BAB 19

41K 1.7K 87
                                    


Bibirku mengorak senyuman paling lebar. Dari jauh aku sudah nampak kelibat tunangku itu. Hati tiba-tiba berdegup laju selaju-lajunya.

Sudah tiba ke waktunya untuk aku mengenali siapa gerangan tunangku itu? Kata ma dengan pa, tunggu aku lepas habis belajar. Tapi sekarang? Apa cerita?

Kakiku melangkah perlahan ke arah si dia. Makin lama dekat, makin jantung berdegup gila.

Tapi, kenapa aku rasa macam cukup kenal si dia walaupun dia membelakangi aku?

Sekelip mata saje aku sudah membelakangi dia. Harumannya pun cukup aku kenali.

Ya Allah, aku kenal dia siapa! Tak mungkin dia tunang aku...

"Terima kasih sebab sudi jumpa saya hari ni."

Mata bertentang mata. Terkedu. Air liur pula bagaikan tersekat di kerongkong. Gulp.

Dr. Kimi. Oh, katakan ini semua hanyalah mainan mimpi semata.

"Dr.?"

"Ye, sayalah tunang awak. Irfan Hakimi." Senyuman di bibirnya semakin manis. Aku pula masih terkejut. Macam nampak hantu pula gayanya.

Mata terus mencerlung memandang tangannya yang setia memegang cotton candy.

Kemudian, mata aku menikam anak matanya. Tajam. Sakit hati. Cotton candy di tangannya terusku rampas. Terkejut dia dek kerana aku tiba-tiba saje merampas cotton candy itu.

"Kenapa ni?"

"Cotton candy ni memang untuk saya pun kan? Apalah Dr. ni, lain kali kalau nak bagi saya kenalah bagi bunga. Ni bagi cotton candy apa kes? Tak cukup bajet ke apa."

Selamba aku mengutuk Dr. Kimi a.k.a tunangku. Dia tersenyum sinis sambil ketawa kecil.

"Bukan tak cukup bajet sweetie, saje saya nak bagi awak cotton candy. Salah ke my sweetie?" Mukaku terus membahang bila dia gelar aku 'sweetie'. Perut rasa macam ada rama-rama terbang pula. Ahaks!

"Jom kita kahwin." Mataku membulat besar. Apa dia tengah buat lawak antarabangsa ke apa?

"Are you kidding me?"

"Nope."

"Kita baru kenal kut." Dia tersenyum kepada aku.

"Salah. Kita dah lama kenal, cuma awak tak tahu aje siapa saya. Lagipun, baik apa kahwin awal. Tak payah tunang lama-lama."

Aku berdecit. Macam ini ke realiti sebenar Dr. Kimi yang garang macam bapak rimau rupanya manja. Bukan manja tapi mengada aje lebih. Huh.

Aku berjalan meninggalkan Dr. Kimi seorang diri. Bibir aku pula tak henti-henti daripada tersenyum.

Entah mana silap langkahku, aku tersadung kayu, mana sesatnya kayu ni kat taman?!

Dalam dua saat saje aku akan terjatuh di atas tanah ni. Agak-agak sakit tak kalau tersembam ni?

"Arghhhh!!!"

"Nura!"

Mata terus terbuka luas. Dahiku berkerut. Eh? Bukan tadi aku dekat taman ke? Kenapa tiba-tiba ada dekat dalam kereta pula ni?

"Hah, bangun pun! Ingatkan pengsan ke apa tadi. Hish! Buat orang risau betul budak ni."

Suara orang membebel. Suara Dr. Kimi. Dah kenapa pula dia pun ada dalam kereta ni?

"Awak ni mimpi apa? Asyik sebut cotton candy tak habis-habis? Dah lah nak kejut awak tu bukan main payah lagi. Berkali-kali saya panggil nama awak sampai sakit anak tekak saya ni awak tahu?"

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now