"HEI.. Tipah!" satu suara kedengaran tatkala Wisya, Sazrah dan Dasyila melangkah keluar dari kedai kasut Vincci di pusat membeli-belah Sunway Pyramid itu.
Serentak Wisya berpaling ke arah suara tersebut. Dia terkejut. Wajah Daniel betul-betul berada di depan matanya.
"Tipah?" serentak Sazrah dan Dasyila bersuara. Masing-masing mengerutkan dahi.
"Hey, guys..." sapa Daniel ramah pada Sazrah dan Dasyila sambil melemparkan senyuman. "Shopping?"
"Sekejap. Kenapa panggil dia Tipah?" soal Sazrah dengan wajah hairan memandang Daniel dan Wisya silih berganti.
Daniel menjongketkan keningnya. Wisya hampir sawan di situ.
"Err... sorang aje ke kat sini?" Wisya cuba mengubah topik. Tidak mahu nama sebenarnya didedahkan Sazrah mahupun Dasyila.
"Tak adalah... berdua," jawab Daniel, tidak lekang dengan senyumannya.
"Ohh..." Wisya mengangguk-angguk. Jangan seorang lagi yang dimaksudkan itu Ezroy sudahlah. Aku harus beredar cepat! "Kita orang nak cepat ni. Ada hal lain pulak lepas ni. Okey, jumpa lagi," ucap Wisya sambil menarik tangan Sazrah dan Dasyila. Kedua-dua sahabatnya itu terpinga-pinga.
"Wait!" tiba-tiba Daniel menghalang perjalanan mereka. "Nak balik dah?" soalnya.
Wisya mengangguk laju. "Ha'ah, nak balik!"
"Nak balik apa? Bukan tadi cakap nak tengok wayang ke?" soal Dasyila mengerutkan dahi memandang Wisya.
Wisya tersenyum sumbing. Pandangannya terhala semula ke wajah lelaki kacukan di hadapannya itu.
"You guys look familiar. Kita satu fakulti ke?" soal Daniel, mengalihkan tumpuan ke arah Sazrah dan Dasyila.
"Yes, same major as well," jawab Sazrah seakan teruja. Selama ni cuma diperhati dari jauh. Hari ni boleh berbual sesama sendiri pula. Perlu ke aku berasa seakan bermimpi?
"Oh, really? Patutlah... Nak tengok wayang kan?"
"Kenapa? Nak join ke?" laju mulut Dasyila bertanya.
Serentak Wisya berpaling ke arah temannya itu. Heh, kau! Suka-suki aje mengajak!
Tiba-tiba Daniel ketawa. "No, thanks... Kawan I dah tunggu. Next time mybe. All right, Tipah?"
Eleh... ingat aku kisah? Aku lagi suka kau tak menyibuk tau. Wisya mengomel dalam hati seraya menarik nafas lega dengan penolakan Daniel.
"Apa? Tipah?" Sazrah bersuara.
"Why? Something's wrong?" soal Daniel bingung.
"Nama dia Wisyalah. Kenapa panggil dia Tipah?" soal Sazrah lagi.
"Wisyalah?" kening Daniel bertaut. Matanya memandang tepat ke wajah Wisya. Gadis itu serba tidak kena.
Serentak tawa Sazrah dan Dasyila kedengaran.
"Bukan... nama dia Wisya. Macam mana boleh jadi Tipah?" Dasyila menyoal hairan. Sekilas pandangannya dihalakan ke arah Wisya.
"Wisya? Aik? Tapi hari tu..." Daniel bingung. Pandangannya tertunak tepat pada wajah Wisya yang sudah nampak serba tidak kena.
"I guess you have been fooled." Dasyila cepat-cepat memotong.
Kenyataan itu membuatkan Wisya terpaku. Habis rahsia aku!
****
BUNYI hon kereta dari belakang mengejutkan Wisya. Ketika itu dia dalam perjalanan ke kelas. Serentak dia berpaling. Sebuah kereta Satria NEO berwarna emas berhenti di sebelahnya di bahu jalan. Tatkala cermin kereta diturunkan, dia dikejutkan dengan wajah Daniel dan Ezroy.
YOU ARE READING
Curi-curi Suka
RomanceWalaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga si perpustakaan membuatkan...