BAB 17

43.8K 1.8K 50
                                    


Satu hari buat aku tidak tidur dengan lena. Lepas saje kelas Dr. Kimi habis semalam, aku tak henti-henti daripada tersenyum.

Sampai Wafa pun dah naik pelik dengan perangai aku yang tiba-tiba satu hari tak henti-henti daripada senyum. Nasib baiklah dia tak banyak tanya itu ini. Malas aku nak menjawabnya.

Teringat semula perbualan aku dengan Dr. Kimi semalam. Ingatkan denda dia beratlah sangat. Rupanya...

"Apa?"

"Denda dia, saya nak awak belanja saya Capuccino dua cawan, boleh?"

Terus terhambur ketawa aku sebaik mendengar denda Dr. Kimi itu. Dr. Kimi mengerutkan dahinya. Pelik agaknya aku tiba-tiba gelak.

"Kenapa gelak?" Soalnya. Aku tak henti lagi daripada gelak. Sampai perut aku pun dah jadi sakit.

Aku nampak dia jongket satu kening ke atas. Tangannya mula disilangkan ke dada.

"Apalah, Dr. ni. Setakat belanja tu tak ada hallah. Dr. nak seratus cup Capuccino pun saya boleh bagi."

Kataku pula. Sebaris senyuman sinis terhias di bibirnya.

"Mampu ke awak nak beli seratus cup Capuccino tu untuk saya?" Aku angkat kening. Apa yang tak mampu. Tak fahamlah aku.

"Maksudnya?"

"Saya nak awak belanja saya Capuccino dari Starbucks tau, bukan kedai biasa-biasa yang ada dekat kepala otak awak sekarang tu. Kalau beli cup venti punya untuk Capuccino RM14.95 sen, cuba awak darabkan RM14.95 sen tu dengan seratus? Kalau awak okey, saya on aje."

Telan liur dulu. Dia nak yang Starbucks pula. Memang minta yang mahal punya Dr. Kimi ni. Aku berkira-kira balik dengan kata-kata Dr. Kimi itu. RM14.95 sen darab dengan seratus. Telan liur lagi. Semua sekali seribu empat ratus sembilan puluh lima ringgit. Erk.

"Ouh, Dr. nak yang Starbucks punyalah ni? Saya ingat yang dekat tepi jalan tu aje. Dua cup ajelah, Dr. ye. Tak jadi seratus cup tu." Aku tersengih-sengih. Kepala yang tidak gatal aku garu.

Dia tersenyum senget. Aku cuma tayang muka selamba. Sengaja aje dia nak mengusik aku.

"Dua cup pun boleh. Asalkan awak belanja saya." Dia kembali duduk di kerusinya. Aku sengih lagi.

"Dah. Jangan buang masa lagi, kesian kawan-kawan awak semua dah tunggu kita. Pasal kereta tu awak tak payah nak risau, hutang awak dengan saya dah dikira langsai sebab awak belanja saya Capuccino tu."

Aku angguk ajelah dengan kata-kata dia tu. Aku pun hampir terlupa dengan kelas dia tadi. Mesti Wafa marah aku ni. Dia kebosanan, aku pula berseronok dekat sini. Berseronok ke? Rasanya tak kut.

"And one more, Nura. Jumpa saya di Mid Valley tepat pukul dua belas tengah hari. Deal? Kalau awak lambat siap awak!" Suara Dr. Kimi berbaur satu amaran. Ingatkan dah habis rupanya ada lagi.

Perlahan aku mengangguk, ingatkan nak pergi seorang aje tadi. Dia dah ajak pergi Mid Valley on ajelah. Lagipun aku dah lama tak berjalan-jalan dekat situ.

"So, nak saya datang ambil awak ke atau macam mana?" Aku terus geleng dengan soalan dia tu. Tak naklah susahkan dia lagi.

"Tak apa, saya suruh Zara aje yang tolong hantarkan saya nanti."

Dr. Kimi mengangguk. Dan selepas itu, kami sama-sama keluar daripada biliknya.

"Oit, makcik!" Tersentak aku tiba-tiba dengan sergahan Wafa itu. Hilang terus flashback aku dengan Dr. Kimi semalam.

"Hish kau ni. Nasiblah aku ni tak ada heart attack tahu tak? Kalau ada mahu mati aku dekat sini dengan sergahan kau tu."

Aku menjeling Wafa yang tersengih. Dadaku diurut perlahan.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now