BAB 46

18.6K 783 55
                                    


Hampa. Itu yang aku rasakan sekarang. Menurut kak Zatul, orang yang bagi aku hadiah berpakaian hoodie. Macam mana  nak kenal kalau orangnya pakai hoodie? Memang orang itu mengingatkan aku pada kejadian di mall kelmarin, tapi aku nak cakap lebih pun tak guna. Huh.

"Kau pergi mana, Nura?" Soal Dania sebaik aku tiba di mejaku.

Aku pandang wajah Dania sekilas, wajah cuba dimaniskan.. tak naklah macam muka aku ni macam something pula. Tak pasal-pasal si Dania ni jadi polis. Kalau boleh biarlah aku seorang sahaja yang tahu hal ni.

"Aku jumpa Encik Imran tadi, ada hal nak bincang sikit." Tipu aku, tak pasal-pasal adik ipar aku dapat nama. Maaf ya wahai adik iparku!

Dania mengangguk. "Kau tak payah lah nak ber'encik' bagai dengan dia dekat aku. Dia adik ipar kau kut, macam pelik pulak kau gelar dia encik padahal dia adik ipar kau.. lainlah aku ni hah." Terang Dania, bebel macam mak nenek betul. Haih.

Aku mengangguk berkali-kali, memang gaya pun dah macam burung belatuk.

"Aku makan tengah hari dengan husb aku hari ni tau, sorry aku tak dapat teman kau lunch hari ni." Kena lah bagitau awal, kalau tak minah depan aku ni merajuk. Kalau dah merajuk, tak kuasa lah hakak nak memujuknya.

"Haa, kebetulan! Aku hari ni pun lunch dengan tunang aku. Aku baru aje nak cakap dengan kau tadi, nasib baik kita sama." Ujar Dania, berseri dah tu muka bila sebut nama tunang dia.

Aku mengangguk faham. Dania kira untung lagi dapat tahu siapa tunang dia. Aku aje yang tak tahu siapa tunang aku dulu, rupanya pensyarah aku sendiri. Haih.

"Eh, share lah sikit hadiah apa kau dapat tadi." Ujar Dania, serta-merta wajah aku berubah namun hanya untuk seketika, cepat sahaja aku mengembalikan wajah normal.

Aku berdehem sedikit.

"Ouh.. ferrero rocher aje, Dr. Kimi yang bagi." Tipu lagi. Ah, bantai ajelah!

Dania mengangguk tanpa rasa curiga dengan kata-kata aku.

"Em.. untung kau kan dapat suami terlebih sweet. Tunang aku tu tak sweet langsung, tak ada pun dia nak bagi macam yang kau selalu dapat dari Dr. Kimi." Aku tolak perlahan bahu Dania, tak payah nak feeling sedih sangat lah!

"Kau ni feeling lebih lah, tak payah nak cemburu sangat. Mungkin tunang kau tu tak nak tunjuk dia punya sweet tu sekarang, lepas kahwin kau tengok ajelah." Dania pula menolak bahu aku lembut, malu lah tu. Heh.

"Ye tak ye jugak kau, kan? Eh, tak nak lah aku cerita pasal benda ni.. bikin malu aje." Lagi sekali bahu aku menjadi mangsa tolakannya.

Aku gelak tak ikhlas. Kalau ya pun tak payah lah nak tolak bahu aku aje. Haish kawan aku ni pun.

---

"Sayang.. kenapa tak makan lagi asam pedas tu? Sedap ni." Ujar Dr. Kimi.

Aku pandang wajahnya, sebaris senyuman aku hadiahkan. Aku jadi mati selera sejak surat yang aku dapat tu. Setiap kali aku pandang wajahnya setiap kali tu fikiran aku tepat melayang pada surat-surat yang aku dapat itu.

Nak aje aku berterus-terang tentang hal ini tapi entah mengapa mulut aku bagaikan terkunci. Siapa aje yang tak takut bila tiba-tiba sahaja menerima surat ugutan? Hidup aku yang selama ini bahagia di sisi keluarga tup-tup lepas kahwin dapat surat ugutan.

Perkara ini juga buat tidur aku jadi tak lena walaupun sudah berkali-kali aku cuba usir perasaan takut. Namun apakan daya, bukan mudah perasaan takut itu hilang.

"Tak ada selera." Ringkas aku menjawab soalannya itu.

Dr. Kimi mengangkat sebelah keningnya ke atas, lantas sebelah tanganku dicapai dan diusap dengan lembut.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now