SUDAH empat tahun berlalu Wisya meninggalkan kenangan di kampung halaman. Tiga tahun dia melanjutkan pengajian peringkat diploma dengan penuh jerih dan kepayahan tatkala sesuap nasi terpaksa dikerah dari titik peluh sendiri.
Pantang cuti semester, pasti dia meninjau ke kedai-kedai yang menawarkan jawatan kosong untuk mencari wang menampung perbelanjaan semester. Wang pinjaman PTPTN masih tidak mencukupi menampung perbelanjaan yang lain. Harga sebuah buku sahaja sudah menelan belanja lebih seratus ringgit. Ditambah lagi dengan projek tugasan yang menggunakan wang sendiri. Semestinya dia harus mencari wang poket lebih untuk berbelanja, tidak seperti rakan-rakan lain yang menerima wang bulanan daripada ibu bapa masing-masing.
Dikuatkan hati menongkah arus hidup yang penuh luka itu.Dia masih punya rakan-rakan yang mengambil berat tentangnya. Selama beberapa tahun, bayang kampung halaman seolah-olah sudah lenyap daripada ingatan. Ada yang mengatakan Puan Marlia sudah mengikut lelaki jahanam itu ke Lombok dan menetap di sana. Entahlah...
Bukan dia tidak rindu pada ibunya itu, namun memikirkan sepak terajang Puan Marlia dahulu membuatkan dia tawar hati untuk pulang ke rumah. Apatah lagi dia sudah dihalau. Nardine pula seakan tidak begitu mengambil peduli perihal ibunya. Malah tatkala mamberitahu bahawa dia dihalau dari rumah, kakaknya itu menyalahkan dia kerana asyik melawan kata-kata Puan Marlia. Namun, dia tidak mahu menceritakan perihal sebenar kepada Nardine. Cukuplah satu kampung sudah heboh dengan hal ehwal keluarganya, dia tidak mahu memanjangkan lagi aib Marlia.
Setiap kali dia menghubungi Nardine, pasti ada sahaja alasannya ingin mematikan talian. Kemana kakaknya itu pergi? Jika Nardine tidak mahu diganggu, biarlah dia mendiamkan diri. Lagipun dia sudah terbiasa dengan hubungan yang renggang itu sejak kecil.
Di Shah Alam, Wisya tinggal menyewa bersama beberapa orang rakan sekelas di sebuah rumah kedai di syeksen 7. Jarak dekat antara rumah sewa dan kampus memudahkan dia dan rakan-rakan berulang alik bila-bila masa.
"Wisya, makan jom," Ajak Dasyila, teman rapat sejak di Pulau Pinang lagi.
Malah, Wisya seakan-akan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Dasyila tatkala setiap kali cuti hari raya, dia akan pulang ke kampung temannya itu di Kulim, Kedah. Sehingga ada yang mengatakan mereka persis pasangan kembar. Setiap kali ke mana-mana pasti bersama.
"Awal lagi lagilah. Baru pukul 9.30 a.m. Waktu ni mesti ramai kat bawah tu. Sekejap lagilah..." balas Wisya sambil matanya tertancap pada jigsaw puzzle yang berselerakan di atas meja.
Entah datang dari mana minat pada mainan itu, tiba-tiba dia jadi gian membeli sebarang jenis jigsaw puzzle yang dijual. Seakan terbit satu kepuasan baginya jika dia berjaya menyusun semula kedudukan puzzle itu sehingga sempurna.
"Alah, jomlah turun sekarang. Waktu macam nilah boleh usya mamat-mamat handsome kat bawah tu. Boleh cuci-cuci mata. Dah, jom cepat!" gesa Dasyila sambil mencapai cardigan kelabunya yang tergantung di tingkap.
"Aku ikut sekali!" Tiba-tiba Khairin yang bersuara.
"Aku pun, aku pun! Sekejap, tunggu aku mandi dulu. Lima minit!" Sazrah melompat dari katil meluru ke bilik air.
Tumpuan Wisya beralih pada wajah Khairin dan Dasyila. "Nak usya mamat ke nak usya mamak?" Dia tersenyum mengejek memandang Dasyila yang sudah lengkap dengan tudung dan cardigannya.
"Kalau nak usya mamak, subuh esok pun boleh turun," ujar Dasyila sambil menjeling Wisya yang tersengih-sengih.
Wisya kembali menghadap semula jigsaw puzzlenya. Tinggal beberapa keping lagi yang perlu dimuatkan untuk menyempurnakan gambar hidupan dasar laut itu.
"Jom, jom!" Gesa Sazrah yang baru keluar dari bilik air. Masing-masing menumpukan perhatian ke arahnya yang berkemban separa betis.
"Kau ni mandi ke tak ni?" Kharin menyoal ragu-ragu. "Mandilah. Aku kalau mandi bukan macam korang yang lama macam cuci jamban," balas Sazrah lalu mencapai pakaiannya di almari.
Wisya sudah tenggelam dengan dunianya. Omelan Sazrah, Dasyila dan Khairin tidak lagi menjadi tumpuan.
"Wisya Areej binti Mohd Rizan!" Jerit Dasyila kuat seraya menepuk kuat meja Wisya.
"Oii!" Wisya menjerit terkejut. Serentak jigsaw puzzle di atas meja itu di campak ke lantai. Dia pantang dikejutkan sesiapa. Pasti habis segala benda di tangan dibaling. "Wei, habis puzzle aku!" Bagai hendak terbeliak biji matanya melihat kepingan-kepingan jigsaw puzzlenya yang sudah berselerakan di atas lantai.
Dasyila menikus sambil menggit jari.
"Tu dia... berterabur habis!" Sazrah menggeleng-geleng.
"Syila!" Sekelip mata Dasyila dan Wisya sudah bergumpal di atas tilam. Telinga Dasyila dipulas-pulas geram.
Sazrah dan Kharin hanya mampu menggelengkan kepala.
→_→_→_→_→_→_→_→_→_→_→_→
..To be continue..
Xoxo,
..ZatulFiqah..
YOU ARE READING
Curi-curi Suka
RomanceWalaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga si perpustakaan membuatkan...