BAB 29

35.2K 1.4K 33
                                    


Pintu keretanya aku buka sebaik sampai di rumahku. Baru sahaja aku ingin tutup pintu keretanya. Dr. Kimi lebih pantas menahan tangannya daripada ditutup oleh aku. Hai.. cari maut betul mamat ni.

"Dr ni kan nak tangan tu terputus ke?" Beritahuku.

Anak mata kami bertautan buat seketika. Aku dengan wajah seriusku dan dia juga dengan wajah serius tahap kuasa dua dia itu.

"Terima kasih pun tak ada, ada hati nak keluar macam tu aje?" Lekas-lekas Dr. Kimi menjawab.

Aku meneguk air liur. Patutlah muka tu tak boleh lawan dengan muka serius aku.

"Err.. em.. terima kasih." Aku menundukkan wajah.

"Good girl." Ucapku. 

Well.. aku memang budak baik pun eceh.

"Kirim salam dekat bakal mertua saya ye..." sambungnya lagi. Aku malas nak bercakap sekadar menganggukkan kepala sahaja.

"Assalamualaikum." Terus berlari anak aku memasuki ke dalam rumah. Tak sempat nak dengar dia jawab salam aku.

"Hah, dah balik pun bakal pengantin ni." Ujar pa, sengaja nak usik aku.

"Isy! Pa ni kan ke situ pulak dia." 

Sengaja aku tarik muncung, minta simpati lah katakan. Heh.

"Pa cakap benda yang betul, kakak tu dah lama jadi tunang orang pastu tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. Kenalah praktis daripada sekarang, barulah nanti rasa tak kekok bila dah bergelar seorang isteri." Leter pa.

Kepala yang tidak gatal kugaru. Jangan ingat ma aku seorang aje boleh leter macam tu sekali, pa aku pun boleh. Huhu nasib kaulah Nura oi.

"Baiklah, inspektor Azhari." 

"Irfan tak masuk sekali ke?" Soal pa. Aku geleng.

"Baru aje pa nak cakap dengan dia sikit." Sambung pa lagi. Nak cakap sikit? Cakap pasal apa? Nak bodek pa sikit boleh? Hehe.

"Cakap pasal apa pa?" 

Saje nak bodek, macamlah pa akan termakan dengan bodek kau tu.

"Eh budak ni, ini hal pa dengan Irfan aje. Sibuk nak tahu pulak dia." Aku tarik muncung lagi, kan aku dah cakap. Takkan termakan punya, kalau tidak memang taklah pa pegang jawatan sebagai inspektor. 

"Pa mana semua orang? Sunyi semacam aje rumah ni." Soalku sambil mata sibuk mencari kelibat yang lain.

"Ma dengan along ke pasar." Aku angguk tapi yang lagi seorang tu?

"Naim?"

"Ada dalam rumah." 

Oh, ingatkan melepak. Biasanya dia kalau bosan mesti pergi melepak. Kali ini tak, baguslah. Tapi tak bagus jugak, mesti dia mengacau aku nanti.

"Yelah, kakak masuk dulu ye pa. Oh ye, lupa pulak nak bagitau ni bakal besan pa dengan ma kirim salam." 

Pa mengangguk sebaik meminta izin untuk masuk ke dalam aku terus masuk. 

"Eh dah balik dah, macam mana dating best tak?" Sibuk-sibuk lah budak ni. Aku sekeh kepala tu karang baru tahu.

"Best lah." Kelentong aje. 

"Kak ngah tadi abang Kimi ada WhatsApp, Naim tau." Ujarnya sambil kening sengaja dinaikkan.

Mentang-mentanglah aku dah tahu siapa tunang aku tu, Dr. Kimi ambil kesempatan buat adik aku ni jadi postman dia. Huh.

"Apa dia nak?"

"Dia pesan suruh Naim jaga tunang dia elok-elok. Lagi satu, dia ada bagi pesanan sikit khas untuk kak ngah katanya." Aku menjulingkan mata ke atas. 

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now