"Tap!tap!tap!"bunyi rotan Cikgu Zainal a.k.a Jenal Rot menghukum pelanggan setianya iaitu Zeth dan Alvin.Zeth mengosok telapak tangannya yang agak merah.
"Dengar semua! Ini contoh pelajar paling teruk disiplinnya..Mikhail Izzeth dan kamu Alvin Cheong lagi sekali nama kamu disebut saya akan buat satu perhitungan dengan kamu!!"kata Cikgu Zainal.
Dira tersenyum tengok muka merah Zeth yang menahan amarah dirotan hadapan lebih 1 ribu pelajar sesi pagi.
"Serve your right!"kata Dira pada Zeth dengan menunjukkan thumbs up.Zeth menjeling pada Dira dihadapannya sekarang."Zeth dengar apa yang saya cakap?"kata Cikgu Zainal."Faham Cikgu saya tak buat lagi"kata Zeth."Baiklah semua boleh bersurai masuk kelas jangan jadi lalat"kata Cikgu Zainal.
Cikgu Zainal turun dari pentas berjumpa Dira."Dira saya nak awak tolong kutip semua buku latihan matematik semalam letak atas meja saya"kata Cikgu Zainal.
"Baik Cikgu saya masuk kelas dulu"kata Dira itulah tugasnya sebagai penolong ketua darjah.
Dira mengutip buku yang diminta oleh Cikgu Zainal."I tak siap lagilah kejap ye!"kata Shima digelar copy paste girl."Ok siapkan cepat"kata Dira.Matanya tertumpu pada Zeth yang beradu dihujung kelas.Yang pelik macamana dia boleh tidur sedangkan Alvin tengah memekak disebelahnya.
"Hai Dira nak buku ke?"tanya Alvin."Ya dan tolong kejut dia ni saya nak buku"kata Dira.Alvin menyerahkan bukunya yang seperti bungkusan nasi lemak."Buku dia lu minta sendiri"kata Alvin.Dira memandang Zeth yang lena tidur.Dia mengetuk meja Zet tapi tak ada respon malah lagi berdengkur adalah."Zeth...Zeth bangun saya nak buku matematik nak hantar"kata Dira sambil mengoyangkan bahu Zeth.
"Ambiklah! Dalam beg aku"kata Zeth bercakap dengan mata masih terpejam.Dira membuka beg Zeth mengeluarkan buku matematik."Beg saja branded tapi 3 buah buku dan 1 batang pen saja"kata Dira mengutuk.
Selesai mengutip Dira terus berjalan menuju ke pejabat."Huarghh...!"Zeth menguap.Bahunya ditepuk oleh Alvin."Hoi! Baru nak bangun mah itu Dira ambik buku kau"kata Alvin.Zeth blurr semacam."Buku apa?"tanya Zeth sambil memeriksa mukanya pada cermin milik Alvin.
"Buku Jenal Rot"kata Alvin.
Zeth terus berlari mengejar Dira sebelum sampai ke Jenal Rot."Dira!!!"jerit Zeth dari jauh.Dira memusingkan badannya.Zeth membetulkan rambutnya ke belakang."Siapa suruh kau ambil buku aku?"kata Zeth.
"Aik bukan awak suruh saya ambik ke?"kata Dira.Zeth merampas buku pada tangan Dira terus berterabur semua buku.
Zeth memeriksa bukunya.."Lain kali jangan tidur"kata Dira sambil mengutip buku yang berterabur di lantai.Zeth menundukkan dirinya menolong Dira mengutip buku.Dira memandang wajah Zeth yang agak tenang mengutip buku.
"Kenapa ni?"tanya seseorang.Dira dan Zeth memandang seorang lelaki dihadapan mereka.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...