11

41 6 0
                                    

"Ouh, Dean eh?" Kata Yura. Dean mana pulak ni, aku tak ingat apa-apa pun.

Ding dong...ding dong

Loceng rumah aku di tekan sebanyak 2 kali. Orang tu ingat kitorg ni pekak ke? Tekan sekali cukup lah.

Seunghoon membuka pintu sejurus sahaja dengar bunyi loceng di tekan. Aku memandang ke arah pintu. Ada seorang lelaki sedang berborak sakan dengan oppa. Tu ke Deannya? Tak pernah tengok pun.

"Kau kenal ke mamat tu?" Tanya aku kepada Yura yang sedang menonton televisyen. Dia memandang ke arah mamat itu juga.

"Tu Dean lah, ex aku, sepupu kau," terang Yura. Biar betul eonnie aku pernah couple dengan mamat ni.

"Ha ex kau? Tak pernah nampak pun dia pernah datang rumah, ye lah kau kan jenis suka bawak namchin kau datang rumah," perli aku.

"Aku cabai mulut kau kang, aku putus dengan dia sebab omma tak suka dia," jawabnya. Tu lah hakikatnya.

"Kita ada sepupu rupanya, punya lah aku pikir appa tu anak tunggal," kata aku. Yura hanya menggeleng.

"Weyh, masuk ahh sian kau duduk luar lama-lama," pelawa Seunghoon kepada orang yang bergelar dirinya Dean. Seunghoon ni, main bagi jer mamat tu masuk. Omma dengan appa dah lah tak ada. Mamat itu pun masuk lalu duduk di atas sofa. Tebal muka rupanya.

"Hye, how are you? " tanya Dean kepada Yura.

"Saya okay, awak?" Jawab Yura. Amboii dengan lelaki bukan main lagi kau ye.

"Macam tu lah, Yuna apa khabar? Lama tak jumpa. Last jumpa time kau 2 tahun," katanya. Eh dia tahu nama aku lah. Aku tak pernah nampak pun muka dia masa aku 2tahun. Dia ni pelik lah.

"Biasa-biasa," jawab ku ringkas.

"Kau sabar je lah dengan minah tak semengah ni Dean oii," kata Seunghoon sambil menatang dulang berisi air.

"Tak pe aku dah biasa dengan perangai dia ni," kata Dean.

"Weyh Seunghoon, aku keluar tau harini, esok baru aku balik tido rumah kawan." Kata Yura.

"Ermm ye lah, kau jangan gi tempat lain, pasti kan umh kawan kau semua yeoja," tegas Seunghoon. Dai mengangguk lalu keluar dari rumah sambil membawa beg. Pffttt, nampaknya yang tinggal Seunghoon, aku dengan Dean tu jer lah,

"Woii, kau ingat tak sape Dean ni?" Tanya Seunghoon kepada aku. Aku pandang muka Dean tu lama pastu aku geleng.

"Kau tak ingat dia? Kau tak dulu kalau dia datang kau asyik berkepit jer dengan dia, mana dia pergi aku ikut jer, pastu bila dia nak balik punya lah kau meraung macan orang mati laki kau tau?" Jelas Seunghoon.

"Gebang ahh kau," kata aku tak puas hati. Sebenarnya aku dah ingat balik peristiwa tu. Perhhh bila pandang dia malu gila. Tak pe time tu aku kecik lagi memang ahh.

"Kau ni, malu dia," Kata Dean.

"Yuna, Dean tinggal sini sebulan sempena cuti semester dia, lepastu omma dengan appa gi LA sebulan gak," jelas Seunghoon.

Aku menangguk. Malas nak layan.

"Lepas tu kau kene tido bilik kau malam ni, sebab Dean tido bilik aku,"

"Aloooo, tak nak lah tido senseorang," rengek aku.

"Yuna, kau tido dengan Seunghoon?" Tanya Dean. Aku bagi death glare dekat dia. Nak bahan aku lah tu.

"Dia ni memang, kalau tak tido dengan aku dia tido dengan parents aku,"

"Nape tak tido dengan Yura?" Tanya Dean.

"Mana boleh sebilik 2 ekor tu, kang WW3. Yura tu dah jenis yang keperempuanan yang dia ni pulak dah rupa jantan aku tengok,"

"Dari kau, macam mak nenek, membebel 24 jam. Rimas aku dengar," perli aku semula.
"Semuanya sebab kau lah," eheh dia salahkan aku pulak.

"Dah2 malam ni kita tido sebilik jer lagipun 3 org jer dalam rumah besar kedabak ni," jelas Dean. Aku dan Seunghoon menangguk kecil.

++++

Malam itu, kami bertiga tido sebilik. Macam beruk juga lah kitorg malam tu. Katil dalam bilik Seunghoon tu king size so muat 3 orang juga.

Kitorg semua tertido. Aku tido paling awal sekali, maklumlah tido kan satu daripada hobi aku. Dorang berdua masih bersembang, entah sembang apa pun aku tak dengar. Pastu gelak macam setan pulak tu. Bila kene sepak dengan aku baru senyap.

++++

Seunghoon P.O.V

Aku bangun dari tido. Aku sedar-sedar jer aku dekat lantai bukan dekat atas katil. Apalah nasib aku. Dorang ni tido ganas betul, sampai sanggup tolak aku jatuh bawah. Kurang ajar betul.

++++

Aku mengerling jam sudah pukul 1 petang. Dorang ni tak bangun-bangun lagi ke? Dah petang ni. Baru jer aku nak naik tangga, loceng rumah aku di tekan. Nak kata Yura balik, dia dah ada dalam bilik.

Aku membuka pintu. Muncul 7 jejaka dan 1 perempuan di depan pintu. Kawan Yuna rupanya.

"Ermm, Yuna ada?" Tanya yang perempuan tu. Aku lupa nama dia apa. Hari tu dia ada datang.

"Hmm elok lah tu, jom ikut aku gi kejut dia," kata aku sambil mempelawa mereka ikut aku ke tingkat atas.

"Ni dah pukul 1.30 takkan tak bangun lagi?" Tanya Jungkook. Aku paling ingat dia seorang jer.

"Dia tu memang kalau boleh esok baru dia bangun." Balas aku.

Kami semua sampai di dalam bilik. Yuna dan Dean masih lagi tido.

"Dorang tido berdua ke hyung?" Soal Jimin.

"Berdua apanya, bertiga lah. Dengan aku sekali," jawabku.

"Muat ke? Tengok cara dorang tido ni pun macam tak muat," tanya Suga.

"Mula-mula memang muat tapi bila dah pertengahan aku jugak yang di campak ke lantai,"

Dorang menggeleng.

"Yuna..Dean bangun lahh!!!" Jeritku.

End

"Yuna...Dean bangun lahh!!!"

Hadooo sapa pulak memekak time-tima macam ni. Aku mengambil bantal lalu menutup telinga. Seunghoon merampas bantalku lalu memekak semula. Aku dan Dean menarik selimut supaya menutupi seluruh badan kami berdua.

                                                                          -tbc-
Hohohoho Dean muncul kauu

    

Sporting Love | J.J.KWhere stories live. Discover now