi menyampah nak masuk kelas dia. Tapi memandangkan yang dia telah pun mencipta 'rules' di dalam kelasnya. Terpaksalah aku kuatkan diri aku untuk hadir ke kelas.

Sebaik sampai aku duduk di tempatku. Awal-awal lagi aku dah nampak batang hidung Wafa. Bukan main bersemangat lagi kawan baik aku ni.

"Hai, Hanis Zalikha!" Aku malas nak toleh siapa yang dimaksudkan oleh Wafa itu. Siapa lagi kalau bukan aku.

Tak habis-habis nak sama kan aku dengan Hanis Zalikha, nak kata sama tu tak adalah juga. Ada sikit-sikit lah irasnya.

"Kau ni tak habis-habis nak kata muka aku macam Hanis Zalikha tu, dia jauh lebih cantik okey daripada aku." Aku balas kata-kata Wafa sebaik sampai di tempat duduk ku.

"Dah muka kau macam Hanis Zalikha, aku cakaplah. Satu kampus ni kata muka kau macam Hanis Zalikha apa? Asal jumpa kau aje mesti diorang cakap muka kau macam Hanis Zalikha, tapi nasib baik tak minta autograf. Mana tahu kut-kut diorang ingat kau ni Hanis Zalikha betul-betul ke kan. Ye tak?" Bukan main panjang lagi dia balas kata-kata aku. Aku menggeleng dengan kata-kata dia tu.

"Suka hati kau lah."

Aku pandang jam di pergelangan tanganku. Jam tepat menunjukkan pukul lapan pagi. Sekejap lagi kut dia masuk. Dewan pun dah mula dipenuhi pelajar.

"Weh.. Nura." Aku pandang kiri aku. Wafa pandang aku dengan wajah ceria tahap gaban dia.

"Apesal dengan kau ni?" Berkerut dah dahiku tengok wajah ceria dia tu. Dah kenapa?

"Jumaat ni, kau balik Gombak tak?" Dia cakap macam tu dekat aku. Perlahan aku mengangguk.

"Kenapa?" Soalku. Yelah.. macam pelik aje dia cakap macam tu dekat aku. Sebelum ni nak kata ada tak selalu sangat. Kadangkala saje.

"Boleh tak aku ikut kau balik?"

Wafa dah tayang gigi dia yang putih macam Fazura dalam iklan Optic White.

"Aku tak kesah pun kalau kau nak ikut aku balik, tapi yang aku pelik kenapa kau nak ikut aku? Umi dengan abah kau mana?" Soalku lagi. Dia bermain-main dengan jemarinya itu.

"Alah.. kalau aku balik bukannya ada orang pun, umi dengan abah aku tak ada. Diorang outstation." Soalan aku Wafa jawab. Mulut aku dah berbentuk O. Patutlah dia nak ikut aku balik.

"Okey, nanti kau bersiap lah hari Jumaat tu ye, sebab pa aku ambil lepas solat Jumaat katanya." Bercerita pasal balik rumah ni, aku dah tak sabar sebenarnya nak balik Gombak. Rindu. Dah nak dekat tiga minggu jugalah aku tak balik rumah.

"Thanks, Nura!"

Aku mengangguk.

Dan-dan itu jugalah Dr. Kimi masuk dewan. Suasana yang bising tadi, tiba-tiba jadi sunyi. Gaya macam perompak nak rompak bank. Senyap sebab takut. Heh.

---

Akhirnya habis juga kelas Dr. Kimi. Wafa dah pun balik dulu, sebab dia sakit perut sangat tadi. So, tinggal aku dan dua tiga pelajar aje dalam dewan ni tapi err.. Dr. Kimi pun ada sekali.

Aku cepat-cepat kemas meja aku yang sarat dengan buku-buku. Aku terus sandang beg comelku di bahu.

Baru sahaja kaki aku nak melangkah keluar dari dewan ni. Namaku dipanggil. Aku mengeluh perlahan. Tak lain tak bukan, Dr. Kimi. Haish.

"Nura Ariana!" Dia panggil aku lagi. Tapi dia kuatkan sikit volume suara dia tu. Macamlah aku ni pekak tak dengar dia panggil. Haish.

Aku patah balik. Menuju ke meja dia yang juga sarat dengan buku-buku serta kertas putih. Semak pula mata aku memandang.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now