"APA nama budak perempuan tu sebenarnya?" soal Ezroy ketika melepak di kedai mamak malam itu bersama-sama rakan-rakan sekampus yang lain. Sudah lama dia ingin tahu.
"Budak perempuan mana?" soal Daniel, menoleh ke arah Ezroy. Keningnya bertaut. Tidak mampu menangkap soalan spontan tanpa hujung pangkal itu.
"Tipah..." lambat-lambat Ezroy memandang Daniel.
"Oh..." Daniel tertawa kecil. "Kenapa?"
"Saja tanya..." balas Ezroy acuh tidak acuh, seakan-akan ini bukan soal yang begitu penting untuk diketahui. Walhal, dia panasaran juga.
"Aku pun baru tahu nama sebenar dia. Nama dia Wisya. Bukan Latifah. Kita dah kena 'kencing'," *😂😂* ujar Daniel sambil tersenyum. Teringat ekspresi muka Wisya yang begitu yakin memberitahu nama itu pada mereka dahulu. Dan terbayang reaksi wajah Wisya tatkala nama sebenarnya diberitahu oleh rakannya ketika di Sunway Pyramid dahulu. Perasaan bagai digeletek.
"Patutlah aku nampak nama lain kat jaket dia."
"Kau ada jumpa dia lagi?" Daniel seakan-akan berminat untuk mengulas lanjut akan topik berkenaan Wisya. Ya, sebetulnya dia memang berminat bercerita tentang gadis berhati batu itu.
"Tak adalah..." bohong Ezroy dengan riak wajah yang bersahaja.
"Habis tu, bila kau perasan nama dia?"
"Hari tu..." Ezroy tidak mahu mengulas perkara yang berlaku siang tadi. Namun, mengingatkan kejadian itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Dapat dilihat dari cermin sisi wajah Wisya ketika dia membaling jaket itu keluar dari tingkap.
"Aku tahu pun sebab kawan dia bagi tahu hari tu. Patutlah dulu aku pernah tanya budak-budak ni ada tak budak part 7 nama dia Latifah, dia orang blur semacam. Rupa-rupanya memang tak ada pun nama tu."
"Wisya..." tiba-tiba nama itu meluncur keluar dari mulut Ezroy. Spontan sahaja.
"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal dia ni?" soal Daniel memandang Ezroy dengan ekspresi ragu. Satu perkara asing mendengar Ezroy bertanya sesuatu tentang seorang perempuan.
"Tak ada apa-apa. Aku pun tak sangka kena 'kencing' dengan minah tu. Siot aje minah tu!"
Daniel tertawa. "Nama dia Wisya Areej. Aku dengar cerita dia ramai secret admirer tapi orang tak berani approach sebab dia tak suka bercampur dengan budak-budak lain." di matanya terbayang seraut wajah berlesung pipit yang berperangai ganjil itu. Hatinya tercuit.
Ezroy tergelak sinis. Namun, hatinya terdetik sesuatu. Daniel begitu mengambil tahu tentang gadis itu. "Macam tu pun ramai secret admirer? Buta ke?"
"Hei, dia boleh tahan apa?" Daniel tertawa.
"Termasuk kau?" Ezroy menjongketkan kening.
"Maksud kau?"
"One of her secret admirer dia?"
Daniel tertawa kuat. "Kalau ya pun apa salahnya."
****
TIBA-TIBA satu suara menyergah ketika Wisya sedang melangkah ke kelas. Spontan dia menoleh ke belakang. Dilihat seraut wajah Ezroy berada di situ.
"Kau kalau panggil orang memang tak reti panggil dengan nama ke?" tempelak Wisya, mempamerkan reaksi menyampah. Pagi-pagi lagi sudah terserempak dengan lelaki itu. Sangat mencemar permulaan waktu pagi ke kelas.
"Mana jaket aku?" Ezroy menyoal sambil matanya merenung tepat ke wajah Wisya.
"Aku lupa nak bawa, tertinggal kat rumah," balas Wisya, melontar pandangan ke arah lain.
YOU ARE READING
Curi-curi Suka
RomanceWalaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga si perpustakaan membuatkan...