BAB 31

39.3K 1.5K 57
                                    

enjoy reading!

---

"Nanti apa-apa kita roger ek, rindu dekat kau dengan Zara nanti. Sedihnya! Sekejap gila kita berjumpa." Pamit Wafa dengan sayu. Tulah, pejam celik pejam celik dah nak berpisah dah kami. Sekejap sahaja masa berlalu.

"Itulah pasal, jangan lupa aku tau. Apa-apa hal terus bagitau aku, jangan berahsia ye." Wafa mengangguk.

Kami berpelukan buat seketika. Sedihnya rasa. Dialah salah satu sahabat yang aku ada dalam dunia ni dan tak lupa jugak Zara. Huhu.

"Eh, aku nak kena gerak dulu ni. Nanti lambat kena tinggal pulak aku," sambungku lagi. Sekali lagi Wafa mengangguk faham.

"Betul ke kau tak nak tumpang aku?"

Aku menggeleng dengan soalan Wafa itu. Tak nak susahkan dia. Biarlah tunang aku tu baik hati sangat nak tumpangkan aku.

"Tak apa, nanti kesian dekat along aku tu." Saje tak nak bagitau hal yang sebenar. Nanti lagi panjang cerita pulak jadinya.

"Em yelah, kalau macam tu aku gerak dulu ek. Bye assalamualaikum!" Ujar Wafa sambil melambai tangan ke arah aku.

"Waalaikumussalam, kirim salam dekat mak kau tau!" Sempat lagi aku menjerit. Wafa sekadar membalas dengan anggukan.

Aku keluh. Dah kemana pulak perginya Dr. Kimi ni? Lama dah aku tunggu dia dekat sini. Tadi beria-ria sangat nak tolong hantarkan aku balik. Kalau rasa malas nak hantar aku tak payahlah hantar. Huh.

"Can you please stop?!"

Satu suara yang agak lantang buatkan aku toleh ke sebelah. Tidak jauh dari tempat yang aku berdiri jadi aku boleh melihatnya dengan jelas.

Aku mengecilkan mata. Macam aku kenal dia tu. Ah sudah, bukan ke tu Dr. Kimi? Siapa pulak perempuan dekat depan dia tu?

Tenung lama-lama baru perasan siapa perempuan di hadapan Dr. Kimi itu. Hani a.k.a sepupu tunang aku. Siap nak pegang tangan bakal laki orang pulak tu. Miang! Huh.

"Apa yang susah sangat untuk abang terima, Hani? Hani sanggup lah kalau jadi bini kedua abang pun!"

Diam. Sampai macam tu sekali? Tiba-tiba hati rasa panas. Takkan kau jeles Nura? Ah! Apa yang penting aku kena pergi dari sini jugak. Panas hati aku rasa sekarang. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku tika ini.

Aku cepat-cepat beredar dari tempat yang aku berdiri tadi, karang lambat takut terperasan pulak diorang tu. Si tunang aku tu pun sama, dilayankan sangat sepupu dia tu apa halnya? Benci betul aku.

"Kahwin aje terus, tak payah kahwin dengan aku ni hah!" Omelku sendirian. Sakitnya hati aku. Geram aje aku tengok.

"Assalamualaikum.." aku terus toleh ke arah empunya suara. Dah kenapa mamat ni? Sesat ke apa?

"Waalaikumussalam!" Salam dia aku jawab.

"Mak aih! Garang betul, muka aje comel tapi macam singa." Aku jeling dia. Buat-buat tak dengar dengan kata-kata dia itu. Dah lali jumpa orang macam ni. Dah bersepah dekat bumi Malaysia ni.

"Nak apa ni? Saya tak kenal awaklah. Kalau sesat jangan tanya saya sebab saya bukan Google Map!"

Sebaik aku habis berkata, aku dengar dia ketawa kuat. Aku tak tahu apa yang buat mamat ni gelak tak ingat dunia. Ada orang buat funny show ke dekat sini. Heh.

"Dah kenapa."

"Lawaklah, awak ni. Tak ada lah saya bukan sesat tapi saje nak tegur awak, tengok awak ni macam ada masalah aje. Awak okey ke?" Soalnya. Dan-dan nilah dia nak menyibuk hal orang. Kenal tak sampai beberapa minit ada hati nak tahu pasal hal orang.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now