Biasanyer sis akan bgi note lepas satu bab habis, but kali ni sis tukar utk bab ni aje, ramai ingat citer ni dh habis but belum ending lagi😄 Ye, sis tahu prolog tu sepatutnya diletakkan di permulaan bab kan? Sis letak di tengah bab atas sebab² yg tertentu.So, mana yang ingat citer ni dh habis tu act belum habis lgi tau. Lambat lagi. Kalo citer ni dh TAMAT dh lme sis letak '✔' dekat sebelah tajuk. X pon sis letak 'COMPLETED' dekat situ.
Sekian daripada kak tipah😆😝
Enjoy reading!✨
Sebelum baca sis nak cakap, Qayyum is back!! Kk enjoy😂😚 No Prof Kimi for this bab jngn marah😹😆_______________
Tiga minggu berlalu dengan begitu pantas. Esok aku akan menjalani peperiksaan dan bakal menjejakkan kaki di salah sebuah syarikat untuk aku meneruskan praktikal bagi melengkapkan lagi pengajian aku di sini.
"Ah, penatnya!" Wafa merungut. Aku menggeleng saje dengan dia. Baru belajar sikit nak penat.
"Kau ni, baru sikit. Banyak lagi nak kena baca." Kataku. Wafa memuncungkan bibirnya. Gaya pun memang macam itik.
"Aku penatlah, Nura. Nasib baik lapan puluh peratus aku dah baca sebelumnya. Kalau tidak memang kelam-kabutlah aku jadinya. Dah lah esok exam."
Dengar saje perkataan exam dah buat bulu aku meremang. Seram sejuk pula rasanya. Nasib baik aku dah study habis, ni pun cuma selak-selak mana yang patut dibaca saje.
"Habistu kau nak buat apa kalau kau penat?" Soalku. Wafa tiba-tiba tarik senyuman sampai ke telinga.
Aku buat-buat tak faham dengan senyuman dia itu.
"Nak makanlah!"
Dah ku agak. Aku ke dia yang gila makan sekarang ni? Rasanya tak sampai dua jam lepas kitaorang makan tadi. Ni nak makan lagi?
"Kita baru aje makan, Wafa. Nak makan lagi?" Kataku. Wafa anggukkan kepala. Muka sengaja dibuat-buat sedih. Konon nak bagi aku simpatilah dengan dia.
"Padanlah dengan badan kau yang comel tu." Perliku.
Muka Wafa berubah. Tak puas hati lah tu dengan perlian aku itu. Tergelak aku tengok wajahnya yang cemberut.
"Mana ada aku gemuk! Kau tu yang gemuk. Hari ni aje aku kuat makan, esok lusa taklah."
Yelah cik Wafa...
"Jangan kurus sangat sudahlah. Along aku pernah kata, dia nak cari isteri yang badan sedang-sedang. Dia kata dia tak suka perempuan yang kurus. Sebab dah kahwin nanti along aku kata isteri dia yang sedang-sedang tu setiap malam dia nak peluk-peluk macam bantal peluk."
Auta aje sebenarnya. Saje nak tengok reaksi dia macam mana. Well.. aku tahu sangat yang dia ada hati dengan along aku tu.
"Yeke?" Soal Wafa, tak sedarlah tu apa yang dia soal tu. Kan aku dah cakap, dia memang ada hati dengan along aku. Along aku tu apa kurangnya, pun ada hati juga pada kawan aku yang seorang ini. Macam mana aku tahu? Tengok cara dia pandang Wafa lah.
"Eh? Yang kau cakap dengan aku tu pasal apa? Bukannya aku nak jadi bini dia pun." Merah padam muka Wafa. Ahaks. Suka aku tengok muka Wafa bila merah. Malu konon.
"Yelah, kak long." Wajah yang merah kini semakin merah. Mulut aje kata tak, dalam hati siapa tahu kan?
"Hek eleh kau ni, nak sangat ke aku jadi kak long kau? Jadi betul-betul karang baru tahu."
"Okeylah tu. Setuju sangat kalau kau jadi kakak ipar aku." Usikku. Tapi kalau betul-betul jadi kakak ipar aku pun setuju sangat.
"Eish dia ni, makin dilayan makin menjadi pula perangai dia. Silap hari bulan nanti boleh sakit jiwa raga aku dengan kau."
YOU ARE READING
Lecturer Paling 'Hot'
Teen FictionIrfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak penting untuk si gadis bernama Nura Ariana. 'Hot' macam mana pun ada dia kesah? Dah lah kuat perasa...