Tok! Tok! Tok!Pintu bilik ku diketuk. Kuat macam nak roboh gaya ketuknya. Halah, siapa pula yang kacau aku ni? Mesti si Naim ni. Baru saje nak bermanja dengan cik tilam kesayangan aku. Yelah, dah lama kut aku tinggalkan dia. Paling kesian sekali baymax aku yang tak tersentuh langsung.
"Siapa?"
"Naim ni." Kan aku dah agak. Dia kalau ketuk bilik aku memang macam nak roboh. Nasib baik tak roboh terus. Pantang aku balik mesti nak kacau, ni dah balik selamanya mula lah tu misi mengacau aku. Huh.
"Masuk!"
Perlahan daun pintu terbuka. Tersengih-sengih dia masuk bilik aku. Entah apa yang buat dia rasa geli hati sangat.
"Kau nak apa?" Soalku. Kepala dah menggeleng dengan kerenah adik aku ini. Naim.. Naim.
"Nothing. Saje nak tengok kakak kesayangan Naim ni." Aku tayang muka toya. Macam aku tak tahu ada something dia nak bagitau aku atau nak bagi dekat aku.
"Tak payah nak sorok lagi kak ngah dah tahu dah." Senyuman Naim semakin lebar. Jarinya dipetik.
"Pandai pun!" Aku angkat kening berkali-kali. Tunjuk lagaklah kononnya. Puih.
"Apa dia tu?"
Dia terus menghulurkan kotak kecil berwarna merah. Hadiah daripada siapa pula ni? Tadi dapat bunga, sekarang dapat hadiah pula. Memang hari ni hari bertuah aku dapat hadiah ke apa?
"Siapa yang bagi?"
"Mana boleh bagitau, pecahlah rahsia nanti." Nak berahsia pula dah. Tadi bunga tak diketahui, ini hadiah pun tak diketahui juga. Apalah nasib. Haish, geramnya hati.
Aku ambil kotak kecil itu daripada tangan Naim. Aku terus halau dia keluar dari bilik aku, nasib lah dengar kata. Kalau tidak, pelankung aku bagi.
Nak buka ke tidak ek? Manalah tahu buka kotak comel ni tiba-tiba ada nama orang yang bagi ni. Kut-kut lah.
Aku belek-belek dulu sebelum membukanya. Kemudian, goncang. Apa dalam ni ye? Cincin ke? Tak pun gelang atau rantai?
Baru sahaja aku nak membuka kotak kecil berwarna merah itu, suara ma memanggil aku. Alah, spoiler lah ma aku ni. Baru nak buka.
"Kakak!"
"Ye ma, datang ni!" Aku letak elok di atas meja belajar aku. Duduk sini diam-diam tau, jangan pergi mana-mana pula. Haha. Macam benda tu hidup pula aku nak cakap macam tu.
Berdesup aku menuju ke halaman rumah. Ma petang-petang macam ni memang suka melekat dekat taman bunga mini dia ni. Tak sah!
Memang dah set time. Tepat pukul lima petang ma akan berada dekat sini. So, kalau nak cari ma pukul lima carilah dekat sini, tak payah duk memekik kat dalam rumah. Tetap akan berada di sini.
"Hai, pa!" Sapaku. Sedap elok pa tengah hirup air teh panas sambil baca surat khabar. Yelah, petang yang ceria ni kan memang best kalau kenakan tekak dengan minuman petang. Ye tak?
"Apesal lambat sangat turunnya. Aduhai anak dara." Rungut ma. Aku cebik.
"Mana ada lambat. Lewat dua minit aje pun, ma ni." Ma cekak pinggang. Aku naikkan dua jari ke atas sambil tayang sengih. Peace. Nak marahlah tu aku cuba melawan cakap di. Janganlah marah bonda ku sayang!
"Kakak tolong ma siramkan pokok bunga ek." Aku ambil hos air daripada genggaman ma.
"Semua?" Soalku macam orang bodoh.
"Yelah, semua. Takkan satu pokok bunga tu aje kut." Perli ma. Kan tak pasal-pasal aku kena perli. Apalah bengap sangat kau pergi tanya soalan macam tu pasal apa. Dah terang-terang jari telunjuk ma ke arah semua pokok bunga tu.
YOU ARE READING
Lecturer Paling 'Hot'
Teen FictionIrfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak penting untuk si gadis bernama Nura Ariana. 'Hot' macam mana pun ada dia kesah? Dah lah kuat perasa...