BAB 15

43.1K 1.8K 82
                                    


Pejam celik pejam celik, sebulan pun telah berlalu dengan pantas. Aku juga bakal menghadapi peperiksaan tiga minggu lagi sebelum masuk ke alam praktikal.

Hari ni kelas Dr. Kimi dibatalkan, atas sebab apa aku sendiri tidak tahu. Ada lah tu sebab-sebab dia batalkan kelas dia. Ini pun pertama kali dia batalkan kelas dia.

Bila Dr. Kimi bagitau semalam yang dia batalkan kelas dia hari ini, bukan main bersorak lagi semua pelajar.

Entah kenapa bila aku tengok riak wajah Dr. Kimi semalam, macam ada masalah. Muka dia pun nampak serabut. Jatuh simpati pula aku semalam bila pandang wajah dia.

Yelah, dia sebelum ni sentiasa segak. Macho gitu. Tapi semalam, hmm.

Eh, dah kenapa aku fikir pasal dia ni? Okey, kepala otak aku kembali mereng semula. Haish.

Suasana taman agak sunyi. Nak kata tak ada orang tu tipulah kan? Ada lah juga orang tapi boleh dikira dengan jarilah. Ada yang tengah study group, ada yang tengah berjoging, ada yang tengah bercouple...

Aku terus menggeleng dengan dua pasangan sejoli itu. Apalah nak jadi dengan anak-anak muda zaman sekarang ni? Pegang sana, pegang sini, kalau dah gatal sangat pergilah masuk meminang terus. Tak ada lah nak menambahkan dosa aje.

Tapi tak boleh lah nak menuduh sangat, mana tahu mereka dah kahwin ke. Ye tak?

Nasiblah aku dah bertunang. Agak-agaknya tunang aku tu gatal tak? Atau tunang aku tu kaki perempuan? Isk. Moga dijauhkan. Haraplah tunang aku tu hanya setia pada aku seorang.

Makin hampir aku akan menjalani ujian praktikal, makin aku rasa berdebar. Sebab apa? Sebab aku bakal tahu siapa gerangan tunang aku itu.

Sebab itu janji ma dan pa yang akan beritahu aku siapa tunang aku bila aku sudah masuk praktikal.

Ah, malaslah aku nak serabutkan kepala otak aku dengan memikirkan pasal tunang aku. Alang-alang aku dah sampai dekat taman ni, ada baiknya aku berjoging aje.

Nak ajak si Wafa tadi, sakit perut pula katanya. So, disebabkan aku bosan tahap kuasa tiga dekat bilik tu aku buat keputusan untuk berjalan-jalan di taman ini.

Daripada duduk melangut dekat dalam bilik tu, baik aku berjalan dekat sini. Dapatlah juga ketenangan yang aku dapat.

Aku memulakan joging. Memang kenalah cuaca sekarang kalau tengah berjoging ni. Nyaman gitu.

Hampir sepuluh minit aku berjoging, aku berhenti seketika. Penat. Ambil oksigen sekejap.

Eh? Dah sampai ke mana pula aku ni? Papan tanda yang berada tak jauh dari tempatku berdiri, aku pandang betul-betul.

Terus tergamam aku bila papan tanda itu tertulis 'Asrama Lelaki'. Ya Allah.. jauh bebenor dah ni aku berjoging. Nilah, bila dah terlalu syok sangat berjoging sampai tak sedar dah terjauh. Nasib baik aku cuma dekat luar asrama lelaki, kalau termasuk macam mana? Mahunya mereka fikir yang bukan-bukan.

Aku pusing ke belakang. Mahu cepat beredar dari sini secepat yang mungkin.

Entah mana silap langkahku, baru saje aku hendak membuka langkah untuk pergi dari tempat ni, kakiku termasuk ke dalam longkang.

Gedebuk!

Sakitnya hanya Allah SWT saje yang tahu. Terasa pedih sekali di bahagian siku aku.

"Aduh," aku gigit bibir bawah. Rasa macam nak menangis aje. Sakit gila weh. Kalau dah pedih macam ni, tak lain tak bukan mesti luka dan berdarah siku aku ni. Huh.

Nura, asal kau cuai sangat ni? Kan tak pasal-pasal dah free jatuh dekat sini. Mujur tak ada orang yang nampak.

"Nura?"

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now