BAB 48

22.1K 797 31
                                    


Aku mula memisat mata berkali kali bila terasa tangan aku bagai ditindih sesuatu yang sedikit berat. Aku terus menarik tangan  daripada terus ditindih, aduhai naik cramp dah tangan aku dibuatnya. Dalam keadaan bilik yang agak samar itu aku cuba melihat benda yang dah buat tangan aku jadi cramp.

Bila sahaja mata aku mula terpaku ke arah itu. Terkedu. Kepala jantan mana pula yang sesat kat sini? Panik. Baru sahaja aku nak menjerit, tepat kepala itu diangkat dan matanya juga memandang tepat ke dalam anak matanya. Lagi sekali. Aku terkedu.

Dr. Kimi. Macam mana dia tahu aku dekat sini? Oh, lupa. Sekarang kan semuanya di hujung jari, nak jejak aku guna telefon lah. Apa susah.

Macam mana aku boleh terlupa pasal hal benda canggih tu? Haish. Tapi kalau dah namanya Irfan Hakimi, aku cuba larikan diri sejauh seribu kilometer sekalipun dia akan tetap berusaha mencari sampai jumpa. Huh.

Suasana bilik yang masih samar itu, aku masih merenung ke dalam anak matanya. Tiada langsung espresi marah di wajahnya, hanya espresi rindu yang terpapar di wajahnya itu. Rindu? Ye ke rindu aku? Lari tak sampai dua puluh empat jam takkan dah rindu kut? Huh. Memang patut pun aku buat dia macam tu, baru padan muka dia.

Aku kembali sakit hati dengan kejadian petang itu. Namun aku cuba bersabar sebaik yang mungkin.

Satu aje yang asyik berlegar di minda aku sekarang, macam mana dia boleh masuk dalam bilik ni?

Yes, Wafa.

Baru sekarang aku teringat pasal Wafa, kepala aku cuba mencari kelibat Wafa namun tiada. Siap kau nanti Wafa!

"Sayang cari Wafa?" Soalnya.

Aku hanya membiarkan sahaja soalannya ditiup angin. Aku tak ada rasa nak jawab soalan dia walhal memang aku tengah mencari kelibat kawan baik aku tu pun sekarang.

"Wafa ada dekat luar bilik dengan along." Jelasnya walaupun aku tidak bertanya langsung.

Oh, kiranya along pun tahu lah pasal aku larikan diri? Huh.

Aku mengengsot sedikit ke belakang bila si dia mula naik ke atas katil. Aku membuang pandangan ke tempat lain, tak nak aku tengok muka dia.

Tangannya yang mula naik menyentuh tangan, aku tepis. Tajam mata aku menjelingnya.

"I know i'm hurting you so much, sayang.. but please let me explain everything." Ujarnya, masih cuba untuk menyentuh tangan aku.

Aku mula geram. Kalau nak cakap tu cakap ajelah! Tak payahlah nak sentuh tangan aku. Haish.

"Boleh tak jangan nak sentuh sentuh bagai? Kalau nak explain tu explain ajelah, tak payah nak pegang." Ujar aku pula, aku mula menjauhkan jarak kedudukan kami.

"Abang tahu abang silap sebab tinggalkan sayang. Abang terpaksa buat semua tu sebab abang tak sampai hati nak tengok Hani dalam kesakitan, memang abang cuba nak cari sayang sebelum bawa Hani ke hospital tapi bila tengok tangan Hani dah mula naik gelembung, abang terpaksa buat keputusan untuk hantar Hani terus ke hospital, dan upah kawan abang untuk hantar sayang balik." Jelas Dr. Kimi satu per satu buatkan aku terdiam.

"Bila dah settle dekat hospital abang minta tolong along untuk hantarkan Hani balik rumah," aku kerut dahi. Dah kenapa pula along ada dekat situ? Em.

"Kebetulan masa tu along tengah call abang nak tanya pasal nombor papa, sebab abang terpaksa ke kampus ada meeting mengejut dan abang terpaksa stay sampai malam dekat pejabat tu untuk siapkan paper exam."

Aku diam membisu, tekun mendengar bait bicaranya itu.

"Abang ingat bila dah sampai rumah ibu boleh lah release tension sekejap tapi bila ibu cakap sayang belum balik abang rasa separuh nyawa abang hilang." Sambung Dr. Kimi lagi.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now