BAB 14

305 4 0
                                    

"ALONG!" Zaryn terjerit tatkala melihat Ezril di meja makan pagi itu. Seakan lupa 'had' lakunya di hadapan yang lain, dia terus menerpa ke arah Ezril. Tangan Ezril disalam lantas dikucup.

"Bila along balik? Tak sedar pun," soal Zaryn sambil menepuk belakang tubuh Ezril.

"Hai, dah 24 jam berkurung dalam bilik tu manalah nak sedar," perli Ezroy bersahaja.

Jamaliah memberi isyarat mata ke arah Ezroy.

"Along sampai rumah pukul 10.00 malam semalam. Eh, pergi breakfast dulu. Nanti lambat pulak nak pergi ke sekolah."

Zaryn beredar dari sisi Ezril, lantas duduk di sebelah nek wan. Dia kembali membisu. Apatah lagi kala memandang wajah Puan Arfah dan Encik Mahadzir ketika itu.

"Erin dah ambil keputusan, Erin nak belajar sendiri. Mama dengan papa tak payahlah susah-susah cari cikgu datang rumah." Kenyataan itu sebenarnya berunsur protes.

Semua yang berada di situ terdiam.

"Kenapa kau ni degil sangat Erin? Tak puas lagi nak serabutkan kepala orang dalam rumah ni?" Marah Ezroy geram dengan tingkah laku Zaryn yang kerad hati.

Masing-masing terdiam. Zaryn membatu. Tubuhnya statik seakan-akan sedikit pun tidak beranjak. Dadanya sedang berkepal dengan rasa marah yang teramat. Belum habis rasa sakit hatinya pada Encik Mahadzir dan Puan Arfah, Ezroy pula memarahinya.

"Semua yang Erin buat salah, semua tak kena! Mama, papa, abang semua tak pernah fikir perasaan Erin! Tak pernah faham kehendak Erin! Kenapa? Erin tak ada hak ke nak bersuara dalam rumah ni?!"

"Erin..." Jamaliah bersuara. Dia cemas menghadapi situasi seperti itu. Bimbang salah seorang daripada anak cucunya memberi respons yang negatif. Ya, ALLAH pagi yang indah tidak seharusnya berlaku sebarang perselisihan faham seperti itu.

"Kau tu yang tak faham! Cakap orang semua tak nak dengar! Kau ingat kau tu betul sangat ke?! Dah bagi kebebasan, keluar dengan jantan!" Sergah Ezroy untuk kesekian kali.

"Stop it Roy..." Ezril akhirnya bersuara. Dilihat mata Zaryn sudah berkaca.

Encik Mahadzir dan Puan Arfah langsung tidak bersuara. Barangkali sudah bungkam. Zaryn mencuka.

"All right... kalau betul ada cikgu yang nak datang rumah ajar Erin, mana cikgu tu?" Pandangan Ezril tertunak pada wajah Ezroy dan kedua-dua orang tuanya.

"Kau ingat nak cari cikgu yang available boleh datang ke rumah ni senang ke?" soal Ezroy kembali memandang tepat ke wajah kembarnya.

Sejenak suasana jadi hening.

Encik Mahadzir berdehem beberapa kali. "Okey, Erin.. papa dengan mama minta maaf sangat kalau keputusan papa ni melukakan hati Erin. Tapi papa buat semua ni bersebab. Bukan sengaja nak control Erin tak bagi keluar, bercampur dengan orang. Papa dengan mama kadang-kadang tak ada masa untuk Erin. Abang pun selalu tak sempat ambil Erin kat tempat tuisyen tu. Hari-hari Erin kena tunggu sampai lewat petang kat situ. Papa dengan mama risau kalau apa-apa jadi kat Erin nanti. Sekarang ni, macam-macam kes berlaku. Terpulanglah pada Erin nak fikir apa. Papa dah lambat ni. Papa pergi dulu. Malam nanti kita bincang lagi hal ni." Dia segera meninggalkan ruang itu.

Tidak lama kemudian, Ezroy pula bangun beredar dari situ. Dia juga sudah terlewat untuk ke kelas.

"Erin.. jom?" ajak Puan Arfah sedikit teragak-agak. Tidak senang hatinya melihat wajah suram Zaryn. Terfikir-fikir bagaimana agaknya keadaan Zaryn di sekolah. Hatinya dibalut kesal. Namun, itulah keputusan terbaik untuk menghindari agar Zaryn tidak berlaku 'liar' lagi.

Zaryn bangun sambil menarik beg sandangnya kasar, lantas melangkah ke pintu.

"Pujuklah dia baik-baik dalam kereta nanti," ucap Jamaliah pada menantunya itu.

Puan Arfah mengangguk perlahan lalu beredar.

****

"DANIEL, kau ada kenal siapa-siapa yang boleh jadi cikgu tuisyen adik aku?" soal Ezroy sebaik sahaja kelas pagi itu tamat.

Sejenak Daniel terdiam. Seperti sedang berfikir. Sehinggalah mereka masuk ke dalam lif. Masih berfikir.

"Entah.. tak ada kot. Ajar subjek apa?"

"Maths, Fizik, Kimia..."

"Wow.. Fizik dengan Kimia?" Daniel membulatkan mata. "Susah tu nak cari. Kalau BM, BI senanglah. Subjek Kimia, Fizik ni kena cari cikgu yang bertauliah."

"Aduh, aku pening ni. Banyak benda nak fikir. Final exam dah dekat. Final year project lagi. Kalaulah dia tak buat hal hari tu, tak adalah menyusahkan aku macam ni. Kau ada kenal tak budak-budak Kimia yang boleh jadi cikgu?"

"Siapa? Entah. Tak ada kot." Mata Daniel memandang ke atas, cuba mengingat mana-mana kenalannya dari Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Ezroy mengeluh berat. Kadang-kadang dia terfikir, wajarkah Encik Mahadzir dan Puan Arfah memberhentikan Zaryn dari pusat tuisyen itu? Jauh di sudut hati, dia kasihankan Zaryn namun adiknya itu sendiri yang cari penyakit. Makin besar makin degil!

"Nantilah aku tanya kalau-kalau ada kawan aku yang boleh tolong." Daniel memberi harapan.

****

Curi-curi SukaWhere stories live. Discover now