BAB 28

35.5K 1.5K 50
                                    



"Kenapalah semua orang nak buat surprise dekat ibu harini? Tadi Irfan bawa balik menantu kita, ni abang pulak senyap-senyap bawa balik Im kan. Bukan nak cakap Im dah balik dari Paris." Tutur ibu tak puas hati.

"Apa awak cakap tadi, menantu?" Soal lelaki separuh tua itu atau lebih tepat sekali bapa mertua aku.

"Yelah, itu menantu kita."

Ibu memuncung bibirnya ke arah aku. Aku angkat tangan sedikit, dan-dan itu jugalah aku nampak Dr. Kimi macam tengah tahan gelak. Dah kenapa? Malas nak fikir fasal dia, aku terus bangun dan menuju ke arah mereka. Aku mengulum senyuman lebar kepada mereka.

"Im, kenalkan ini tunang aku. Nura Ariana." Dr. Kimi kenalkan aku kepada lelaki di hadapannya itu.

"Nura, ini adik saya. Hairul Imran." Aku angguk laju. Senyuman manis aku hadiahkan kepada bakal adik ipar aku itu.

"Welcome, kakak ipar. Bro, i'm happy bila dengar kau dah bertunang. Tahniah, cantik pulak tu bakal isteri kau ni." Puji Hairul. 

Fuh, kembang weh orang puji kita. Tapi, yang aku pelik sekarang ni. Kenapa dia balik seorang? Mana isteri dia? Mana ibu kandung Hayla?

"Dah-dah apa kata kita makan dulu? Kebetulan ibu masak makanan favourite Im tau. Mi goreng basah." Terpancar wajah ibu kegembiraan. Ibu mana yang tak gembira kan kalau anak dia baru balik dari luar negara kan?

Samalah macam ma jugak. Bila dapat tahu yang along akan pindah dan kerja dekat Malaysia buat selamanya. Bukan main seronok lagi.

"Mi goreng basah? Wah, lamanya tak makan!" Hairul menggosok perutnya. Semua tergelak melihat reaksinya. Hai.. perangai tak padan dah ada anak.

"Baba, Hayla nak dukung?" Tanya Hayla, polos. 

"Boleh, tapi baba nak jumpa Nek Yam dulu ye?" Hayla angguk laju.

Mataku hanya memerhati gerak-geri dua beranak itu. Sebaik sahaja adik ipar aku itu keluar daripada dapur selepas bertemu Mak Yam, didukung pulak si kecil itu. Aku pandang dengan senyuman ke arah dua beranak itu. Manja jugak Hayla dengan baba dia ek. Comel!

"Amboi, senyum-senyum tengok adik saya nampak?" Bisik Dr. Kimi di telingaku. Hai.. bila masanya pulak aku tengok adik dia? Huh.

Aku jeling Dr. Kimi. Idea jahat tiba-tiba muncul di benak. Saje nak tengok reaksi dia. Eheh.

"Kenapa? Jeles ke?" 

Dan tepat itu jugalah aku nampak muka Dr. Kimi merah. Rasa macam nak terbahak dekat sini pun ada jugak, tapi aku cuba tahan. Jeles rupanya, alahai.

"Jangan nak menggatal sangat, ingat awak tu dah bertunang. Ni hah, tunang awak ni ada dekat depan awak aje tau. Ada hati nak menggatal." Abang sado ni jeles pulek. Comel pulak tengok muka Dr. Kimi bila jeles. 

Erk.. yang aku ni dah kenapa. Haish. Aku mengambil tempat aku tadi, kali ini Dr. Kimi mengambil tempat di sebelah aku. Ee.. dia ni main pindah-pindah pulak makan. Apa salahnya duduk tempat dia tadi, mengada ajelah dia ni.

"Nura, nak tambah lagi?" Soal ibu kepada aku. Aku pantas geleng, cukuplah yang ini tapi yang ini pun aku macam tak larat nak makan.

"Nura, dah dapat ke tempat praktikal?" Soal Tan Sri Hamid pula. 

"Err.. belum lagi uncle. Tapi Nura dah banyak kali mohon mana-mana tempat semuanya tak respon." Tuturku.

Sadis kan? Sampai satu tahap ni aku rasa macam nak give up. Tapi tak boleh lah macam itu sahaja. Ada rezeki, ada lah. Ye tak?

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now