BUNYI enjin motosikal yang lalu lalang membingitkan telinga Wisya. Langkahnya diorak laju menuju ke restoran untuk membeli makanan malam. Dasyila dan rakan-rakan serumah sejak pagi tadi masih belum pulang dari Kuala Lumpur. Kata mereka ingin bersiar-siar di sana.
Hanya dia berseorangan tinggal di rumah mencantum jigsaw puzzle sehingga kepala naik pening. Bukan dia tidak mahu menyertai rakan-rakannya. Memandangkan wang poket yang cukup-cukup untuk perbelanjaan bulan ini, dia terpaksa membantutkan niat. Walhal, hati terlalu ingin memanjangkan langkah ke daerah lain. Kepalanya sudah tepu menghadap buku setiap hari. Mujur ada jigsaw puzzle. Itulah yang dihadap tatkala mengalami rasa bosan yang melampau.
Lima minit berjalan kaki, akhirnya dia tiba di kedai D'Zart. Terus dia menghala langkah ke kaunter memesan makanan. Sementara menanti makanan siap dimasak, dia duduk menghadap televisyen. Sekilas jam di tangan dikerling. Pukul 9.00 malam. Pandangannya terus tertancap pada televisyen yang menyiarkan drama Melayu. Namun, hati dan fikirannya tidak terlalu mentafsir apa yang sedang ditayangkan. Kosong. Pandangannya juga kosong.
"Hai... " tiba-tiba satu suara menyapa.
Wisya tersentak. Spontan dia mendongak. Bagai hendak terkeluar biji matanya melihat dua raut wajah itu.
"Dinner ke?" soal lelaki kacukan itu sambil mempamerkan senyuman manis.
Bila masa pulak dia muncul? Ya Allah, kenapa kau temukan aku dengan mereka ini? Hakikat dunia ini kecil sudah lama diakui. Namun, untuk waktu ini dia seakan tidak rela menghadapi kenyataan yang satu itu. Dunia ini besar daerah Shah Alam ini kecil.
Wisya tidak menjawab. Dia menayang wajah selamba tidak melayan. Tiba-tiba kedua-duanya tanpa dipelawa dengan wajah tidak tahu malu menarik kerusi dan duduk dihadapannya.
"Sorang aje ke?" soal lelaki itu lagi.
Yang seorang lagi pula hanya membatu sambil menayangkan ekspresi wajah kekwat dan kerek! Pelik. Sekejap nakal, sekejap angkuh. Apa benda entah!
"Sorang aje......." balas Wisya mendatar sambil menyilang tangannya di atas meja menancap pandangan ke televisyen. Mengapa lelaki itu sungguh gemar mengganggunya? Dah nampak, tegur macam biasa ajelah. Tak payah nak menyibuk duduk depan aku ni! Gerutu hatinya geram.
"Hmm.. Saya Daniel. Yang ni kawan saya, Ezroy." lelaki kacukan itu memperkenalkan diri dan rakannya yang berwajah keras itu.
Heh... tahu dah. Wisya mencebik dalam hati. Seketika pandangannya tertancap pada wajah lelaki yang bernama Ezroy. Entah kenapa setiap kali matanya seakan terkalih sendiri ke muka pemuda tersebut. Walaupun si mata hijau dan berkulit putih melepak itu barangkali menjadi perhatian ramai, tidak tahu lelaki berwajah sombong itu yang ingin dipandangnya.
"Saya kena tanya nama awak ke?" soal Daniel seakan menyindir sambil tersengih-sengih.
"Latifah... panggil Tipah aje." Wisya sengaja berbohong.
"Tipah? Hmm.. sedap jugak." Daniel tertawa kecil sambil memandang Ezroy
"Tipah major apa ek?" tanya Daniel seakan tidak canggung menggelar nama gadis di hadapannya itu.
Eii, berbulu telinga aku ni! Ikutkan hati mahu saja, Wisya beredar dari situ. Mengenangkan tomyam campur yang dipesan masih belum siap, terpaksalah dia menanti menghadap dua makhluk di depannya itu.
"Power..." makin berat rasanya mulut ini hendak dibuka. Terasa malas suara yang ingin keluar dari kerongkong. Sungguh dia tidak ada mood melayan segala soalan temu duga lelaki itu. Agaknya gen (generasi) mat salih ni memang bercakap kot?
"Oh...samalah! Tapi kitorang part 8. Tapi muka Tipah familiarlah. Rasa macam pernah jumpa sebelum ni."
"Ya...yang jatuh tergolek kat tangga PTAR 3 sayalah tu." Itu kan yang kau nak cakap? Tak apa... biar aku cakap dulu!
YOU ARE READING
Curi-curi Suka
RomanceWalaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga si perpustakaan membuatkan...