BAB 35

29.8K 1K 31
                                    


nak habaq mai la kat hangpa semua jangan terkejut naa bile bace bab ni.. act bab ni after prolog ye.. means dorg dah kahwin. Haa.. senang cerita baca prolog dulu baru faham yang ini 💚

Okla byee~

Enjoy

---

Senyap diantara kami. Masing-masing buat hal sendiri, aku dengan telefon aku dan dia dengan telefon dia. Lepas sahaja bersanding dan membasuh pinggan mangkuk selepas majlis di belakang rumah kami masuk ke dalam bilik. Eh, bukan aku dengan Dr. Kimi masuk sama-sama, dia yang menyibuk duk mengikut belakang aku sedari tadi.. dari petang sampai ke larut malam ni hah. Rasa macam nak hempuk pun ada.

Tapi tak adalah macam tu sekali, dia suami aku kut! Tak cium bau syurga nanti. Minta dijauhkan lah.

Dr. Kimi berdehem seketika. Aku buat pekak. Masih fokus dengan permainan Candy Crush.

"Tak nak tidur ke?" Soal Dr. Kimi.

"Tak." Jawab aku, ringkas.

Senyap lagi. Kekok. Siapa aje yang tak kekok? Nak-nak lagi baru hari pertama tidur dengan lelaki. Memang lah dah halal tapi.. em. Entahlah. Yang faham tu faham lah.

"Nura.." panggil Dr. Kimi.

"Oo.. sayang." Terus berhenti pergerakan tangan aku. Ni kes nak goda aku ke apa? Suara tu dah tak boleh nak manja lagi agaknya. Heh.

"Apa?" Dari belakang aku dengar sengihan Dr. Kimi.

Dah kenapa agaknya. Dah tak betul gamaknya. Mereng.

"Kalau ye pun, bukaklah tudung tu sayang oi." Kata Dr. Kimi.

Aku pegang kepala. Lupa pula nak buka tudung. Asyik sangat main permainan Candy Crush sampai lupa terus.

Tak sampai lima saat dia berada betul-betul di sebelah aku sehingga bahu kami berlaga. Sangat rapat. Dan dengan itu jantung aku pun mula buat hal. Bibirnya mengukir senyuman manis. Oh my Allah!

Perlahan-lahan tangannya menyentuh kepala aku. Dia menanggalkan tudung yang masih tersarung di kepala aku, sehingga aku rasa sejuk di bahagian kepala.

Tangannya mengelus lembut rambut aku, berkali-kali. Bibirnya bergerak mahu menyatakan sesuatu namun bagaikan terkunci.

Mata kami bertaut untuk seketika sebelum dia bangun menuju ke arah almari untuk mengambil tualanya. Sempat dia meninggalkan senyuman manis buat aku. Jantung aku masih lagi berdegup kencang.

"Lepas abang mandi.. Ura pulak mandi, okay? Sebelum tidur kena segarkan badan dulu. Dah malam sangat ni, nanti Ura tak cukup tidur pulak. Esok.. Ura ikut abang, ya?" Beritahunya.

"Err.. kita nak ke mana?" Soal aku.

"Esok sayang tahulah." Jawabnya sebelum masuk ke dalam bilik air.

Bunyi pintu dikunci. Dia nak bawa aku pergi mana? Tak akan nak pergi honeymoon pulak? Esok kan dia ada kerja. Nak pergi mana agaknya.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu bilik diketuk. Suara yang amat aku kenal di sebalik pintu. Tanpa membuang masa aku membuka daun pintu itu. Terpacul wajah si kecil comel dengan senyuman manis.

"Mommy!" Panggil si Hayla.

Aku mendakapnya. Terus pipi itu aku gomol. Alahai.. makin pau pipi si kecil comel ni. Makin lama makin geram tengok. Seharian tak jumpa dia sangat, tapi dah rindu.

"Hai, sayang.. kenapa tak tidur lagi ni?" Soal aku. Rambutnya aku usap lembut.

"Hayla tak mengantuk lah, papa tengah makan.. papa tu asyik makan aje. Nanti papa Hayla gemuk padan muka." Aku gelak dengan rungutan Hayla. Macam mana lah aku tak makin sayang dengan budak ni kalau macam gini, comel teruks!

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now