BAB 4

55.7K 2.4K 47
                                    


"Assalamualaikum, pa!" Aku memberi salam sebaik pa keluar daripada kereta. Aku capai tangan dia dan selepas itu aku kucup.

"Waalaikumussalam. Sorry pa lambat sikit tadi, jalan jam." Aku mengangguk faham. Biasalah orang baru balik solat Jumaat, memanglah jalan agak sesak.

Pa tolong angkutkan barang aku ke dalam bonet kereta sekali dengan barang Wafa. Aku turut membantu.

"Hah, mana Wafa? Kakak kata dia nak ikut balik sekali?" Pa soalku.

"Tadi dia naik atas sekejap. Dia kata nak ambil telefon dia yang tertinggal kat dalam bilik tu. Sekarang mana entah dia, kakak pun tak tahulah pa." Pa mengangguk perlahan.

Lima belas minit lepas tu, aku nampak Wafa berlari anak ke arah kami. Sampai sahaja, dia macam orang tak ada nafas. Kesian.

"Sorry, uncle. Tadi Wafa nak ambil telefon kat atas, pastu tiba-tiba perut ni memulas." Ujar Wafa. Takut lah kut buat orang tertunggu-tunggu.

Muka pun dah berubah. Mungkin rasa bersalah sebab lambat. Aku tahu dah perangai si Wafa ni, benda yang dia rasa macam dah buat orang tertunggu-tunggu, mesti muka tu bersalah habis. Padahal pa baru aje sampai.

"Tak apa, Wafa. Uncle pun baru aje sampai sini. Kalau dah sakit perut tu nak buat macam mana lagi kan, takkan nak tahan pula." Wafa tayang sengih nampak gigi dia tu. Aku menggeleng dengan kerenah dia yang rasa bersalah sangat tu. Wafa.. Wafa.

"So, ada apa-apa lagi tak yang tertinggal?" Pa berkata lagi. Laju sahaja aku dan Wafa menggeleng.

"Kalau dah tak ada apa-apa tu, jomlah kita balik sekarang." Aku dan Wafa mengangguk pula. Kemudian memboloskan diri ke dalam kereta Toyota Camry milik pa.

---

Sebaik sampai di perkarangan rumah banglo dua tingkat milik kami sekeluarga. Aku nampak kereta Nissan X-Trail, macam kereta Along aku pun ada juga.

"Pa, bukan ke tu kereta Along?" Soalku kepada pa. Jari telunjuk ditunding ke arah kereta tersebut.

"Memanglah tu kereta Along. Kenapa kakak tanya?" Soalan aku pa jawab.

"Hah? Seriously pa? Maknanya Along dah balik Malaysia ke pa?" Banyak pula soalan yang aku tanya kepada pa.

"Along baru aje sampai pagi tadi." Soalanku pa jawab lagi. Bibir aku terus mengorak senyuman manis.

Yeah. Along dah balik, bolehlah aku kacau dia lepas ni. Dahlah nak jumpa dia sekarang ni bukan main susah lagi. Yelah.. orang tu kerja dekat luar negara kut mana nak senang jumpa?

Kitaorang kalau nak cakap pun menggunakan aplikasi WhatsApp saje. Sekarang kan mudah saje, teknologi maju.

Kami keluar dari dalam kereta. Ma dah pun terpacak depan pintu rumah, sambut aku balik. Wah.. terasa macam diriku ini bagaikan VVIP pun ada juga. Cehh.

"Assalamualaikum, ma!" Aku terus meluru ke arah ma. Tubuh dia yang sedikit berisi itu aku peluk selepas kucup tangannya. Rindu.

Aku melepaskan pelukan. Wafa capai tangan ma untuk di salam. Ma senyum saje.

"Wafa, masuklah dalam dulu ye. Aunty tahu Wafa penat kan? Nanti Aunty suruh Nura tunjukkan bilik kamu ye." Ramah sekali ma mempelawa Wafa. Ma ni memang seorang yang peramah. Baik. Tapi bila dah datang hangin dia, tak usah dicakap. Perut yang buncit terus boleh jadi kempis tahu. Eheh.

"Alah ma ni. Tak payah cakap pun tak apa, kakak memang akan tunjuk bilik untuk kawan baik kakak ni. Lagipun Wafa kan pernah datang sini sebelum ni." Aku nampak ma tepuk dahi. Terlupa lah tu.

"Ouh yelah kakak. Sorry ye Wafa Aunty lupa." Wafa senyum.

Aku terus tarik tangan Wafa supaya ikut aku. Wafa tarik tangan aku semula.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now